Khamis, 14 April 2011

Aktiviti Setiap Pagi Kontraktor Indonesia dan Bangladesh di Putrajaya


Setiap pagi aku keluar rumah untuk ke pejabat, akan ada ramai pekerja kontraktor Indonesia atau Bangladesh sedang menunggang basikal. Dengan berbekalkan bekalan makanan, botol coke saiz besar yang berisi air masak, kasut boot dan helmet keselamatan warna kuning, mereka akan mengayuh basikal menuju ke tapak pembinaan.

Aku tak sempat mengambil gambar sekumpulan kontraktor
yang ramai tadi. Yang ada cuma saki bakinya sahaja.

Biasanya mereka akan bergerak secara berkumpulan; seakan-akan pelaton. Cuma yang bezanya, kayuhan yang perlahan sambil menghisap rokok kretek.

Setiap pagi, ini lah senaman yang popular di kalangan pekerja
kontraktor dari Indonesia dan Bangladesh.

Sepanjang pengamatan aku selama ni, aku tak pernah nampak diorang mengayuh basikal ketika mendaki bukit ini. Memang aku akui, bukit ni agak tinggi.

Aku ingat lagi masa mula-mula aku kayuh basikal, bukit inilah aku terpaksa tempuh. Jarak dari rumah aku hingga ke jalan besar; iaitu penamat bukit tersebut hanyalah sejauh 1 kilometer. Takde lah jauh sangat. Tapi, penatnya macam lepas bertumbuk dengan Mike Tyson.

Kalau korang tak percaya, ni buktinya. Sampai bukak helmet
tau!

Jadi, aku faham bagaimana perasaan mereka dan azabnya diorang ketika menolak basikal. Keadaannya mungkin lebih teruk daripada mengadap Pengarah SPRM!

Seteruk mana tinggi bukit keliling rumah aku, bukit-bukit inilah tempat aku berlatih mendaki bukit ketika mengayuh basikal. Dahulunya, apa sahaja bukit memang aku agak gerun dan sebolehnya mencari jalan lain yang tiada bukit. Sekarang ini apa jua bukit aku anggapkan ianya satu cabaran.

Tetapi, bukan bukit Limau Manis, Kajang - Bukit ini boleh menjahanamkam lutut aku!

PS: Dalam 3 minggu ni, aku akan kurang mengemaskini blog ini kerana akan berada di luar liputan Celcom, Maxis, Digi, RTM atau TV3. Kalau ada masa dan internet, aku akan cuba kemaskinikan pengalaman aku di tempat asing.
Klik sini untuk baca sampai habis...

Ahad, 10 April 2011

Kayuhan Santai Sejauh 54 km di Pagi Ahad


Ya, betul. Kayuhan di pagi Ahad sejauh 54 km. Dengan lebih tepat lagi, kayuhan santai sejauh 54.34 km dengan purata kelajuan kayuhan 24.2 km/j selama 2 jam 14 minit melalui jalan Putrajaya - Cyberjaya - Masjid Putra - PICC.

Hari ini aku kayuh bersama pemilik basikal Specialized S-Works
ini, iaitu Iskandar.

Pada hari ni, ada yang membuat kayuhan ratusan kilometer ke Bagan Lalang. Ada juga yang membuat kayuhan hampir-hampir ratusan kilometer ke Bukit Perez, Hulu Langat - Bermula daripada kedai basikal Jami, Kajang. Tetapi, untuk sementara waktu ini, aku memilih laluan yang tenang dan kayuhan yang santai dengan purata kelajuan sederhana.

Bukan apa, aku tak berani mengambil risiko menanggung kecederaan lutut dalam waktu terdekat ini.

Pemilik basikal BMC kuning patutnya kayuh dengan aku hari
ni. Tapi cancel last minit.

Oh ye, semalam aku ke kedai basikal Jami, Kajang. Cadangnya nak beli roda berprofil tinggi iaitu jenama Reynolds. Harga agak mahal iaitu RM3800. Jadi, aku batalkan niat aku sehingga hujung bulan ini. Setidak-tidaknya aku ada masa untuk memikirkan jenis apa yang dalam kemampuan aku untuk membeli secara tunai.

Samada jenama Reynolds Assault T 46mm yang berharga RM3800. Atau, Dura Ace C50 yang berharga RM2400. Logiknya, dalam kemampuan aku adalah harga yang RM2400 itulah! Tengoklah macam mana nanti...

Reynolds Assault T 46mm berharga RM3800.
Harga agak mahal. Untuk memilikinya, tunggu
keajaiban berlaku ke atas aku dulu!

Dura Ace C50 berharga RM2400. Setakat ini, ianya dalam
kemampuan aku.

