Selasa, 8 Mac 2011

Kayuhan daripada Putrajaya ke Bagan Lalang


Hari ahad pada 6 Mac 2011 lepas, kayuhan sejauh 114 km daripada Putrajaya ke Bagan Lalang dan patah balik ke Putrajaya melalui kampung Limau Manis, Sepang. Kesemuanya yang turut serta adalah seramai 12 orang. Oh ye, sorang Jurufoto/Juruvideo/Marshal iaitu Eddie menjadi peneman sehingga kayuhan tamat.

Sedang keluar daripada Putrajaya dan menuju ke Bagan Lalang.

Bertolak pukul 7.45 pagi dan tiba di Bagan Lalang pukul 9.30 pagi. Secara puratanya, kelajuan mencecah 40 - 60 km/j. Aku hanya mengikut rentak diorang. Kalau diorang laju, aku pun laju lah. Kalau perlahan, maka perlahan lah aku kayuh.

Tengok basikal diorang, sungguh iri hati!

Berenti rehat. 7 orang menambil keputusan untuk patah balik ke Putrajaya
kerana ada yang perlu bekerja pada hari itu. 5 orang meneruskan perjalanan
ke Bagan Lalang - termasuk aku.

Sampai jugak Bagan Lalang. Nampak je laut, terus hilang penat.

Kami berhenti rehat selama 1 jam 15 minit sambil pekena 100 Plus, air kelapa dan segala jenis air yang kami bayangkan ketika kayuh tadi.

Tengah rehat pun boleh lagi cerita pasal basikal...

Pukul 10.45 pagi, kami teruskan perjalanan untuk pulang ke Putrajaya. Perjalanan ini paling memenatkan kerana cuaca yang terik dan angin yang agak kuat.

Setiba di bukit De Palma, Sepang, otot lutut yang aku pernah cedera 5 bulan lepas datang balik. Cis! Petanda tak baik ni.

Bukit De Palma Sepang. Di sinilah kecederaan otot lutut datang kembali.

Selepas kecederaan itu, perjalanan amat memeritkan. Nasib baik Marshal iaitu encik Eddie ada. Beliau memang banyak berjasa kepada kami semua ketika itu. Sepanjang perjalanan yang berbaki, aku kayuh dalam kesakitan.

Oh ye, seorang lagi iaitu Zul BMC juga cedera dilutut ketika itu... Dua orang sekali cedera di lutut! Di sinilah peranan Marshal mula terserlah.

Ok, sebagai penutup - Nikmatilah video sepanjang perjalanan kami daripada Putrajaya - Bagan Lalang - Limau Manis - Putrajaya. Segala gambar dan video adalah ehsan Eddie iaitu Marshal ketika aktiviti kayuhan tersebut. Terima kasih encik Marshal!

video

PS: Ini adalah kayuhan yang paling jauh pernah aku buat. Tahniah untuk diri aku sendiri!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...