Rabu, 1 Jun 2011

Hari ke Lima: Hyde Park, Marble Arch, Malaysia Hall, Primark Shopping Complex, Hard Rock Cafe dan Piccadilly Circus


Agenda hari ni adalah yang aku nanti-nantikan selama ini. Hyde Park, Malaysia Hall dan Hard Rock Cafe sudah lama ada dalam kepala aku sejak berbelas tahun dulu. Sebelum ini aku cuma tahu nama Malaysia Hall dan Hard Rock Cafe je. Hyde Park ni aku tak tau nama dia. Tapi, yang aku tau ianya adalah taman yang luas dan ramai orang melakukan aktiviti riadah di situ.

Pukul 9.43 pagi, kami berdua keluar daripada hotel dan menuju ke stesen keretapi bawah tanah Old Street. Beli dua pas Travel Pass yang berharga ₤18.00 dan terus menuju ke stesen Hyde Park Corner. Oh ye, aku keluar hotel lambat hari ni dan sebagai balasannya, aku terpaksa membayar Travel Pass yang agak mahal daripada biasa. Mungkin kerana waktu aku beli tiket adalah dalam lingkungan waktu puncak.

Kami berdua sampai di stesen Hyde Park Corner pukul 10.10 pagi. Keluar je daripada stesen Hyde Park Corner, terus mengadap Hyde Park.

Hyde Park: Salah satu laluan masuk ke Hyde Park.

Hyde Park: Pokok-pokok di tepi jalan

Hyde Park: Satu keluarga bersiar-siar menaiki kuda.

Dalam Hyde Park sangat menarik dan tenang. Memang sesuai sangatlah bawak keluarga untuk bersiar-siar samada berjalan kaki, menaiki kuda atau berbasikal.

Cuaca agak terik, tapi macam biasa, walaupun terik, anginnya sejuk. Jadi, sangat selesa berjalan-jalan di dalam taman. Nak bergaya dengan jaket kulit pun boleh.

Hyde Park: Sekitar di dalam taman Hyde Park.

Agak lama jugak aku berjalan sambil menangkap gambar. Hijau pokok-pokok dan rumputnya macam dalam filem aku tengok kat tv atau gambar. Tak payah sunting dalam Photoshop bagi warna hijau terang-terang sebab hijaunya dah cukup terang.

Sedang aku berjalan, dari jauh aku ternampak ada seorang yang sedang duduk di bangku yang ada di taman tersebut. Lagaknya macam membaling sesuatu di hadapannya.

Lalu aku pun cuba pergi tengok sedekat yang boleh. Rupa-rupanya beliau sedang membaling kacang ke tanah untuk diberi pada merpati-merpati dan juga tupai tanah makan.

Suasana ketika itu cukup menarik kerana dalam keadaan yang nyaman, di sekitar kita ada merpati-merpati jinak serta beberapa ekor tupai tanah sedang bermain. Tupai tanah akan berlari di sebelah kaki kita tanpa rasa takut.

Hyde Park: Tupai sampai panjat kaki Negro tu sebab tak
sabar nak makan kacang.

Hyde Park: Merpati-merpati dan seekor tupai sedang
menunggu lelaki Negro itu memberi kacang.

Hyde Park: Burung merpati jinak.

Hyde Park: Tupai Tanah sedang makan kacang.

Aku tengok jam dah pukul 11.10 pagi. Sejam jugak le aku kat dalam Hyde Park. Okey, aku perlu ke Marble Arch dan seterusnya singgah di Malaysia Hall.

Marble Arch dekat dengan Hyde Park. Walaupun dekat dengan Hyde Park, tak semestinya aku nak ke Marble Arch pun dekat. Perlu diingatkan bahawa Hyde Park ni besar dan meliputi 350 ekar di dalam kota London. Jadi, untuk ke Marble Arch daripada stesen keretapi bawah tanah Hyde Park Corner adalah sejauh 1.44 km dan mengambil masa 20 minit berjalan.

Hyde Park - Bangunan yang menghadap dengan
Hyde Park.

Hyde Park - Kalau letih berjalan, boleh je kalau nak sewa
basikal.

Hyde Park - Kawasan ini dinamakan Speakers Corner. Di
kawasan berhampiran inilah orang akan berucap dengan
bebas tanpa diganggu oleh polis.

Hyde Park - Bersebelahan dengan Speakers Corner, tempat
orang ramai bersantai dan berjemur di bawah matahari.

Marble Arch - Berhampiran dengan tempat yang orang ramai
bersantai tadi adalah Marble Arch.