Berbalik kepada cerita kayuhan pagi tadi. Kayuhan hari ini boleh dikatakan santai. Tidak terlampau laju atau perlahan. Sekali-sekala kayuhan seperti ini agak seronok juga, tanpa tekanan atau keletihan maksima.

PS: Sebulan sekali membuat kayuhan seperti tadi, ok jugak!
Klik sini untuk baca sampai habis...

Khamis, 7 April 2011

eBay: Buku Chasing Lance - Lance Armstrong Bio 2005 Tour de France Ullrich


Semalam aku mengambil sedikit masa melayari internet untuk mencari maklumat mengenai seorang lagenda basikal iaitu Lance Armstrong. Segalanya bermula selepas aku menonton satu klip video yang rakan aku pos di Facebook iaitu "Lance Armstrong vs Marco Pantani Tour de France 2000".


Selepas itu, aku masuk laman web Wikipedia untuk membaca biografi beliau. Anda juga boleh ke sini untuk membacanya: http://en.wikipedia.org/wiki/Lance_Armstrong.

Pada tahun 2002, tak pakai helmet masa perlumbaan pun takpe.
Takde sapa pun nak marah.

Kemudian, aku masuk eBay dan cuba mencari buku-buku Lance Armstrong. Nah, melambak-lambak buku, poster dan macam-macam material ada tersenarai!

Aku terjumpa satu buku yang bertajuk "Chasing Lance - Lance Armstrong Bio 2005 Tour de France Ullrich" yang harganya USD12.99. Di situ ada butang Make Offer dan laju je aku klik butang tersebut dan membuat tawaran USD10 untuk harga buku tu.

Dengan harapan, penjual buku tersebut setuju dengan tawaran USD10 yang aku minta.

Chasing Lance - Lance Armstrong Bio 2005 Tour de France
Ullrich. Harga: USD10

Dan, pagi tadi aku menerima emel mengatakan penjual buku tersebut bersetuju untuk menerima tawaran aku. Hah, ini berita sangat bagus untuk memulakan kehidupan pada pagi ini! Aku terus klik butang Buy Now dan membuat bayaran USD10 untuk harga buku dan USD13.95 untuk kos penghantaran.

Jadi, jumlah keseluruhannya adalah USD23.95 iaitu bersamaan RM72.44. Boleh tahan juga murahnya berbanding harga asal yang boleh mencecah ratusan ringgit Malaysia.

Tambahan pula, kulit bukunya jenis tebal (hard cover) dan mempunyai 240 muka surat. Ini bermaksud, satu helai muka surat berharga 30 sen. Murah lah tu! Zaman sekarang ni dengan 30 sen, apa sangat lah yang kita boleh dapat. Masuk tandas kat Bagan Lalang pun 60 sen tau!

Oh ye, kemungkinan selepas ini aku akan membeli buku tentang seorang lagi lagenda iaitu Marco Pantani pulak.

PS: Aku ada bercadang untuk membeli spek mata Oakley Livestrong Jawbone. Tapi, mahal lah pulak! Tengoklah macam mana nanti...
Klik sini untuk baca sampai habis...

Selasa, 5 April 2011

Kayuhan TRI PAKU: Tempat Berkumpul Setiap Rabu & Jumaat di Putrajaya


Kepada mereka yang teringin sangat nak turut serta kumpulan pengayuh tegar sekitar Putrajaya setiap Rabu dan Jumaat, pukul 9.00 malam, sila berkumpul di Information Centre, Putrajaya.

Sila lihat peta di bawah untuk lokasi perhimpunan ritual sebelum kayuhan bermula:


View Information Centre in a larger map

Kalau masih lagi tak faham di mana kedudukan Information Centre, anda juga boleh ke Masjid Putra; Betul-betul mengadap pintu masjid. Kemungkinan di situ ada ramai kumpulan basikal. Tetapi, cuba bertanya adakah mereka pengikut kumpulan TRI PAKU. Jika jawapannya "YA" - Tahniah, anda sedang menuju kepantasan maksima pada malam itu!

Sekali lagi untuk keterangan lebih lanjut:

Lokasi berkumpul: Information Centre, Putrajaya (Kawasan Pakir Kereta)
Waktu berkumpul: 9.00 malam
Waktu mula kayuhan: 9.25 malam tepat.
Laluan: Masjid Putra - PICC - Bukit Alamanda - Cyberjaya - PICC - Masjid Putra
Jarak perjalanan: 42 kilometer
Jenis Basikal: Road Bike atau Mountain Bike
Keselamatan: Helmet, lampu dan keadaan basikal yang baik

Itu sahaja. Mudah kan? Selebihnya, serahkan pada kaki anda untuk jalankan tanggungjawab pada malam itu. Jumpa di sana!

