Jumaat, 19 Ogos 2011

Hari ke Sembilan: Harrods dan Horse Tunnel Market


Kejap je masa berlalu, sedar-sedar sudah pun masuk hari ke sembilan aku berada di kota London. Ini bermakna esok adalah hari terakhir aku di kota London dan perlu pulang ke Malaysia di sebelah petangnya.

Aktiviti hari ini tidak padat seperti sebelumnya. Ini kerana jadual yang aku susun pada hari yang kesembilan ini hanya untuk membeli belah di Harrods dan Camden Town sahaja.

Sebelum keluar hotel, aku mengira lagi wang berbaki dalam pouch yang sentiasa aku bawak ke mana-mana pun. Kira punya kira, masih ada lagi ₤700 - Ini sudah bagus! Lalu, aku mengasingkan ₤50 pound ke dalam beg duit aku dan ₤50 lagi di dalam poket bahagian luar pouch yang mudah dicapai.

Pukul 8.25 pagi, kami berdua keluar daripada hotel dan seperti biasa, terus menuju ke stesen Old Street dan tiba di stesen Knightsbridge pada pukul 9.16 pagi.

Knightsbridge - Sedang menuju ke Harrods.

Harrods - Oh, inilah rupanya pusat membeli-belah Harrods.

Cuaca di pagi hari sekitar London sangatlah sejuk. Ini membuatkan kami berdua berjalan dengan laju untuk masuk terus ke dalam Harrods. Sampai di hadapan pintu masuk, kami terpandang nota di hadapan pintu yang tertulis:

Harrods - Opening Hours 10 am - 8 pm.

Ini maknanya, aku perlu tunggu di luar dalam keadaan mengeletar selama 40 minit! Sambil-sambil menunggu pintu dibuka, aku merayau sekeliling bangunan Harrods.

Harrods - Di hadapan pintu Harrods, ada kedai kek. Nampak
macam sedap je keknya.

Harrods - Sebijik kereta Ferrari bernombor plate Johor JA 11.

Tunggu punya tunggu akhirnya tepat jam 10 pagi barulah pintu masuk Harrods dibuka. Apa lagi, kami berdua terus masuk dan tiba-tiba rasa macam orang yang sangat kaya.

Kiri dan kanan aku dipenuhi dengan pakaian-pakaian mahal daripada pereka yang mungkin terkenal. Sorry lah geng, aku tak reti bab-bab pakaian ni. Jenama-jenama barang basikal aku tau lah.

Ada jenamanya aku tak reti nak sebut punyalah melambak. Memang tak dinafikan, pakaiannya memang gempak. Harganya je mencecah RM8000 lebih. Kalaulah aku pulang ke Kampung Cik Zainal dengan berpakaian sebegini rupa, silap gayanya aku terus dilantik jadi Ketua Kampung. Kalau nak lebih hebat lagi, aku boleh dicalonkan sebagai Adun Hulu Kinta.

Disebabkan aku terlampau berangan sangat ketika itu, aku terlupa nak ambik gambar pakaian-pakaian tersebut untuk dikongsikan dengan korang semua. Maafkanlah aku seadanya...

Aku teruskan perjalanan di dalam Harrods ke tingkat atasnya pula...

Harrods - Bahagian cenderahati. Setakat ini, harganya masih
didalam kemampuan aku - walaupun harganya masih tidak
logik.

Harrods - Bersedia memasuki kawasan orang-orang kaya.

Harrods - Karpet je harganya ₤3,995.00 (RM19,661.00).
Gila apa!

Harrods - Teddy Bear besar di sebelah karpet gila tu pulak
harganya ₤1900. Sama gila dengan karpet disebelahnya.

Daripada tadi aku perati bini aku, mata dia bulat je. Ntah apa dia berangan, aku pun tak tau. Apa yang pastinya, jangan dia gatal-gatal beli karpet merepek tadi tu. Aku tau duit dia tinggal berapa lagi!

Aku menaiki tingkat seterusnya...

Ketika aku di bahagian eskaletor, baru aku perasan yang dekorasinya sangat unik - Penuh dengan elemen-elemen Mesir seperti firaun, piramid dan ukiran-ukiran kuno Mesir.

Harrods - Ketika menuruni eskalator. Perhatikan di
dindingnya, terdapat ukiran purba Mesir.

