Ahad, 27 Februari 2011

Pengorbanan Terbesar Seorang Pengayuh Tegar


Hari ni seharian aku ada di rumah menjaga anak-anak aku. Isteri aku ada perlawanan bola jaring. Ikut perancangan asal, sepatutnya aku mengikut beberapa pengayuh tegar dari Putrajaya ke Bagan Lalang dan patah balik ke Putrajaya sejauh 120 km.

Okey, untuk pengetahuan korang, sebelum ini aku bermula dengan basikal Polygon Helios F100 flat bar yang dibeli dengan harga RM1140. Aku pakai dalam 3 bulan dan jual kepada kawan sepejabat aku bulan lepas.

Sekarang ini aku pakai basikal BMC. Setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan kondisi basikal tersebut:

BMC Street Fire SSX - Saiz 49 cm. Kos keseluruhan RM4000.

Untuk mendapatkan basikal BMC ni, aku terpaksa melakukan pengorbanan terbesar setakat ini; Iaitu menjual gitar kesayangan aku - CORT G254. Ini untuk menampung kos menaik taraf group set Shimano 105 yang berharga RM1850.

CORT G254 - Hanya tinggal kenangan.

Oh ye, smalam aku pergi melawat rakan seangkatan pengayuh tegar di Damansara Specialist. Beliau cedera akibat terjatuh daripada basikal ketika mengayuh di Putrajaya - Cyberjaya - Putrajaya. Tangan kiri beliau patah dan sendi pergelangan tangan lari. Apabila ditanya, beliau jatuh ketika berkelajuan 40 km/j!

Sedang menukar tiub - Sebelum mula kayuhan, tiba-tiba tayar hadapan aku meletup.
Hari Jumaat lepas banyak dugaan!

PS: Aku biasanya kayuh dalam keadaan normal antara 30 km/j hingga 35 km/j. Tetapi, ketika hari Rabu dan Jumaat waktu malam; kelajuan terpaksa dipertingkatkan sehingga 50 km/j kerana takut ditinggalkan sorang-sorang kat belakang!

9 ulasan:

  1. Pergh!!! amat best!!!! Aku dahj mula terjebak dah nieh.. hahahaha

    Xper.. pelan2.. hahahah

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Nazrul, Helios 100 pun ok jugak. Cuma berat dalam 9 kg lebih, 8 speed je dan bingkainya aloi.

    Untuk permulaan boleh le. Tapi, biasanya sure nanti nak yang frame karbon :D

    Helios 100 punya harga pun tak adalah mahal sangat - RM1500 - RM1700 kalau tak silap.

    Kalau ikut cadangan aku, biar bingkai karbon dan sekurang-kurangnya 10 speed. Harga mungkin dalam RM2500 (Nego) kalau 2nd hand.

    Kalau bajet terhad, ambik aje yg ni http://bicyclebuysell.com/view_item.php?id=139746 :D

    BalasPadam
  4. Tq PB, kalau mcm tu tggu bajet ckp rm4000 dulu la, alang2 nak angkat yang baru..

    BalasPadam
  5. Ya Nazrul, alang-alang biar beli yg puas hati :D

    BalasPadam
  6. bmc ni sapa punya dah? dia xnak juai kaaa?

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang ni Eddie duduk Desa Pinggiran. Aku pun dah lama x nampak dia :D

      Padam
  7. owh..desa pinggiran ja..tanya dia kalau dia nak juai frame ni..aku nak..dulu pezul nak juai kat aku dah..time tu tak dak duit..heeee

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti aku tanyakan kot² dia nak jual :D kalau aku jumpa dia le

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...