Ahad, 8 Mei 2011

Hari Pertama: Sampai Jugak Aku di London


Pada 19 hingga 28 April 2011 baru-baru ni, aku telah berada di Eropah selama 10 hari. Dengan menaiki Airbus milik AirAsia selama 13 jam, selamat sampai lah aku di Lapangan Terbang Stansted, London pukul 8 pagi.

Dua beg galas yang dibawa. Nampak tak bendera Malaysia?

Ketika berada di imigresen lapangan terbang Stansted, aku di soal pelbagai soalan:

  • Ada tiket balik tak?
  • Hotel kat mana?
  • Datang London buat apa?
  • Apa yang aku nak tengok kat London?
  • Stonehenge jauh daripada London. Jadi untuk apa aku nak ke situ?

Lepas menjawab setiap soalan-soalan tersebut, baru Pegawai Imigresen tu cop passport aku dan isteri aku. Oh ye, aku pergi berdua je. Anak-anak tinggal kampung - Sebab budaya eropah tak sesuai dengan anak-anak aku. Ehem!

Kaunter easyBus di Lapangan Terbang Stansted, London.

Masa dia cop passport aku tu, aku ternampak borang Border Pass yang aku isi dalam kapal terbang tadi; nama bapak aku Hassan digaris dengan pen merah oleh Pegawai Imigresen tadi. Oh, baru aku ingat, diorang ni fobia dengan nama Arab - lagi-lagi dengan nama Hassan. Patutlah banyak sangat soalan yang aku kena jawab!

Lepas je melepasi Imigresen tadi, aku terus menuju ke kaunter easyBus (www.easybus.co.uk) untuk mengesahkan tiket yang aku beli online 5 bulan lepas. Harga tiket dua orang hanya ₤8 untuk pergi balik. Itu kalau beli online. Murah kan? Kalau korang beli masa tu jugak kat kaunter, harga sehala untuk seorang adalah ₤10!

Di hadapan Lapangan Terbang Stansted, sedang menunggu
bas easyBus ke London. Cuaca sejuk macam dalam peti ais!

Perjalanan dari Stansted ke London mengambil masa 1 jam 15 minit. Perjalanan tak rasa bosan sangat sebab banyak permandangan yang tak pernah aku tengok sebelum ni. Kalau tengok pun, dalam TV.

Pukul 10.50 pagi sampai di Baker Street, London dan terus menuju ke stesen keretapi bawah tanah Baker Street. Jarak daripada perhentian bas tadi ke stesen keretapi bawah tanah Baker Street adalah 100 meter. Tak jauh sangat.

Salah satu bas yang ada di London.

Banggunan apa pun aku tak tau. Nampak cantik, aku ambik
je le gambar.

Ini le rupanya stesen keretapi bawah tanah London.

Setiba di stesen tersebut, aku terus beratur di kaunter tiket untuk membeli 'Travel Pass: Zone 1 & 2'. Tiket jenis ini kita boleh pakai daripada pagi sampai tengah malam dan boleh memasuki zon 1 dan 2 sahaja. Zon tersebut sudah pun cukup merangkumi bahagian utama kota London. Harganya pula adalah ₤6.60 seorang. Apabila waktu puncak, harganya boleh mencecah ₤8.00 seorang.

Beginilah keadaannya ketika melepasi mesin tiket tersebut.
Cara penggunaannya sama seperti di LRT Star atau Putra.

Ini bahagian dalam stesen keretapi bawah tanah Baker Street.
Nampak klasik.

Daripada Baker Street, aku menghala ke Stesen King's Cross. Stesen ini berhubung sekali dengan stesen terbesar iaitu Stesen St. Pancras International. Kalau kita kat sini boleh disamakan dengan KL Sentral lah.

St. Pancras International. Stesen keretapi bawah tanah
King's Cross pula di sebelah kanannya.

Hostel yang aku sewa betul-betul terletak berdekatan dengan Stesen St. Pancras International. Ianya terletak seberang jalan dan menghadap British Library. Nama hostel tersebut adalah St Pancras YHA London Hostel. Kadar sewa satu malam keseluruhannya adalah ₤62.70.

Selepas letak segala beg yang membebankan dan mandi di hostel tersebut, kami berdua keluar dan menuju ke Baker Street semula. Baker Street agak menarik kerana ianya berhampiran dengan Madame Tussaud, London Beatles Store, Its Only Rock 'n' Roll Store dan The Sherlock Holmes Museum.

