Sabtu, 12 Mac 2011

Nikon CoolPix S8100


Petang tadi aku ke Alamanda untuk membeli belah barang rumah. Sebelum balik, aku singgah kedai kamera - cadang nak beli satu digital kamera yang boleh rekod video Full HD.

Kedai pertama, kedai kamera Sony yang berhampiran dengan pintu masuk Parkson tingkat atas. Sebelum ni ada lah 2 - 3 kali aku pergi kedai ni; Sombong giler layanan diorang. Hari ni sengaja aku pergi kedai tu, cadang nak beli Sony punya kamera.

Sebaik je masuk kedai ni, sorang pun tak ada datang untuk bertanya. Lama jugak aku tengok-tengok kamera dalam kedai ni. Aku tengok staf diorang berkumpul buat keje masing-masing. Langsung tak ambik tau orang keluar masuk kedai.

Jadi, aku pun keluar. Tak kan aku nak bagi duit kat orang sombong.

Kedai ke dua ni layanan bagus. Kedai ni semua jual barang Nikon. Aku ni pasal kamera memang tak tau. Jadi aku banyak bertanya. Semua soalan dia jawab. Aku minta dia buat perbandingan 3 jenis kamera yang dalam bajet aku. Kehendak aku - kecil dan boleh masuk poket, ambik gambar cun, megapiksel besar dan ada Full HD 1080.

Satu jam dalam kedai tu. Akhirnya aku pilih model Nikon CoolPix S8100 model 2011 berharga RM884.

Nikon CoolPix S8100. Harga: RM884.


Ada full HD tau. Jangan main-main!

Kamera ini aku beli untuk ambil gambar dan video sebanyak mungkin ketika aku ke eropah nanti. Itu sebab aku cari yang boleh masuk poket dan kemampuannya seakan-akan DSLR.

Kalau ikutkan, aku lebih suka semi DSLR yang harganya RM1486. Tapi, kamera tu besar dan akan jelas terserlah aku ni pelancong. Pelancong memang mudah ditipu atau jadi mangsa jenayah apabila berada di tempat asing. Aku rasa semua orang tau benda ni.

Nanti, bila aku ke eropah, aku akan kongsi hasil kamera digital ni dengan korang dalam blog ni.

PS: Sambil-sambil tu boleh aku ambik gambar ketika aktiviti kayuhan kesihatan bebila nanti :D

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...