Di bawah adalah peta di mana laluan yang aku ceritakan tadi. (A) adalah Hyde Park Corner Tube Station dan (B) pula adalah Marble Arch:



Kalau tengok dalam peta, memang nampak jauh. Tapi sebenarnya, sepanjang perjalanan aku tak berasa letih pun. Ini mungkin kerana anginnya yang sejuk macam air cond dan juga permandangan yang cantik-cantik.

Berlainan dengan isteri aku, sepanjang perjalanan tak habis-habis cakap letih lah, lapar lah, jauh lagi ke, bila nak sampai...

Di Marble Arch tak ada apa yang menarik sangat pun. Yang ada cuma gerbang batu mar mar tu aje lah. Selepas ambik gambar, kitorang pun menyambung perjalanan ke arah Malaysia Hall.

Perjalanan daripada Marble Arch (A) hingga ke Malaysia Hall (B) mengambil masa hampir sejam sejauh 1.93 km:


Sepanjang perjalanan, boleh aku katakan permandangan disekitarnya sangat menarik. Di sebelah kiri aku adalah Hyde Park dan di sebelah kanan pula adalah jalanraya dan bangunan-bangunan pejabat, hotel-hotel serta apartment.

Hyde Park - Hyde Park Place

Hyde Park - Jalanraya nya agak tenang kerana kereta kurang
lalu-lalang.

Hyde Park - Sekitar Bayswater Road.

Sedang aku berjalan, baru aku perasan kulit aku semakin kering. Keringnya lebih teruk daripada semalam. Ini mungkin disebabkan aku terlalu kerap mandi. Purata orang di sini mandi adalah 3 hari sekali. Aku pulak bantai mandi 2 kali sehari; iaitu pukul 6 pagi dan pukul 7.30 malam.

Kulit tangan aku makin kering. Baru aku perasan!

Hyde Park - Sebuah rumah klasik dalam Hyde Park.

Aku rasa dah berjalan terlalu lama. Seingat aku, kedudukan Malaysia Hall tak lah terlampau jauh. Lalu aku pun berhenti dan cuba mencari WiFi percuma dengan menggunakan iPod Touch aku. Ntah apa nasib aku hari tu, aku dapat WiFi percuma ntah dari mana datangnya. Terus aku buka Google Map dan melihat kedudukan Malaysia Hall.

Memang betul, aku terlajak sedikit je daripada simpang nak ke Malaysia Hall. Nasib baik ada WiFi! Jadi aku patah balik dalam 100 meter ke belakang semula dan terus masuk simpang yang menuju laluan Queensborough Terrace.

Queensborough Terrace - Sedang menuju ke arah Malaysia
Hall.

Queensborough Terrace - Di hadapan Malaysia Hall

Akhirnya, aku sampai jugak di Malaysia Hall. Ketika aku sampai, aku nampak beberapa orang Malaysia berlegar-legar di sepanjang kaki lima. Seterusnya, kami turun ke bawah di mana terletaknya kantin Malaysia Hall dan mendapati ramai orang Malaysia di dalamnya.

Sebaik sahaja kami berdua masuk, aku cuba memandang orang di dalamnya. Kalau ada yang pandang, boleh lah aku senyum atau angkat tangan. Malangnya, tak ada sorang pun memandang aku di pintu masuk kantin. Sedangkan kantin ketika itu hampir penuh. Ada antara mereka sedang bersembang dan juga makan.

Aku terus ke tandas sementara isteri aku menunggu orang bangun dari meja. Sebaik sahaja aku keluar dari tandas, isteri aku sudah pun duduk di meja. Kerusi pulak tak ada. Jadi, aku pun beri salam kepada sekumpulan Melayu di sebelah meja aku yang sedang makan dan meminta kerusi lebih yang tidak ada orang yang duduk di situ.

Malaysia Hall - Ketika ini ramai yang sudah keluar dari kantin.

Sebaik saja aku beri salam, salah seorang daripada mereka memandang aku, kemudiannya tunduk dan sambung melantak. Ketika itu baru beliau menjawab salam tanpa memandang aku.

Fuhhhh... Macam tu ke cara orang Melayu sini berjumpa dengan orang dari Malaysia yang datang ke London? Dia ingat aku datang London pakai duit subsidi Kerajaan Malaysia ke apa?

Lepas budak sombong tu menyuapkan nasik sambil kunyah. Dia pun menyambung, "Tak ada orang. Ambik satu kerusi je."

"Kepala hotak kau! Aku ada satu bontot je. Buat apa aku nak ambik kerusi sampai dua. Kalau ye pun aku ambik sampai dua kerusi, kerusi yang satu lagi tu untuk aku hempuk kepala kau. Tuih!", kata aku dalam hati.

Panas jugak hati aku. Lepas tu aku senyum pada yang lain-lain sambil mengangkat kerusi. Aku tak pasti samada mereka itu adalah pelajar atau pun dah bekerja. Tapi, gayanya macam pelajar.

