Isnin, 13 Jun 2011

Larian Amal untuk Diri Sendiri


Hari ini izinkan aku bercerita tentang Larian Amal untuk Diri Sendiri pula. Yang menunggu cerita tentang London, maafkan aku seadanya. Cerita itu ada, cuma menunggu masa yang sesuai untuk beraksi.

Bercerita tentang larian, aku sebenarnya ada cerita tersendiri macam mana aku boleh terlibat dengan larian ni. Aku mula berlari semula pada tahun lepas sebab nak meningkatkan kecergasan aku ketika di London nanti. Aku tak mahu rosakkan percutian aku disebabkan aku penat untuk berjalan di kota London. Jadi, rugilah segala wang yang aku keluarkan kalau aku pengsan masa berjalan ketika di sana nanti.

Selepas berlari hampir 2 minggu, lutut kiri aku cedera dan aku mula beralih kepada sukan berbasikal pula hingga sekarang.

Polygion F100 Flatbar yang telah diubahsuai menjadi basikal
racing. Inilah basikal pertama aku yang banyak jasanya.

Tetapi, sukan berlari ni ada keistimewaan yang tersendiri. Disebabkan ada keistimewaan tersendiri itulah aku mengambil keputusan untuk berlari semula selepas bersara hampir 5 bulan. Sebagai permulaan, aku turut serta Himpunan Sejuta Belia: Standard Chartered 5KM Fun Run pada bulan lepas.

Keesokan harinya selepas larian Standard Chartered tersebut, aku pergi ke butik Nike di Alamanda untuk membeli 4 helai seluar yang bersesuaian ketika berlari.

Dalam seminggu ni aku banyak berlari, berlari dan berlari. Masuk minggu ke dua aku masih banyak berlari daripada berbasikal. Kalau berbasikal pun masa aktiviti TRI Paku Nite Ride setiap Rabu dan Jumaat.

Ok, itulah kisahnya macam mana aku boleh terlibat dengan larian ini. Ok, kembali kepada topik yang apa aku mahu kongsikan dengan anda semua. Topiknya, masih lagi tentang larian...

Ketika berlari, ada dua benda yang aku utamakan selain pemakaian yang selesa ketika berlari. Dua benda itu adalah Nike+ Sportband dan Nike Free Run+ 2. Apa kebenda benda-benda tu? Ok, sila lihat di bawah:

Nike Free Run+ 2. Harga RM368.

Nike+ Sportband. Harga RM225.

Dengan dua benda ni, aku boleh menyimpan data setiap larian yang aku buat. Data-data yang dimaksudkan adalah berapa kilometer aku berlari ketika itu, berapa minit/jam aku dah berlari, berapa laju aku berlari dalam sejam dan jumlah kalori dah terbakar.

Sebelum itu, pastikan cip Nike+ Sportband sudah diletakkan dalam kasut Nike Free Run+ 2. Barulah segala data ketika larian dapat direkodkan.

Cip Nike+ Sportband.

Cip tersebut perlu diletakkan di dalam kasut Nike.

Kasut yang hanya ada lambang Nike+ sahaja menyokong
Nike+ Sportband.

Selepas berlari, aku akan cucuk Nike+ Sportband ke komputer aku. Dan, dalam masa kurang 3 saat segala aktiviti yang aku lari tadi akan dimuatnaik ke akaun aku di laman web Nike Running. Segala data tadi akan ditukar menjadi bentuk graf:

Inilah rupa data setelah dimuatnaikkan ke dalam akaun
Nike Running.

Daripada graf tersebut, aku boleh melihat bagaimana cara aku berlari. Syok kan?! Secara tak langsung, ianya memberikan motivasi kepada aku

Di dalam akaun Nike Running, aku boleh tetapkan matlamat untuk menjadi seorang pelari 5K, 10K, 21K, Half Marathon atau Full Marathon.

Dalam kes aku, aku menetapkan sasaran untuk menjadi seorang pelari sejauh 10K (10 km). Jadi, berdasarkan matlamat aku, Nike Running ada menyediakan satu ruangan yang dipanggil Coach. Coach ini selaku jurulatih maya aku akan menyediakan jadual latihan untuk aku selama 13 minggu.

Coach - Bertindak sebagai Jurulatih Maya aku.

Tugas aku hanya perlu mengikut jadual yang diberikan oleh Jurulatih Maya sekiranya aku mahu berjaya mencapai matlamat yang telah aku tetapkan.

Ini adalah satu pengalaman yang mengujakan aku. Sebelum ini aku hanya berlari dan cuma mengagak sahaja prestasi setiap larian yang aku lakukan. Sekarang ni, larian aku boleh dilihat dengan mata kasar. Secara tak langsung aku boleh tahu bagaimana gaya larian aku dan apa yang patut aku pertingkatkan supaya matlamat aku tercapai.

Disebabkan terlalu taksub dengan teknologi yang Nike bawakan ini, aku sekarang sedang berehat tanpa sebarang aktivi sukan. Otot lutut kanan aku tercedera ketika berlari dan mengalami luka dalaman hingga menyukarkan pergerakan yang normal.

8 bulan dahulu, otot lutut kiri cedera. Sekarang ini, otot lutut
kanan pula menjadi mangsa.

Sementara ini, biar aku berehat dahulu daripada sebarang aktiviti. Sambil-sambil tu boleh aku mengolah artikel seterusnya :)

PS: Mengikut pengalaman lepas, aku perlukan masa 6 minggu untuk sembuh. Tapi, masuk minggu ke 3, aku dah kayuh basikal!

4 ulasan:

  1. ma aaiii...sekali beli 4 lai seluar... sluar apa tu yang berseuaian utk joging?

    BalasPadam
  2. yup, 4 helai. salah satunya tight compression. seluar lari yg sesuai pakai tight compression. atau mana² seluar yg tak panas berkuap. tp, elok pakai compression sbb dpt keringkan kulit drpd peluh.

    BalasPadam
  3. baik tuan pahlawan kaji form larian tu sebab kerap cedera.....mungkin beban tak sekata menyebabkan sebelah kaki menerima hentakan yg lebih...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, tekanan lebih kepada kaki kanan berbanding kaki kiri. kerap cedera bila berat melebihi 65 kg. minggu ni pun kaki kanan cedera. dah 5 hari.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...