Harrods - Sekeliling dindingnya dipenuhi ukiran yang sama.

Harrods - Suasanya di bahagian eskalatornya agak malap.

Harrods - Ruang memperingati tragedi pada August 31, 1997.
Unsur Illuminati jelas kelihatan.

Harrods - Replika Firaun di dalam bangunan
Harrods.

Aku melihat jam sudah pun pukul 11.07 minit pagi. Setakat ini, aku berjaya habiskan sebanyak ₤45 ke atas beberapa cenderahati, biskut dan cokelat. Jadi, ada baiknya aku keluar secepat mungkin daripada Harrods sebelum duit aku habis lebih banyak lagi.

Destinasi seterusnya adalah Horse Tunnel Market yang terletak di Camden Town. Kami tiba di situ jam 1.00 petang. Aku bercadang untuk luangkan lebih masa di dalam pekan ni tanpa kelam kabut. Aku mahu jalan pelan-pelan sambil menikmati udaranya yang dingin, sekali sekala anginnya bertiup kuat dan melihat gelagat orang-orang yang berada di sekitarnya.

Camden Town - Sedang menaiki eskelator.

Camden Town - Sebaik keluar daripada stesen
Camden Town.

Camden Town - salah satu kedai yang terdapat di sekitarnya.

Camden Town - Riverness Street Market.

Camden Town - Macam-macam jenis kedai ada di sepanjang
jalan kecil ni.

Camden Town - Baju Gothic pun ada di sini.

Camden Town - Kedai pakaian.

Camden Town - Di simpang empat. Tak berapa banyak
kenderaan yang lalu lalang.

Camden Town - Kedai baju dan kedai kasut paling banyak
di dalam Camden Town.

Camden Town - Dalam bangunan ni lebih kurang sama
macam Central Market, KL.

Camden Town - Barulah nampak kereta lalu lalang.

Lepas jalan-jalan di sekitarnya, kami berdua singgah di kedai "Kita Kitchen" untuk makan. Kalau dapat makan makanan panas pun sedap jugak. Jadi, kami berdua pesan 2 mangkuk laksa, air bandung dan teh tarik. Yang mengambil pesanan aku adalah anak tokei kedai iaitu Mahathir.

Sedang menunggu makanan sampai, kami berdua perhatikan gelagat orang yang lalu lalang di hadapan kami dan mengambil gambar suasana sekitarnya.

Camden Town - Kedai makan orang Parsi.

Camden Town - Kedai Donat. 6 ketul ₤2.50 dan memang
sedap.

Tak lama lepas tu, makanan kami sampai dan apa lagi, kami berdua pulun-sepulun-pulunnya sehabis daya. Sedap seyyyy! Bayangkan dalam keadaan cuacanya yang sejuk, dapat makan Laksa Singapore yang berasap-asap.

Camden Town - Singgah kedai "Kita Kitchen" dan makan
Laksa Singapore.

Lepas kami berdua makan, sembang-sembang dengan geng "Kita Kitchen" dan bertukar nombor telefon, kami berdua terus menuju ke Horse Tunnel Market. Aku sempat cakap kat Mahathir dan rakannya yang kampungnya di Bandar Baru Bangi, kalau balik Malaysia jangan lupa telefon kami berdua. Kita boleh jumpa dan sembang panjang kat Malaysia.

Camden Town - Inilah Horse Tunnel Market.

Camden Town - Di dalam Horse Tunnel Market.

Camden Town - Di persekitarannya penuh dengan patung-
patung kuda.

Camden Town - Di dalamnya banyak kedai-kedai kulit dan
aksesori seperti rantai dan gelang.

Camden Town - Terowong yang terdapat
di dalamnya

Camden Town - Dipenuhi dengan deretan kedai yang
pelbagai jenis barangan dijual.

Camden Town - Sejarah tentang The Stables.

Camden Town - Kedai kulit lagi...

Camden Town - Sebelum kamera aku baterinya
habis, sempat ambik gambar orang sedang
melukis

Aku hairan betul dengan kamera Nikon aku ni, cepat sangat baterinya habis. Nak kata tak cas, tiap-tiap malam aku cas. Nak kata bateri kong, tak kan lah - Kan ke kamera baru!

