Ahad, 10 April 2011

Kayuhan Santai Sejauh 54 km di Pagi Ahad


Ya, betul. Kayuhan di pagi Ahad sejauh 54 km. Dengan lebih tepat lagi, kayuhan santai sejauh 54.34 km dengan purata kelajuan kayuhan 24.2 km/j selama 2 jam 14 minit melalui jalan Putrajaya - Cyberjaya - Masjid Putra - PICC.

Hari ini aku kayuh bersama pemilik basikal Specialized S-Works
ini, iaitu Iskandar.

Pada hari ni, ada yang membuat kayuhan ratusan kilometer ke Bagan Lalang. Ada juga yang membuat kayuhan hampir-hampir ratusan kilometer ke Bukit Perez, Hulu Langat - Bermula daripada kedai basikal Jami, Kajang. Tetapi, untuk sementara waktu ini, aku memilih laluan yang tenang dan kayuhan yang santai dengan purata kelajuan sederhana.

Bukan apa, aku tak berani mengambil risiko menanggung kecederaan lutut dalam waktu terdekat ini.

Pemilik basikal BMC kuning patutnya kayuh dengan aku hari
ni. Tapi cancel last minit.

Oh ye, semalam aku ke kedai basikal Jami, Kajang. Cadangnya nak beli roda berprofil tinggi iaitu jenama Reynolds. Harga agak mahal iaitu RM3800. Jadi, aku batalkan niat aku sehingga hujung bulan ini. Setidak-tidaknya aku ada masa untuk memikirkan jenis apa yang dalam kemampuan aku untuk membeli secara tunai.

Samada jenama Reynolds Assault T 46mm yang berharga RM3800. Atau, Dura Ace C50 yang berharga RM2400. Logiknya, dalam kemampuan aku adalah harga yang RM2400 itulah! Tengoklah macam mana nanti...

Reynolds Assault T 46mm berharga RM3800.
Harga agak mahal. Untuk memilikinya, tunggu
keajaiban berlaku ke atas aku dulu!

Dura Ace C50 berharga RM2400. Setakat ini, ianya dalam
kemampuan aku.

Berbalik kepada cerita kayuhan pagi tadi. Kayuhan hari ini boleh dikatakan santai. Tidak terlampau laju atau perlahan. Sekali-sekala kayuhan seperti ini agak seronok juga, tanpa tekanan atau keletihan maksima.

PS: Sebulan sekali membuat kayuhan seperti tadi, ok jugak!

16 ulasan:

  1. sekali sekala layan.. jalan bertanah... akar pokok... laluan berbatu... akar pokok... switchback... pokok sawit... pokok getah... syok jugak... fuh... layan... hehehehe

    BalasPadam
  2. jon, meracun di hari Ahad nampak hahahaha

    BalasPadam
  3. Klau pakai high profile, nnt beskal terbang ooooo
    -Bul-

    BalasPadam
  4. Bul, high profile mahal sangat lah :D tak tau boleh beli ke tak.

    BalasPadam
  5. Dura Ace C50 harge rm 2400?... walauweyyy rugi nye aku, ni harge utk baru atau 2nd ni?..

    BalasPadam
  6. sero, harga baru beb hehehe. kawan aku yg beli c50 cakap dia beli kat kedai Hairi, Kajang. nanti cuba survey. Reynolds tubular paling murah aku dpt rm3199 kat KHCycle Damansara Perdana. Sangat murah :D

    BalasPadam
  7. kedai Khairi Trek tu kan, walauweyhhhh rugi oooo aku tak suruh khairi carikkan... awat aku survey kat jbs / kedai lain2, diorg quote 4k lebih... online pun 3k lebih..

    aiyakkk2....

    BalasPadam
  8. mungkin yg 4k tu tubular kot. yg kawan beli tu clincher model 2010. lagipun beratnya bleh tahan gak tak silap aku 1.7 kg. tp, mmg dia cakap rm2400. kot aku salah dgr tak tau lah pulak. tp memang aku tanya dua kali, dia cakap rm2400 hehehe. sama mcm dlm gambar basikal specialized tu.

    BalasPadam
  9. sero, cuba tgk kat sini http://tinyurl.com/3sgfz78. boleh try bid kot² bleh dpt bawah rm2000 ke hehehe

    BalasPadam
  10. owhhh mungkin diorg quote aku yg tubular kot, coz clincher ni yg pakai tiub kan?...

    BalasPadam
  11. sero, mungkin le. biasa tubular mahal drpd clincher. try le wheelset reynolds assault. berat 1483g je. lagi ringan drpd C50. climbing pun best

    BalasPadam
  12. Bro, agak2 ada lagi ke duraace RM2400 tu. Kat mana kedai tu ye? Thanks

    BalasPadam
  13. aku tak pasti ada lagi ke tak c50 tu. kawan aku beli c50 tu kat kedai Hairi Kajang.

    BalasPadam
  14. Bro, kedai Hairi tu kat kajang kat mana ye? Kalau tak keberatan boleh tak bagitahu nama kedai tu. Thanks

    BalasPadam
  15. aku tak brapa igt sgt kedai dia. sbb aku pernah pergi sekali je. tu pun aku ikut kawan aku awal tahun ni. seingat aku, kedai dia belah kiri kalau dari Taman Cuepacs, Kajang. Kedai dia kecik je.

    aku slalu pergi kedai Jami Bike Centre, Kajang. tp, kedai dia xde plak bwk masuk c50 :D

    BalasPadam
  16. ok, ni aku jumpa kat internet - lokasi kedai Khairi:

    http://wikimapia.org/14313369/ms/Kedai-Basikal-Khairi

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...