Ahad, 27 Mac 2011

Laluan Kayuhan Basikal di Putrajaya setiap Rabu & Jumaat


Kali ini aku mahu bercerita tentang laluan kayuhan basikal setiap Rabu dan Jumaat. Laluan tersebut melewati Putrajaya hingga lah ke Cyberjaya sejauh 42 kilometer.

Biasanya kami akan mulakan kayuhan bermula daripada Info Centre atau Masjid Putra dan melalui sepanjang jalan Presint 2 hingga ke PICC. Ianya sejauh 7 km dan sepanjang laluan tersebut hanya untuk sesi panaskan badan. Ini acara bebas; nak main cadence ke, nak sprint ke, atau nak mengorat awek-awek di tepi jalan ke, ianya terpulang; kerana sebentar lagi akan tiada masa untuk semua itu!

Kawasan PICC - Sesi panaskan badan akan tamat setelah
melewati simpang dihadapan.

Laluan ini jauhnya adalah 6 kilometer sebaik sahaja memasuki
simpang tadi.

Siang hari akan ada ramai sedang berlari. Tapi, apabila
malam, akan ada Bangla atau Indonesia baru balik kerja.

Bukit pertama sejauh 400 meter yang menuju ke arah Alamanda.

Bukit ke dua sejauh 1 kilometer selepas bukit pertama tadi.
Bukit ini biasanya ramai pengayuh basikal akan tercicir.

Sila nikmati video di bawah selepas turun daripada bukit Alamanda tadi untuk gambaran yang lebih jelas. Kepada sesiapa yang belum pernah menunggang basikal sekitar Putrajaya, sila bayangkan anda sedang mengayuh:


Fuh, memang layan... Itu baru tengok video, belum menunggang basikal lumba berjenama BMC!

Laluan di bawah ini tidak berapa selamat kepada penunggang basikal kerana tiada lampu jalan yang dipasang pada waktu malam. Kebocoran tiub juga kerap berlaku disini. Kalau nasib tak baik, rim yang berharga beribu-ribu juga boleh bengkok disebabkan lubang-lubang yang bersepah. Jadi, sila bawa rim khusus untuk latihan.

Laluan keluar daripada Putrajaya menuju Cyberjaya di hadapan.

Ini adalah check point pertama sebelum keluar daripada Putrajaya.
Kami akan menunggu sesiapa yang terlewat di sini

Bukit fly over memasuki Cyberjaya ini agak panjang dan tinggi.

Dalam Cyberjaya banyak juga bukit yang tak berapa tinggi,
tapi agak panjang.

Ini pun bukit jugak. Nampak je tak berapa tinggi.

Di sebelah kiri ada tasik. Laluan ini kena hati-hati sebab kadang
kala ada kereta yang memakir ditepi-tepi jalan.

100 meter di hadapan simpang ke kiri menuju Putrajaya.
Ini pun bukit jugak.

Laluan di bawah ini sudah dua orang penunggang basikal terjatuh. Bulan lepas, seorang patah tangah akibat terlanggar batu. Ini mungkin kerana jalannya lurus dan lazat untuk memecut. Aku terkecuali daripada aksi sprint disebabkan aku dilahirkan bukan untuk itu; tetapi, menulis blog!

Biasanya, laluan inilah para Sprinter beraksi. Aku biasanya
di belakang sekali.

Laluan memasuki kawasan Putrajaya semula. Bukit ini agak
panjang.

Selepas bukit tadi, kami akan berhenti berehat disini sambil
menunggu penunggang-penunggang lain yang di belakang.
Ini checkpoint terakhir atau sesi penutup dan bersedia menuju
ke arah Masjid Putra atau Info Centre dengan kelajuan santai.

Biasanya, dengan kelajuan 35 km/j - 50 km/j, kami akan habiskan dalam masa 1 jam 30 minit. Ini termasuk dua tempat yang kami berhenti untuk menunggu yang mana tercicir. Kalau tak berhenti, sejam sudah boleh habis sebenarnya.

Oh ye, penunggang basikal pada hari Rabu antara 10 ke 15 orang. Tetapi, hari Jumaat boleh mencecah 36 orang. Ada yang daripada KL, Mantin, Bangi, Kajang, Cyberjaya dan sekitar Putrajaya.

Permandangan ketika merehatkan kaki di kedai mamak,
Presint Diplomatik.

Kesimpulannya, mengayuh basikal di Putrajaya sangat menyelerakan. Jalan yang besar dan kereta yang kurang. Kebanyakan kereta sudah faham di waktu-waktu tertentu akan ada sejumlah penunggang basikal akan bermaharajalela sekitar laluan tersebut.

Kepada yang berminat untuk turut serta, sila ikuti laman Facebook Tri Paku di sini => http://www.facebook.com/profile.php?id=100000915038838.

PS: Sesiapa yang mahu turut serta aktiviti setiap Rabu dan Jumaat, amatlah dialu-alukan. Tanpa yuran bulanan, cuma bermodalkan sebijik basikal yang boleh dibawa laju. Itu sahaja!

13 ulasan:

  1. Bul, jom le sekali test ride ramai² :D

    BalasPadam
  2. Interesting post..
    Bro... thx sbb tolong promote geng kayuh kita. Lagi ramai lg seronok

    BalasPadam
  3. Fadil, ye betul. lagi ramai lagi seronok :D time ramai memang lagi happening. kalau dpt tetiap jumaat lebih drpd 35 orang pun dah best :D

    BalasPadam
  4. letak Map location Info Centre sekali zal.. hehehe

    BalasPadam
  5. Ok zul, map aku letak kat pos terbaru nanti :D

    BalasPadam
  6. Pos lagi bnyk2.. Ngan kawan2 tgh cycle.. lagi ramai komen.. hehehehe

    BalasPadam
  7. Sekarang nie masih maintain lagi ker aktiviti kayuhan malam nie??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, masih kekal sejak 2009 hingga ke hari ini :D aktiviti terkini adalah semalam. Jumaat ni kalau tak hujan, meh join :D

      Padam
  8. Ada guideline mcm ni bagus. Mesti ramai yg tertarik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedang merancang untuk pos akan datang tentang Putrajaya Night Ride versi baru :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...