Ahad, 3 April 2011

Tri Paku: Kayuhan Memperingati Mendiang Teoh PK


Pada hari Jumaat lepas, kayuhan khusus memperingati mendiang Teoh PK telah berjalan lancar dengan penyertaan 40 penunggang basikal pelbagai jenama; dari merata pelosok daerah dan mukim. Dari Ipoh pun ada - Jangan memain!

Kepada sesiapa yang tidak tahu berita mengenai kemalangan yang meragut nyawa seorang penunggang basikal pada 26 Mac 2011, 8.15 pagi di lebuhraya MEX Putrajaya; sila ke sini: http://ondscene.my/kemalangan/malang-seorang-pelumba-basikal.

Okey, mari kita saksikan gambar-gambar sepanjang aktiviti tersebut di bawah:

Ini lah pengasas kumpulan TRI PAKU.

Sedang mendengar taklimat mengenai keselamatan ketika
menunggang basikal sekejap lagi.

Ketika ini salah seorang pengasas kumpulan TRI PAKU
sedang berucap.

Tandatangan di atas baju setiap penunggang basikal pada
malam itu. Baju tersebut akan diserahkan kepada keluarga
mendiang Teoh PK.

Berhenti rehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain yang
masih berada di belakang.

Aku tak pasti kenapa semua orang memanda ke belakang.

Salah seorang peserta, Elaine.

Najib dengan basikal Dogma nya.

Masih lagi menunggu mereka yang ketinggalan jauh di
belakang.

Mereka ini lah yang terlibat dan bertanggungjawab setiap
kayuhan yang kononnya 25 km/j.

Sila nikmati dalam versi video pula:

video

Untuk gambar yang lebih banyak, sila ke sini: https://www.facebook.com/album.php?fbid=197549893618844&id=100000915038838&aid=44736

Dengan adanya aktiviti sebegini, diharapkan agar mereka yang mempunyai kenderaan berenjin tahu golongan seperti kami juga mempunyai hak di atas jalan raya. Silalah hormati kami seadanya.

Akhir sekali, dengan penuh harapan agar jangan ada mangsa kerakusan dan kecuaian pemandu selepas ini lagi.

PS: Kadang-kadang ada pemanda kereta mahupun motorsikal sengaja merapatkan kenderaan mereka ketika kami sedang menunggang basikal. Tak pasti apa tujuannya mereka buat macam tu.

2 ulasan:

  1. Harap semakin ramai sedar akan bahaya yg mereka bakal timpakan kepada penunggang basikal....

    BalasPadam
  2. Kebanyakannya yang jadi mangsa disebabkan kecuaian pemandu kereta.

    Kereta hilang kawalan sampai terlanggar pengguna jalanraya lain, tertidur ketika memandu dan kelajuan yg melebihi had yang ditetapkan hingga hilang kawalan.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...