Lepas makan, semasa nak keluar melalui pintu, tersempak dengan pasangan yang macam suami isteri yang memegang beg-beg membeli belah PRIMARK. Perempuan tu ternampak kami berdua dan terus senyum pada kami. Si lelaki tu pulak pandang ke tempat lain buat-buat tak nampak dan terus menuju ke meja yang kami duduk tadi.

Aku suruh isteri aku tanyakan kat perempuan tu kat mana PRIMARK. Sementara itu aku menunggu di pintu sambil memandang mereka. Respond perempuan tu cukup bagus dan langsung tak sombong. Aku rasa macam tak best pulak tengok dari jauh. Jadi, aku pun datang sambil menyelit perbualan antara isteri aku dan perempuan itu.

Sambil itu aku pun memandang lelaki itu yang sedang duduk manakala perempuan itu masih lagi berdiri. Aku senyum dan lelaki itu memandang aku tanpa respon dan mengalihkan pandangannya ke arah lain.

Apa penyakit yang dah berjangkit kat lelaki-lelaki Melayu ini bila berada di kota London? Itu satu kemuskilan yang boleh diketengahkan di dalam Dewan Parlimen. Biar mereka mencari jawapannya kerana aku perlu meneruskan perjalanan yang masih jauh.

Berdasarkan apa yang diberitahu oleh perempuan tadi, PRIMARK berada di Oxford Street iaitu sekitar Marble Arch. Jadi, aku perlu berpatah balik ke Marble Arch yang memakan masa hampir sejam sekiranya berjalan kaki seperti tadi. Untuk menjimatkan masa, kami berdua menaiki keretapi bawah tanah di stesen Lancester Gate berhampiran dengan Malaysia Hall dan turun di stesen Marble Arch.

PRIMARK - Tempat membeli belah yang termurah di kota
London.

PRIMARK - Di dalam PRIMARK yang sesak dengan ramai
orang.

Di PRIMARK terlampau ramai sangat orang. Memang aku akui, pakaian-pakaian yang dijual adalah sangat murah. Itu pasal orang ramai datang ke sini untuk membeli belah. Bayangkan aku beli 3 helai tshirt jenama PRIMARK buatan Scotland, sehelai seluar, tali pinggang dan 4 pasang stokin cuma ₤17. Kualitinya pula bukan cikai-cikai. Cuma jenamanya sahaja tak hebat macam Levi's ataupun Dunhill.

PRIMARK - Semua ini cuma berharga ₤17!

Destinasi seterusnya adalah Hard Rock Cafe. Selepas membeli belah di PRIMARK, kami terus berjalan kaki selama 20 minit ke Hard Rock Cafe yang terletak sejauh 1.44 km.

Hard Rock Cafe - Di hadapan Restoran Hard Rock Cafe.
Ramai orang sedang beratur untuk masuk ke dalam restoran.

Hard Rock Cafe - Di dalam kedai Hard Rock Cafe. Lokasinya
hanya bersebelahan dengan Restoran Hard Rock Cafe.

Hard Rock Cafe - Gitar-gitar milik pemuzik-pemuzik Rock
terkenal berserta tandatangan. Gitar Ritchie Sambora pun
ada tau!

Hard Rock Cafe - Sedang mencuba topi.

Hard Rock Cafe - Akhirnya, ini sahaja aku beli. Jumlah
keseluruhannya adalah ₤56

Destinasi terakhirnya pula adalah Piccadilly Circus. Dengan menaiki keretapi bawah tanah di stesen Hyde Park Corner dan turun di stesen Piccadilly Circus. Kami berdua sampai dalam pukul 4.40 petang dan langit sudah agak mendung sedikit.

Piccadilly Circus - Sekitar Piccadilly Circus.

Piccadilly Circus - Ada sekumpulan pemuzik orkestra jalanan
sedang mengutip derma untuk mangsa bencana di Jepun.

Piccadilly Circus - Singgah di HMV beli CD lagu yang
dipesan oleh rakan sepejabat.

Selepas keluar daripada kedai HMV, di luar sudah pun mendung. Bila-bila masa boleh hujan. Kami berdua terus ke stesen Piccadilly Circus dan terus menuju ke Old Street untuk pulang ke hotel.

Sebaik sahaja tiba di Old Street, hujan sedang turun. Cadangnya, nak je redah hujan. Tapi, bila terkena air hujannya, mak ai sejuk macam air dalam peti ais. Kena lah tunggu hujan berhenti, kalau tak boleh keras masa berjalan.