Seterusnya, kami berdua mencari kedai pakaian yang murah di Baker Street dan terjumpa kedai sukan SportsDirect.com. Sangat murah dan sangat berbaloi.

Semuanya adalah ₤13.00. Tak berani nak shopping
banyak-banyak sebab baru hari pertama.

Ini baru hari pertama. Esok kami perlu bergegas ke Paris pula dan akan berada di sana selama 3 hari 2 malam. Jadi, kami perlu pastikan jam dah tarikh sudah ditukar mengikut waktu London.

Risau jugak kalau terlepas keretapi Eurostar. Segala tambang tiket keretapi, penginapan dan bas Paris Hop-On Hop-Off dah pun bayar secara online dua bulan lepas. Bayangkan segalanya musnah disebabkan terlajak tidur. Boleh jahanam percutian aku!

Oklah, pos akan datang aku akan cerita pengalaman hari ke dua aku iaitu di kota Paris pula. Jadi, tungguuuuuu...!

PS: Dalam waktu terdekat ni akan ada banyak cerita tentang London dan Paris. Sementara waktu ni, aku mahu berehat daripada cerita tentang basikal :D

39 ulasan:

  1. maybe org akan ingat kisah pahlawan basikal nie mesti cerita psl basikal je but pada saya, x berkaitan dgn basikal pun ok je. kisah melancong pun masih lg berkaitan dgn si penunggang basikal tu jugak, kan? :D

    terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman kat sana dgn kwn²! :) anyway, teruskan cerita. saya suka baca. dah tengok gambar² kat FB baru² nie. saya pun tumpang seronok sbb saya sendiri x pernah keluar dr Malaysia. hehe!

    BalasPadam
  2. Iza, ada betulnya jugak pendapat awak. walaupun takde cerita pasal basikal, tapi si pencerita tu masih lagi seorang penunggang basikal :D

    sebelum ni, sejak daripada sekolah, saya suka dengar orang cerita pengalaman pergi luar negara terutamanya London. Kalau saya tahu sesiapa yang pernah belajar kat London, saya akan suruh dia bercerita pengalaman kat sana :D cerita benda yang sama dua tiga kali pun tak pe. hihihih

    sampai sekarang saya suka baca pengalaman orang pergi luar negara.

    apa yang saya ceritakan adalah sebahagian cita-cita saya sejak sekolah lagi. baru tahun ni berpeluang nak ke sana :D

    oh ye, terima kasih sebab sudi baca blog yang tak seberapa ni :D

    BalasPadam
  3. Salam,

    Seronok baca pengalaman percutian di London dan Paris ni. Banyak info info menarik yang saudara kongsikan. Good job bro.

    BalasPadam
  4. Salam TukangKarut, terima kasih sebab sudi baca blog saya :)

    BalasPadam
  5. Hi,

    Amat sronok skali membaca catatan perjalanan saudara...

    Bnyk info sy dpt...

    InsyaAllah sy akan ke London 25 Feb 2012..
    Sy nak tanya, travel pass zone 1 & 2 ni boleh terus dibeli di tube station ke??
    Harga sama ek?
    Atau u beli online??

    Die bagi oyster card ke just paper tiket ??
    Sy akan stay di london dlm 4 hari, sy kurang faham maksud off peak and on peak tu camne?
    Boleh terangkan..

    Dkt london sy stay kat clapham south...
    so 2 zon ckup lah..

    harap saudara bolehbantu sy..
    tq
    hafiz

    BalasPadam
  6. Hafiz, terima kasih sebab sudi membaca blog saya. Segala kisah perjalanan di London & Paris saya himpunkan di sini: http://www.brekkejap.com/p/cerita-dari-london-paris.html.

    Travel Pass berbentuk tiket kertas keras dan boleh dibeli di semua Stesen Underground. Seboleh²nya, beli waktu pagi sebelum jam 8:15 pagi untuk elakkan waktu puncak ketika orang ramai ke pejabat.

    Saya pernah membeli tiket ketika jam hampir pukul 9 pagi dan harga satu tiket travel pass ₤8 :)

    Saya tak pasti travel pass boleh dibeli secara online atau tidak. Sepanjang saya di sana, saya membeli di kaunter.

    Oyster Card perlu dibeli di mana² kiosk yang ada lambang Oyster Card dan boleh ditambah nilai secara online.

    Beli sahaja travel pass zon 1 & 2 sebab sudah cukupsebab ianya dah cukup utk cover kebanyakan kawasan yg menarik :D

    Ok, selamat bercuti ke London!

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa beza travel pass dgn oyster card?

