Rabu, 2 Mac 2011

Keluarga Atau Basikal, Mana Satu Keutamaan?


Aku mula mengayuh basikal pada hari Ahad 7hb November 2010 selepas sembuh daripada kecederaan lutut. Aku boleh cedera lutut sebab berat badan aku ketika itu 73-74 kg. Berat badan macam tu boleh mendatangkan bencana sebab tidak mengikut spesifikasi ISO 9002 dalam arena sukan melibatkan larian.

Ye, memang betul; bencana itu datang ketika aku sedang berlari keliling PICC, Putrajaya. Sedang berlari, lutut aku gagal berfungsi seperti biasa.

Dua minggu aku menahan sakit ketika berjalan. Dalam erti kata lain, aku sememangnya memang tak boleh berjalan.

Sejak daripada situlah aku mula berhati-hati apabila melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan. Lebih-lebih lagi apabila melibatkan basikal. Tidak boleh hayun sebarangan.

Geng basikal memang pantang jumpa kamera.

Dan, bermulalah episod perbelanjaan basikal melebihi perbelanjaan dapur yang tidak pernah berlaku dalam hidup aku sebelum ini. Ye lah, barang basikal memang mahal. Lagi mahal daripada ikan kembung atau tiga ekor ketam.

Akibat rasa bersalah terhadap keluarga - basikal yang harganya melebihi ribuan ringgit dan hanya aku sahaja menikmati manfaatnya. Maka, aku cuba peruntukkan sedikit wang untuk membeli sesuatu yang dapat dimanfaatkan kami sekeluarga.

Aku mengambil keputusan untuk membeli dua produk Coway iaitu Air Purifier Lombok AP-1503CHE dan Water Purifier Petit CHP-06D:

Air Purifier Lombok AP-1503CHE: Klik sini untuk penerangan selanjutnya.

Water Purifier Petit CHP-06D: Klik sini untuk penerangan selanjutnya.

Apabila melihat anak aku tidur lena tanpa bunyi nafas seakan-akan selsema seperti malam-malam sebelumnya, hati aku berasa puas. Puasnya melebihi daripada mengayuh basikal yang berharga ribu-ribu. Itu dia penangan Air Purifier Lombok.

PS: Apabila ianya melibatkan keluarga, kita akan kembali menjadi seorang yang adil dan saksama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...