Hari ini, kami berdua dapat melawat 6 tempat sekaligus. Memang puas hati. Yang tak puas hatinya cuma kes kat Malaysia Hall je. Kalau aku jumpa budak sombong tu, memang aku ajak lumba basikal!

PS: Perjalanan kali ini agak meletihkan sebab kebanyakan kawasan berjaya diredah dengan hanya berjalan kaki. Inilah yang sememangnya aku mahukan sejak daripada sekolah!

10 ulasan:

  1. Memang itu hakikat bro...

    Kwn aku keje kat sana pun kata budak MELAYU SOMBONG bila jumpa org kita...

    Walhal belajaq silap2 SUBSIDI!! Ceh!!! apa dpt sombong sesama umat!@!!!!

    BalasPadam
  2. ijam, aku ada cuba cari kat google apa yang aku citer tadi. memang ada orang citer benda yang sama. aku igt aku sorang je kena...

    BalasPadam
  3. Dear Pahlawan Basikal,

    Memang benar apa yang saudara alami itu dan mohon bersabar. Malahan di Sydney, Gold Coast, Islamabad, Karachi, Bangkok, Beijing, Batam, Hatyai dan New York juga berlaku perkara seperti itu menurut pengalaman saya. Itulah "banner" yang dibawa oleh "orang kita" apabila berada di luar negara. Fikir-fikirkan.

    P/S: saya adalah penerima "SUBSIDI" yang berpijak di bumi nyata serta minat berbasikal.

    BalasPadam
  4. Zaheril, wahhhh seorang lagi peminat basikal :D Kalau saudara datang ke Putrajaya dan ingin berbasikal, boleh ikut kayuhan TRI Paku Nite Ride. Kedatangan sangat dialu-alukan :D

    Tentang 'orang kita' tersebut, tuan lagi arif sebab mempunyai pengalamn yang luas. Ini pengalaman pertama dan tak sangka ianya sebegitu rupa. Agak terkejut juga bila terjadi kat tuan punya badan yang selama ini mengagung-agungkan golongan ini :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. atviti berbasikal tu boleh citer lagi detail skit?
      al maklum la cek pun duk putrajaya. atau lebih tepat p16. selalu gak nmpk org naek basikal. nak cuba gak tp takde peteh lagi nak beli basikal tayar nipis tu..

      Padam
    2. Dekat le dengan kedai basikal Rodalink kat Presint Diplomatik :D Nanti singgah le Rodalink dan jumpa dengan Lee. Mintak nasihat dia untuk beginner dan basikal apa yang sesuai. Dari situ nanti bila dah ada basikal, Lee akan jemput kayuh sekitar Putrajaya waktu cuti dan secara tak langsung Lee akan tunjukkan cara-cara yang betul.

      Saya rasa, ini satu kelebihan kepada sesiapa yang baru nak kayuh :)

      Padam
  5. Salam.boleh tanye,betol ke kt europe senang dpt free wifi? Kt mane je ade?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Sepanjang saya kat sana, dua kali je saya dpt free wifi yg sesat dari mana ntah. Sekali kat Tower Bridge dan sekali kat Bayswater Road. Tapi, kebanyakannya berbayar :)

      Padam
  6. salam. saya baru jumpa blog kamu ni;)

    nak bagi tau psl org kita yg kat London mmg cam tu though it doesn't mean i condone it.
    saya pernah belajar di UK atas dasar 'subsidi' dan apabila saya sambung pula belajar di London, terkejut beruk jap dgn style org kita. Jadi conclusion saya, sapa yg mmg dtg belajar straight p London, mmg akan ikut dasar seperti yg kamu experience tu. Yg g belajar kat cities yg lain, insyallah x cam tu.

    anyway, in case next time you g jalan g London lagi, no need to guna hop-on-hop-off tu. instead to save money, naik the buses-i cannot remember the bus numbers-ada byk yg akan lalu the tourist spot. google it.

    pas tu beli 7-day travel card if you are there for a week sbb lg jimat.

    free wifi mmg x banyak mcm kat Mesia. kalau g starbucks, kena beli something dulu baru bole surf.

    sekian tima kasih

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum w.b.t.,,,
    Terbaik you punya cerita bro, I like dan boleh dijadikan panduan.
    Dalam banyakx benda, yang ni aku paling suka,
    "Berlainan dengan isteri aku, sepanjang perjalanan tak habis-habis cakap letih lah, lapar lah, jauh lagi ke, bila nak sampai..."
    Memang diorang ni species sama je kot,,
    By the way, tidak terkejut dengan sikap segelintir orang yang sebangsa dan agama kita yang berada di uar negara memang most of them walaupun secara subsidi tapi lagak mengalahkan orang yang bayar tiket flight sendiri wooo.....
    Wassalam,,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...