Selasa, 10 Mei 2011

Hari ke Dua: Menuju ke Paris (Bahagian I)


Hari ini 20 April 2011, hari Rabu. Pukul 4.30 pagi aku dah bangun tidur. Kalau waktu Malaysia pula pukul 11.30 pagi. Jadi, tak mustahil aku rasa macam nak pegi kayuh basikal. Mata segar!

Pukul 6 pagi dah cerah. Kereta pun tak banyak lagi
di jalanraya. Keadaan sekeliling pula agak berkabus.

Keadaan bilik sebelum menuju ke Stesen St Pancras.

Pukul 7.20 pagi kami berdua keluar daripada hostel dan menuju ke stesen St. Pancras International. Keluar je pintu utama hostel, sejuknya macam ada 1,715 unit penghawa dingin keliling pinggang. Masa ni aku pakai tshirt je. Saja nak merasa sejuknya puas-puas.

Nampak tak kat belakang tu ada orang tengah naik basikal?
Selamba pakai seluar pendek. Waktu ni suhu dalam 7° selsius.

Sampai je di stesen St. Pancras, aku terus menuju ke stesen keretapi Eurostar. Nasib baik semalam petang selepas balik daripada Baker Street, aku sempat tinjau di mana letaknya Eurostar dalam stesen St. Pancras. Jadi, mudahlah aku pagi-pagi macam ni; terus ke mesin automatik Eurostar untuk mengambil tiket keretapi ke Paris.

Inilah tiket keretapi Eurostar ke Paris. Peta tu pulak adalah
lokasi hotel ketika di Paris nanti.

Keadaan ketika hendak menaiki keretapi Eurostar seakan-akan menaiki kapal terbang. Para penumpang akan melalui pintu keselamatan. Segala beg akan di imbas dan perlu menunjukkan passport kepada pegawai imegresen yang bertugas.

Stesen Eurostar - Sedang menuju ke platfom 18.

Di awal perjalanan, tiada apa yang menarik sangat kerana ada beberapa terowong perlu dilalui. Setiap kali aku hidupkan kamera Nikon CoolPix S8100 untuk mengambil gambar permandangan, masa itulah keretapi akan memasuki terowong. Tiga empat kali macam tu, aku pun fed-up.

Berhenti sekejap di stesen Ebbsfleet International. Mungkin
mengambil atau menurunkan penumpang.

Permandangan seperti ini banyak di sepanjang perjalanan
daripada London ke Paris.

Perjalanan mengambil masa 2 jam 15 minit. Jadi, aku pun tidur sekejap ketika melalui terowong yang agak panjang. Sewaktu melalui terowong tersebut, difahamkan bahawa keretapi sedang merentasi laut menuju ke Perancis.

Dari London sampailah 15 minit nak sampai Paris diorang
berdua macam ni.

Aku terjaga daripada tidur masa ada pengumuman dalam beberapa minit lagi akan sampai Paris. Aku tengok penumpang di hadapan aku masih lagi tidur dengan mulut ternganga. Ini maknanya mereka ternganga sambil tidur selama 2 jam 15 minit!

Sampai sahaja stesen Gare du Nord, Paris, aku terus mencari di mana stesen keretapi Metro. Stesen Gare du Nord sama seperti stesen St. Pancras International - Dan seperti KL Sentral juga. Segala pengangkutan utama berada di sini.

Gare du Nord, Paris. Fungsinya sama seperti KL Sentral kita
kat sini.

Masalah utama pada aku di sini adalah segala jenis papan tanda semuanya dalam bahasa Perancis. Cis! Cis! Cis! Agak menyusahkan aku. Jadi, aku hanya mengagak sahaja setiap kali membaca papan tanda. Percubaan pertama, aku mencari mana-mana perkataan Metro. Ok, jumpa - Tak susah mana!

Aku beli tiket keretapi Metro untuk 2 orang berharga €3.40 dan menuju ke Jaurés. Sampai di Jaurés, aku cuba mencari mana-mana perkataan "Libertel Canal Saint Martin" iaitu nama hotel bakal aku menginap selama 3 hari 2 malam. Papan tanda banyak, tapi langsung takde perkataan yang aku cari.

Pusing kanan, kiri depan, belakang, tak jumpa jugak. Akhirnya, isteri aku tanya dalam kedai berdekatan dan hotel yang aku cari tak jauh daripada situ.

Jalan kurang daripada 5 minit, maka nampaklah hotel "Libertel Canal Saint Martin".