      Padam
    2. Oyster kad tu macam kad Touch n Go dan banyak tempat boleh beli kad tu. Travel pass ni pulak macam tiket biasa dan valid dlm sehari je. Untuk lebih seminggu, saya rasa sesuai pakai kad oyster sebab dapat jimat banyak.

      Padam
  7. Hi,

    Tq utk info tersebut...

    So maknanya, travelpass 1 day ₤8 yg saudara beli tu valid utk the whole day anytime kan??

    then, jika sy nak beli travelpass utk 4hari, boleh beli in advance kan?? so sy akan dpt 4 keping travelpass utk each day right??

    ok, thanks again utk info tersebut..apa2 kemushkilan sy akan bertanya lg..

    hafiz

    BalasPadam
  8. hafiz, ya travelpass untuk tempoh 1 hari. kalau nak beli travelpass selama 4 hari berturut², itu saya tak pasti. tapi, boleh cuba tengok kat laman web ni: http://www.londontravelpass.com/prices.html

    kalau nak pakai Oyster Card pun boleh, guna macam touch & go. reload boleh kat kaunter, kiosk atau online. laman webnya kat sini: https://oyster.tfl.gov.uk/oyster/entry.do

    BalasPadam
  9. A'kum.... I akan ke sana juga (on 26 March 2012) for honeymoon yg tak sempat dulu, sampai dh masuk 2nd year of our marriage baru berpeluang... Anak pn dh setahun lebih dh... Hehe!!! Terima kasih atas info yg sudi dikongsi bersama... As your experienced, berapa lama ambil masa utk clearance, imegresen & etc. sebaik saja sampai di airport tu ye? Bcoz i nk budget masa tuk booking easybus online ticket... And disebabkan kitorg mgkn dh lewat sgt sampai ke Baker Street nnt, its better kalau i terus ke Paris & boleh booking Eurostar ticket skaligus... Tqvm...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Puan Hawa,

      Di imigresen, saya ambil masa 30 minit; termasuk beratur dan soal-jawab dengan pegawai imigresen. Saya cadangkan sebaik sahaja turun daripada kapal terbang, puan terus je menaiki keretapi secepat yg boleh, terus menuju ke imigresen; dan terus beratur.

      Kes saya jadi sedikit lambat sebab berjalan slow sangat sampai terlepas keretapi. Jadi kena tunggu keretapi lain tiba. Sampai di imigresen orang ramai dah beratur menunggu giliran.

      Walaupun sedikit lambat, saya dapat naik EasyBus pukul 9:30 pagi sedangkan waktu pada tiket yg ditempah pukul 10:15 pagi. Sekiranya puan tiba awal, puan boleh minta ubah waktu di kaunter EasyBus.

      Saya tak rasa di imigresen mengambil masa yang lama untuk lepas. Cuma, saya risaukan AirAsia sahaja - Takut flight delay.

      Sebab perancangan saya juga macam puan, sampai di London dan terus ke Paris. Tapi untuk jalan selamat, saya ubah plan untuk ke Paris pada keesokan harinya.

      PS: Saya ada google pasal delay flight ke London; ianya memang pernah terjadi. Tu pasal saya ubah plan. Tapi, sepanjang perjalanan saya ke sana, semua tak ada masalah dan tiba tepat jam 8:00 pagi.

      PPS: Saya pasti puan dan suami akan xcited - kalau ni baru 1st time ke sana :D Memang best giler!

      Padam
    2. Hehe!!! Yes, i'm so excited, but suami act mcm biasa jer, sbb die pernah ke sana masa berkhidmat utk UN dulu... Tp tak tahu la kot2 dlm hati dia pn sebenarnye excited jgk... Huhu!! Anyway, tqvm ats advice yg diberi.. So, i pn ingat to play safe pegi ke Paris pada keesokan harinya la... Sbb i takut rush sgt, lgpn kalo ikut schedule, our flight akan touch Gatwick Airport dlm pukul 3.55 p.m. Dah lewat sgt kan? Takut tak sempat, & tak enjoy the journey sbb susah hati kena rush...

      Hawa

      Padam
    3. Oh, kalau dah pernah ke sana, mungkin tak sama xcitednya dgn yang tak pernah ke sana lagi :D oh ye, pastikan buat travel log setiap perjalanan dan catitkan apa pun yang terjadi dalam log tu. pastikan kamera tu date available. tarikh tu boleh jadikan ssbg sokongan kat buku log.

