Rabu, 23 Februari 2011

Rekod Berat Badan dan Degup Jantung


Sejak aku mengayuh basikal 4 bulan lepas, ada perubahan ketara dari segi berat badan dan degup jantung (resting heart rate) aku. Dulunya, berat badan adalah 74 kg dan degup jantung kategori Kesian (Poor) iaitu 76 bpm ke atas.

Akan tetapi, sejak mengayuh basikal - berat badan purata 69 kg. Degup jantung pula secara purata adalah 60 bpm iaitu kategori Cemerlang (Excellent). Sila lihat gambar-gambar yang aku cetak daripada Ipod Touch aku:

Rekod berat badan selama 3 hari. Yang terbaru naik 300 gram gara-gara mihun sup tengahari smalam. Cissss!

Rekod berat badan dalam bentuk graf. Kalau berat naik sikit, dia punya graf macam naik 300 kilogram!

Rekod degup jantung (resting heart rate).

Jadual kategori untuk degup jantung. (Ihsan pemilik laman ini: www.netfit.co.uk)

Dengan ketinggian aku 171 cm; berat badan yang ideal adalah 61-75 kg. Tapi, kalau boleh aku cuba dapatkan berat 68 kg iaitu berat yang sederhana; tak berat sangat dan tak jugak ringan sangat. Ya, aku sedang mencuba ke arah berat badan itu :D

Dengan berat badan yang sederhana, bolehlah aku bergaya dengan rangka basikal karbon berjenama Canyon dengan penuh keyakinan. Waahhhhhh!!!

PS: Aku merekod semua aktiviti-aktiviti yang aku cerita tadi dengan menggunakan Ipod Touch. Kalau korang ada Ipod Touch, manfaatkan alat tersebut ke tahap maksimum macam aku :D

5 ulasan:

  1. Hahahah.. kena beli CANYON gak.. Heehehehehehehe

    BalasPadam
  2. salam, nak tanya...boleh ke kita improve degup jantung...
    kalau tengok dalam jadual tu, saya below average dah... huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Boleh improve degup jantung. Tapi ambil masa jugak le dalam 3 bulan dah boleh nampak beza.

      Tapi kena rajin xcersais le. Paling koman pun seminggu 3 kali. Tempoh xcersais sejam.

      Padam
  3. salam bang, guna mapmyride x? add la saya Hairol Haron..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Hairol. Saya takde mapmyride. Saya pakai http://www.dailymile.com/ je :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...