PS: Bawak air secukupnya. Kalau tak, terbayang-bayang limau ais ketika sedang berkayuh.
Klik sini untuk baca sampai habis...

Isnin, 4 April 2011

Rodalink Putrajaya: Shopping Lagi!


Semalam, iaitu hari Ahad, aku ke Rodalink Putrajaya untuk melihat-lihat apa yang boleh dibeli. Asalnya nak beli set allen key. Tapi, aku batalkan niat nak beli set allen key dan sebaliknya membeli CATEYE Cycle Computer Micro Wireless (Red Racing Stripe).

Akibat tanpa perancangan, selepas membayar meter tersebut, aku balik ke rumah semula untuk mengambil basikal dan minta tolong pasangkan meter dan buat sedikit setting pada gear.

CATEYE Cycle Computer Micro Wireless (Red Racing Stripe)
berharga RM160

Ketika Encik Fadhli Khairon sedang memasang meter, aku ternampak helmet jenama Xzone Vigor. Lahhhh, baru teringat yang selama ini aku ada sedikit mengabaikan helmet yang aku pakai. Helmet sebelumnya adalah jenis Limar 635 dan bukannya khusus sangat untuk apa-apa aktiviti yang melibatkan basikal jenis road bike. Pakai tu memanglah boleh, tapi tak berapa hensem sangatlah!

Mungkin dengan alasan tersebut, aku terus beli. Helmet ni tak lah setanding dengan jenama seperti Specialized, Giro atau Bell, tapi dalam keadaan aku sebegini rupa - kewangan yang terhad; Maka, aku beli apa yang dirasakan mampu.

Helmet Xzone Vigor yang berharga RM284.05

Sebenarnya, aku minat sangat dengan meter CATEYE V2C. Klik sini untuk senarai kelebihan meter tersebut. Aku bercadang, hujung bulan ni aku nak beli jugak. Meter yang aku baru beli tu boleh letak kat basikal no 2 pulak.


Persoalannya, adakah akan ada basikal no 2 pulak lepas ni? Ehem, sila tinggalkan jawapan anda di bahagian komen yang disediakan di bawah:
Klik sini untuk baca sampai habis...

Ahad, 3 April 2011

Tri Paku: Kayuhan Memperingati Mendiang Teoh PK


Pada hari Jumaat lepas, kayuhan khusus memperingati mendiang Teoh PK telah berjalan lancar dengan penyertaan 40 penunggang basikal pelbagai jenama; dari merata pelosok daerah dan mukim. Dari Ipoh pun ada - Jangan memain!

Kepada sesiapa yang tidak tahu berita mengenai kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang basikal pada 26 Mac 2011, 8.15 pagi di lebuhraya MEX Putrajaya; sila ke sini: http://ondscene.my/kemalangan/malang-seorang-pelumba-basikal.

Okey, mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut di bawah:

Ini lah pengasas kumpulan TRI PAKU.

Sedang mendengar taklimat mengenai keselamatan ketika
menunggang basikal sekejap lagi.

Ketika ini salah seorang pengasas kumpulan TRI PAKU
sedang berucap.

Tandatangan di atas baju setiap penunggang basikal pada
malam itu. Baju tersebut akan diserahkan kepada keluarga
mendiang Teoh PK.

Berhenti rehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain yang
masih berada di belakang.

Aku tak pasti kenapa semua orang memanda ke belakang.

Salah seorang peserta, Elaine.

Najib dengan basikal Dogma nya.

Masih lagi menunggu mereka yang ketinggalan jauh di
belakang.

Mereka ini lah yang terlibat dan bertanggungjawab setiap
kayuhan yang kononnya 25 km/j.

Sila nikmati dalam versi video pula:


Untuk gambar yang lebih banyak, sila ke sini: https://www.facebook.com/album.php?fbid=197549893618844&id=100000915038838&aid=44736

Dengan adanya aktiviti sebegini, diharapkan agar mereka yang mempunyai kenderaan berenjin tahu golongan seperti kami juga mempunyai hak di atas jalan raya. Silalah hormati kami seadanya.

Akhir sekali, dengan penuh harapan agar jangan ada mangsa kerakusan dan kecuaian pemandu selepas ini lagi.

PS: Kadang-kadang ada pemanda kereta mahupun motorsikal sengaja merapatkan kenderaan mereka ketika kami sedang menunggang basikal. Tak pasti apa tujuannya mereka buat macam tu.
Klik sini untuk baca sampai habis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...