      3.55 p.m tu agak lewat jugak kalau nak berkejar ke Paris. Tp takpe, sebab hari pertama tu boleh jalan² kat Baker Street dan sekitar hotel :)

      PS: 26 March 2012 tak lama dah tu. Heheheh Best best

      Padam
  10. Sorry, bdw my name is Hawa... Tq...

    BalasPadam
  11. Yup, nasib baik u ingatkan, kalo tak, i tak teringat pun pasal tu... Huhu!! Bdw, here i ada sikit confusing... I depends 100% on your guide, but now since Air Asia dh suspend kan penerbangan balik ke KL, dorg gantikan dgn MAS Airline, problemnye, masa i sampai di London, i akan touch Gatwick Airport, tp bila balik dgn MAS Airline, i kena melalui Heathrow Airport... Huuuu.... Abis dari Baker Street tu camner nk ke Heathrow Airport tu? Kalo ikut cara u, senang pergi balik di tempat yg sama, and easybus pun boleh booking return ticket jer... Ni yg buat i gelabah nnt ni, my husband pulak buat dont know jer, die suh i handle semua part2 ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Baker Street cuma ambik dan turun sesiapa yang nak ke / turun dari Stansted Airport.

      Kalau nak ke Heathrow Airport, kena ambik bas kat sini: http://www.easybus.co.uk/london-heathrow/heathrow-bus-routes/watford-junction-train-station

      Kalau naik tube, naik train (Victoria) kat Euston dan turun kat Watford Junctio. Dlm web tadi tu ada bagi peta tube dan penerangan macam mana nak ke Watford Junctio.

      Bab pengangkutan jangan risau. Senang sangat nak faham dan cari. Saya dulu paling risau bab ni. Tapi, bila dh sampai sana saya ambik masa sekejap je nak faham route underground train.

      Kalau tak faham jugak, tanya je sapa² omputih yang ada kat situ. Diorang very helpful.

      Padam
  12. Assalamualaikum. Nak tanya, ada tak tourist yg guna wheelchair. Bagaimana dgn kemudahan utk org yg menggjnakan kerusi roda dlm tube, bas dan tempat perlamcongan di london dan paris? T.kasih.

    BalasPadam
  13. Waalaikumussalam. Saya tak pasti tentang kerusi roda. Tapi,apa yg saya tengok, warga emas / org kurang upaya banyak kemudahan. Tak mcm kita kat sini. Bas atau tube mmg diberi keutamaan kpd golongan ini. Saya rasa kat London segala2nya mudah. Org tempatan mudah beri bantuan.

    BalasPadam
  14. salam Pahlawan Basikal,

    Wahh bukan main detail dicoretnya.. memang banyak membantu nie. Btw, saya sekeluarga (5org) memang merancang utk melancong ke London, Paris and Amsterdam selama 2minggu. Tp lama lagi bro, christmas hujung tahun ni.Walau ada 11 bulan untuk di tunggu, keterujaan utk ke sana dah tak tertahan dh. :D
    Pahlawan Basikal mesti bnyk duit kan.. duk hotel 1malam smpi rm350+- (kalo betul lah di convertkan). takde ke hostel bajet yg murah di sekitar hotel tuan tu? al maklum la, ada 5 org nak pegi nie, yg bekerja 2org jerk. So yg bekerja nie lah yg kene bnyk kuarkan duit. di kawasan situ ada bilik yg tawarkan utk 5org tetamu tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Encik Dzul,

      Harap² apa yang dikongsikan ni membantu kepada sesiapa yang nak ke sana. Bukan senang nak tulis tau hehehe

      Kalau pergi waktu Christmas, maknanya waktu musim sejuk. Saya prefer waktu musim bunga sebab permandangan cantik kalau ambik gambar :D

      banyak duit tu takde le. Kalau banyak duit, saya belanja Kate Middleton makan tengahari :D tapi kalau nak dapat murah kena tempah online. kalau nak tau, masa saya tempah hotel kat London, 15 minit lepas saya booked, keluar promosi 15 pound untuk satu malam. Bilik yang sama saya bayar iaitu 60 pound lebih.

