Khamis, 3 Mac 2011

Kayuhan Kesihatan Putrajaya 2010 Anjuran myJICA


Kali ini aku nak bercerita pasal Kayuhan Kesihatan Putrajaya 2010 anjuran myJICA pada 12 Desember 2010 tahun lepas. Inilah pertama kalinya dalam seumur hidup aku menyertai acara mengayuh basikal beramai-ramai.

Pukul 7.20 pagi: Ketika sampai di tempat perhimpunan, aku duduk jauh-jauh sebab malu. Hehehe

Kiranya, aku baru kayuh 1 bulan 4 hari lah waktu tu. Ketika itu, aku pakai basikal Polygon Helios F100. Basikal ini bukan untuk lumba; tetapi, hanya untuk santai:

Polygon Helios F100: Harganya RM1140 selepas diskaun 5% di Rodalink Putrajaya.

Berbalik kepada cerita Kayuhan Kesihatan Putrajaya tadi, sampai je tempat perhimpunan aku mula agak gerun. Kebanyakkan basikal yang turut serta semuanya hebat-hebat belaka. Jadi, secara automatiknya aku mula rasa rendah diri dan duduk agak jauh daripada semua orang.

Dalam gambar macam tak ramai. Tapi, sebenarnya teramat ramai waktu tu.
Ini disebabkan kedudukan aku agak jauh daripada orang ramai.

Aku perhatikan setiap orang, sorang pun aku tak kenal. Jadi, aku mula rasa sukar untuk mencari kawan baru. Siapa yang terpandang aku, aku cuba senyum. Dengan harapan ada yang sudi berkawan dengan aku.

Waktu ini acara mendengar ucapan daripada penganjur. Aku tak faham apa
yang beliau ucapkan; yang pasti, aku kusyuk perati basikal-basikal orang - pada
aku, basikal diorang memang cantik!

Ini lah pengalaman pertama aku mengayuh sejauh 50 km waktu itu. Terasa sangat jauh dan agak tersiksa. Masa tu cuaca panas terik. Ok, di bawah ini adalah ketika sedang berkayuh:

Sesi panaskan badan mengelilingi bulatan Putrajaya sebanyak 2 kali.

Ketika ini sudah mula masuk kawasan Presint 10.

Puncak bukit PICC. Aku rasa macam nak pengsan waktu ni. Aku tak
pasti macam mana aku mampu ambik gambar masa tengah letih.

Ni lagi 2 - 4 km nak habis. Disinilah pertama kali dalam hidup aku faham apa
itu kejang!

Aktiviti penutupnya disudahi dengan cabutan bertuah. Aku tak berapa ingat hadiah kesemuanya. Tapi, yang pasti 3 basikal Merida road bike; 2 untuk dibida dan 1 hadiah utama cabutan bertuah.
Memang bertuah kepada siapa yang dapat cabutan bertuah basikal Merida.

Aktiviti ini akan aku ingat sampai bila-bila. Kalau ada lagi nanti, insyaallah aku akan turut serta sekali lagi.

PS: Sampai sekarang, aku tak pernah merasa apa-apa cabutan bertuah!

3 ulasan:

  1. bagusnyaa brooo...semangat yang jituuu...

    BalasPadam
  2. pakcik, terima kasih sebab menjadi komen yg pertama utk pos ini :D

    BalasPadam
  3. Saya juga minat aktiviti berbasikal nie. Boleh kita berkawan. Contact cikgu samsul , SMK Taman sEMARAK. TEL : 016-6264247.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...