Isnin, 4 April 2011

Rodalink Putrajaya: Shopping Lagi!


Semalam, iaitu hari Ahad, aku ke Rodalink Putrajaya untuk melihat-lihat apa yang boleh dibeli. Asalnya nak beli set allen key. Tapi, aku batalkan niat nak beli set allen key dan sebaliknya membeli CATEYE Cycle Computer Micro Wireless (Red Racing Stripe).

Akibat tanpa perancangan, selepas membayar meter tersebut, aku balik ke rumah semula untuk mengambil basikal dan minta tolong pasangkan meter dan buat sedikit setting pada gear.

CATEYE Cycle Computer Micro Wireless (Red Racing Stripe)
berharga RM160

Ketika Encik Fadhli Khairon sedang memasang meter, aku ternampak helmet jenama Xzone Vigor. Lahhhh, baru teringat yang selama ini aku ada sedikit mengabaikan helmet yang aku pakai. Helmet sebelumnya adalah jenis Limar 635 dan bukannya khusus sangat untuk apa-apa aktiviti yang melibatkan basikal jenis road bike. Pakai tu memanglah boleh, tapi tak berapa hensem sangatlah!

Mungkin dengan alasan tersebut, aku terus beli. Helmet ni tak lah setanding dengan jenama seperti Specialized, Giro atau Bell, tapi dalam keadaan aku sebegini rupa - kewangan yang terhad; Maka, aku beli apa yang dirasakan mampu.

Helmet Xzone Vigor yang berharga RM284.05

Sebenarnya, aku minat sangat dengan meter CATEYE V2C. Klik sini untuk senarai kelebihan meter tersebut. Aku bercadang, hujung bulan ni aku nak beli jugak. Meter yang aku baru beli tu boleh letak kat basikal no 2 pulak.


Persoalannya, adakah akan ada basikal no 2 pulak lepas ni? Ehem, sila tinggalkan jawapan anda di bahagian komen yang disediakan di bawah:

5 ulasan:

  1. Ada2... Setuju2... Untuk race lagi power.. Hahahaah

    BalasPadam
  2. aku rasa paling lewat pun utk complete bike awal tahun depan. tp utk frame, aku kena beli sebelum bulan 10 thn ni

    BalasPadam
  3. Huhuhuh... Ada target mau dityembak!!! aku mencari2 Bike murah2.. Utk bagi panas badan.. hahahaah

    BalasPadam
  4. dah beli lum meter cateye V2c tu?Kasi review sket....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku beli meter Sigma yang jauh lebih murah dan siap ada cadence. Ulasannya ada kat sini: http://www.brekkejap.com/2012/03/hadiah-bulan-ini-meter-sigma-bc-1909-hr.html

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...