      Saya cadangkan kalau nak book hotel, kena rajin masuk website www.travelodge.co.uk dan subscribe mailing list dia. 15 pound satu malam woooo giler murah

      Ada lagi 11 bulan... Boleh simpan duit banyak lagi hehehe

      Padam
  15. tu la.
    detail pulak tu kan
    mmg bnyk membantu bagi yg 1st time nak pegi kan.
    bonda nk pi sana time musim sejuk. kemaruk salji agaknye. he he

    yg hotel tu mmg bnyk, cuma tak tau nak satu hotel yg betul2 dkt kota london kan. nak ambik hotel mcm tuan punya tu, tgk list dia mak ai agak mahal.

    tuan duk putrajay ke?
    duk tgk main basikal ara sana jer
    patik pun duk sana

    BalasPadam
  16. Mesti tak sabar nak main salji hehehe tapi orang cakap musim salji, barang² murah :D

    Kalau nak banyak pilihan, boleh tengok kat http://www.hostelworld.com. Lepas dah jumpa hotel mana yg rasa macam best, tengok review hotel tu kat http://www.tripadvisor.com pulak. Dari situ kita tau pengalaman² org yang pernah menginap hotel tu.

    Ya, saya kat Putrajaya :) Kayuh basikal best kat sini hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. harap2 lah murah
      kat london barang2 sovenier murah2 tuan borong kat mana?
      biasa lah mereka2 nie mesti nak key chain la nak magnet tu la. mcm2.

      baru lepas usha travelodge tu. tp agak susah la sbb dia tanya pasal location. cek mana tau location yg strategi nie

      Padam
    2. Nak shopping murah² boleh ke Camden Town, mana² kedai Sports Direct, Primark dan Clarks Factory Outlet untuk kasut kulit. Sebenarnya banyak lagi, cuma yg saya sebutkan tadi tu tempat yang saya dah pergi.

      Padam
  17. best...nnt nk pg juga...nk buat nota cam ner nk g berdua dgn asben...

    BalasPadam
  18. salam.so far kan, budget utk ke london dlm 10 hari agak2nya brapa ek? saya akan ke sana utk conference dan sedang mencari budget hotel..huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. 7 hari saya kat sana saya bawak £1400. balik sini ada balance £600. Hotel boleh tengok kat www.travelodge.co.uk :) time promosi boleh dapat £15 sehari

      Padam
  19. Bestnyer baca cite awak.....plan nak ke sana spring next yr.....inshaaAllah if e'thing goes well....nanti bole la tanye2 awak ape yg patut ekk....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab sudi membaca cerita saya :D kalau ada apa², boleh tanya saya. mana tau kot² saya boleh tolong jawabkan ke :D

      Padam
  20. Salam.

    Tumpang lalu.. annadoll here. Hihi tuan, kalau 3 hari di london sempat tak nak p HOHO area city, pg ke stonehege dan jalan-jalan di oxford? Situ yang paling nak p. Termasuk hyde park dan bicester village. Sempat tak dalam 3 hari tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. oh intan rupanya :D 3 hari dah boleh cover banyak tempat. dr Stonehenge nak ke Oxford dlm 1 jam 30 minit jugak le.. hyde park xde apa sgt, tp seronok kalau lepak². dlm 3 - 4 jam boleh cover keliling taman tu. dr hyde park pun boleh ke oxford street, lebih kurang 15 minit kalau jalan kaki.

      apa² pun, 3 hari tu byk tempat boleh pergi :D

      Padam
  21. came cross this blog, nice entry btw!! tapi pelik bila saudara kata dorang underlines your surname masa kt airport tu?sbb biasanya kt england ni jarang la dia buat macam tu, unless other european countries, yes! kalau kt airport yg pakai tudung mesti kena check lagi walaupun tak berbunyi..huhuhu…anyway, seronok kan dapat berjalan2…. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih sebab sudi jenguk blog ini. memang terang² digarisnya nama bapak saya. dah lah tu banyak tanya pulak. mungkin tgk muka saya macam cina, tp nama bapak pakai nama arab. mungkin beliau ingat saya ni komplikasi identiti.

      Padam
  22. Maaf, mohon tumpang iklan ye Tuan Blog...

    Kepada sesiapa yang nak melawat kota London, kami ada menyediakan servis penginapan budget di London :

    http://homestaydilondon.blogspot.co.uk/

    @

    http://homestay-london.blogspot.co.uk/

    TQ n sorry again..

    BalasPadam
  23. Salam tuan, mana lebih untung guna oyster kad atau travel kad tu utk 3 hari di london. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Kalau 3 hari je, elok pakai Travel Pass je. Kalau seminggu dalam London guna Oyster Card boleh jimat banyak duit :)

      Padam
  24. Salam tuan.boleh x emelkn itenarary tuan padr sy.insyaallah sy akn ke sana bln 3 tahun depan. Ni emel sy naimleha88@gmail.com.
    Tq ye ;)

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...