Libertel Canal Saint Martin - Biliknya takde penghawa dingin.
Yang ada hanya kipas.

Ok lah, sekurang-kurangnya ada tv. Segala rancangan habis
dialih bahasa menjadi bahasa Perancis.

Sejam selepas sampai hotel, aku keluar semula dan menuju ke kota Paris. Lokasi pertama adalah La Tour Eiffel; atau dalam bahasa Inggeris nya adalah Eiffel Tower. Dengan menaiki keretapi Metro; daripada stesen Jaurés dan turun di stesen Champ de Mars / Tour Eiffel.

Tu dia. Dah nampak puncak menara Eiffel.

Stesen Metro Champ de Mars / Tour Eiffel memang sangat dekat dengan menara Eiffel. Jalan ke hadapan sedikit dalam 30 meter, dah boleh nampak puncak menara Eiffel.

Dan dalam beberapa minit pula, aku dah terpacak betul-betul depan menara Eiffel.

Betulkah ini menara Eiffel seperti mana dalam filem Jackie Chan - Rush Hour 3? Atau, sekadar poster besar yang direntangkan di hadapan aku konon-kononnya ada geng-geng basikal TRI-PAKU nak mempermainkan perasaan aku?

BERSAMBUNG...

PS: Nantikan cerita seterusnya bagaimana seorang rakyat Malaysia hampir-hampir ditangkap polis Perancis!

10 ulasan:

  1. wahhhh jelesnya... kalau pegi mesti rasa cuak, dah sumer bahasa perancis... Oui!!

    BalasPadam
  2. tp kat paris kekadang panik jugak bila apa yg kita cari tak jumpa. bila tanya diorang, diorang jawab bahasa perancis. payah jugak le dgn diorang ni :D

    BalasPadam
  3. hari kedua gi paris.....room kat hotel london tu ko chck-out dulu ke?? then balik dari paris ko chck-in semula hotel tu ke??

    gi london holder mesian passport tak payah visa or pe document kan?

    gi pariskena visa tak??

    aku plan nak ke london next month sept

    BalasPadam
  4. hazman,

    masa aku ke Paris, hostel yg kat London tu aku check out. aku sewa hostel tu pasal hostelnya sebelah dgn stesen keretapi yang nak ke Paris.

    bila balik dari Paris, aku duduk kat Hotel Travelodge pulak kat Old Street. Sebabnya, Travelodge punya hotel lagi selesa dan besar drpd yang hostel yg mula² aku sewa tu.

    pegi London dgn Paris, tak payah visa. Pakai passport je.

    pegi bulan depan? dah musim sejuk & barang² mesti murah hehehe best jugak kalau plan nak shopping. jangan lupa pi Camden Town :D pegi hari Sabtu sebab kedai lagi banyak bukak dr hari² biasa

    BalasPadam
  5. mcm mane nak contact ko?...sebab rase nk gi bulan Oct.. tgh nak cari gang yang nak follow sekali ni.... klu bole in group lagik better kan... aku nak duplicate exactly jejak2 ko....heheheh "mcm jejak2 rasul" plak ek.....

    Byk bende nak discuss ni wat are the Dos and Dont

    BalasPadam
  6. hazman,

    ko boleh follow forum yang aku dan member² lain yang pernah pergi. masing² kongsi pengalaman :D forumnya http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=250975.

    kalau ko nak ikut jejak² aku pun aku rasa takde masalah. pasal sepanjang aku kat sana, alhamdulillah tak ada benda² yang buruk terjadi.

    kalau boleh, cuba keluar daripada kota London. sebab aku rasa bila keluar drpd london, rasa macam best je :D aku cadangkan Scotland. kawan aku baru je pegi sana bulan lepas. dia cakap memang terbaik hehehe

    BalasPadam
  7. u mean stay kat area scotland je then then klu nak gerak ke kota london naik tube.. jauh tu bro dr scotland ke london

    BalasPadam
  8. hazman,

    bukan macam tu. maksud aku, jalan² le kat Scotland :D

    Macam aku dulu, hari ke 2 pegi Paris, hari ke 4 balik ke London. Tapi, ko buat le hari ke 2 pegi Scotland, hari ke 4 balik London balik.

    BalasPadam
  9. hotel "Libertel Canal Saint Martin" satu malam bapa bro.? tgk dlm website dia mcm mahal jerk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku beli sekali tiket eurostar & bas bertingkat. jadi dapat le murah :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...