Semalam, sedang bekerja di pejabat seperti biasa, dapat panggilan telefon ada barang sampai kat Receptionist tingkat bawah. Dah boleh agak barangan eBay yang dibeli 9 hari lalu sudah sampai; SAXO BANK RED & BLUE Cycling Jersey & BIB Shorts yang berharga USD67.68:
 |
Jersey SAXO BANK. |
 |
Bib SAXO BANK. |
Lepas makan tengahari, aku singgah kedai ala-ala 7 Eleven membeli majalah
BikeRadar.com - Bike Buyers Guide 2011. Ada 2203 jenis jenama basikal tersenarai!
 |
BikeRadar.com - Bike Buyers Guide 2011. Berharga RM23.90. |
 |
2203 jenis basikal tersenarai! |
 |
Ada satu basikal menarik perhatian aku iaitu Pantani Phibra Two. |
Merujuk laman web Wikipedia, Pantani merujuk seorang lagenda Itali iaitu Marco Pantani. Anda boleh membaca mengenai beliau di http://en.wikipedia.org/wiki/Marco_Pantani.
PS: Sebelah petangnya pula, aku singgah kedai gitar dan mengambil kesempatan untuk mencuba gitar Godin LG SP90 berharga RM3400. Aku mahukan gitar ini!
Tiada ulasan:
Catat Komen