Khamis, 24 Februari 2011

Makanan Tambahan Sebelum Kayuh Basikal


Orang-orang yang aktif dengan aktiviti sukan ni ada macam-macam jenis bahan makanan tambahan - dengan tujuan dapat membantu meningkatkan prestasi ketika bersukan. Aku juga tidak terkecuali, mahukan prestasi cemerlang setiap kali beraksi ketika mengayuh basikal.

Nak kata aku terer masa kayuh tu tak lah. Disebabkan tak terer lah, aku kena ambik makanan tambahan. Kalau aku tak ambil pusing dan abaikan perkara-perkara sebegini, lagilah kena tinggal berbatu-batu kat belakang. Lagi haru!

Okey, kalau nak tahu apa yang aku makan sebelum kayuh, sila lihat di bawah:

Pisang - Sangat penting pada aku. Dalam masa 1 - 2 jam sebelum kayuh, aku akan makan 2 - 3 bijik. Harga: RM4.50 - RM6.50

Madu Giant B - Aku ambik madu ginseng untuk tenaga tambahan. Lagi 1 jam nak kayuh, 2 sudu sekali hayun. Harga: RM70

Crossfire Whey Protein - Ini aku ambik untuk pulihkan otot bahagian lutut yang aku cedera masa jogging 4 bulan lepas. Pada masa yang sama, dapat membina otot-otot peha dan betis. Harga: RM224

PowerBar - Kalau kayuh pagi, memang ini satu kewajiban sebagai sarapan. Kalau kayuh malam dan masih lapar baru makan. Harga: RM6 (Kalau stok PowerBar habis, brand EFS sebagai pengganti)

EFS - Ini bekalan untuk dibawa ketika mengayuh basikal. Satu skop sudah cukup untuk satu botol. Harga: RM80

Ini adalah cara aku yang bukan seorang professional dan seorang yang kurang sangat makan nasi. Aku makan nasi hanya hujung minggu sahaja. Jadi, pengambilan makanan tambahan bergantung pada kesesuaian diet seseorang. Kepada anda, tidak perlu ikut sekiranya makanan tambahan yang dinyatakan dirasakan tidak sesuai.

PS: Aku bukan seorang professional dalam bidang kayuhan tau :D Aku kayuh untuk kesihatan dan mengawal berat badan. Kalau masuk pertandingan pula, aku hanya mahu mengukur sejauh mana kemampuan aku.

2 ulasan:

  1. bro mkn nasik seminggu sekali je? abis tu hari biasa mkn ape bro? mohon panduan.

    BalasPadam
  2. a'ah sepanjang tahun lepas aku kurang makan nasik. sekarang ni seminggu adalah 3 kali makan nasik sebab berat aku cepat turun bila aktif sukan.

    ni apa yang aku biasa buat:

    - Malam dilarang sama sekali makan nasik. makan sup sayur ke, kuew tiaw goreng ke, janji bukan nasik. tp, makan dalam kuantiti ala kadar

    - banyak makan serat mcm roti gardenia yg kaler hijau kat bungkusan plastik

    - makan spageti

    - kurangkan makan berminyak

    ok, tu je yg aku buat :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...