Dalam jam 4 petang, kami terus pulang ke hotel dan sempat singgah kedai Turkey di kedai yang biasa kami pergi. Cadangnya nak beli makanan dan nak salam dengan mamat Turkey yang kami biasa sembang tu. Tapi dia cuti pulak hari tu. Ye lah, hari ni hari terakhir kami boleh jumpa, esok memang tak sempatlah sebab dah nak balik ke Malaysia.

Tak apa lah, tak dapat jumpa pun tak apa lah. Janji baki duit pound sterling aku masih banyak. Kalau aku duduk lama kat dalam Harrods, silap gaya mau terbeli benda-benda merepek yang harganya sangat mengarut!

PS: Malam tadi aku termimpikan London. Nampak sangatlah dalam diam aku rindukan pengalaman ketika di sana.

12 ulasan:

  1. best la lu bro..huhu..bila la agaknyer aku nk smpai sana..bape lamu lu simpan nk g holiday eh? bg ar tips skit..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tq encik amir kerana sudi baca blog aku :D duit tambang memang aku dah ada. cuma belanja kat sana je belum ada. lagi 2 bulan nak pegi, baru aku simpan hehehe last minit punya keje :D

      Padam
  2. ada apa kat Camden Town tu yo? selain barang2 kulit? ada sovenier murah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kat situ banyak kedai makan. sovenier pun ada. Kat sini boleh mintak kurang. baju, kasut, jam ishhhh banyak kalau nak komen kat sini :D

      Padam
  3. Berapa riban you bawa utk makan & shopping kat sana? nk sediakan budget utk nk kesana hujung thn nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. total saya bawak dalam 1400 pound. masa balik malaysia ada balance lagi 600 pound :) so maknanya 800 pound je saya pakai

      Padam
  4. Memang best la baca cerita bro...nak tergelak pun ada especially masa kat Harrod..harga gila! gila2 pun beli juga souvenir kat situ..hahaha...janji pernah pijak Harrod ye. Saya pun tengah berangan nk tour kat London, Paris hujung tahun ni. Indo yg bro bg mmg banyak membantu. Thanks a lot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebab sudi baca cerita saya ni :D Harga memang mahal tak masuk akal dalam Harrods ni. Tapi, nak jugak eksyen mcm orang kaya shopping dlm Harrods hehehe

      Semoga berjaya pi London & Paris hujung tahun ni :D

      Padam
  5. Satu soklan nk tanya ni...pd pendapt bro kalo nk tukar duit tu elok di Msia atau di London? sbb saya dengar ada org kata kalo kat Msia rugi sikit. betul ke? satu lagi kalo di Paris tu dia org terima tak pound sterling ataupun hanya accept Euro?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebaik-baiknya tukar kat money changer Malaysia. Kalau tukar kat London, lagi rugi banyak. Kat paris pulak, sana terima euro je. Kalau kat stesen gare du node paris, kat situ terima pound dgn euro :)

      Padam
  6. alamak bro...teruja lah baca al kisah bro ni...saya akan ke london 20 nov ni..itupun kompeni gomen yg hantar..balik dari canada..saya cdg nak stay 2 mlm kat sana..nak mintak tips dari bro ni...kalau saya stay kat hotel sekitar airport heathrow (senang nak balik nnt bro, al maklumlah sorang2) mudah tak saya nak ke kota london dan Oxford street tu...tube mudah tak bro...kena jln jauh tak nak ke stesen tu...tlg bagi tips bro...sgt2 menghargainya. email saya quzailan@gmail.com. Nak tau juga, apa yg kita boleh beli melalui online, mudah dan boleh dipercayai tak...

    terima kasih byk2..

    p/s : saya pun main beskal jugak bro..tp beginner..bro main area mana?..saya stay di Shah Alam.

    terima kasih sekali lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lagi 11 hari lagi :D tak lama dah

      kalau 2 hari, elok tinggal dalam London sebab mudah nak ke mana². Kalau nak tinggal kat Heathrow pun boleh jugak. Lagipun kalau naik train ke London cuma 16 minit je. Train ulang-alik ke London pun ada setiap 15 minit.

      Saya cadangkan beli Travelcard yang cover zone 1-6 berharga £16.40 yang boleh pakai sehari suntuk. Dalam sehari tu, jalan puas² naik Tube :D

      Cadangan saya, dalam seminggu ni banyakkan guna Google Maps. Ianya sangat² membantu :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...