Isnin, 1 Ogos 2011

Lanun di Men's Health & Shape Night Run 2011


Pada hari Sabtu 30hb Julai lepas, aku berkesempatan menghadiri larian Men's Health & Shape Night Run 2011 di Putrajaya. Larian tersebut bermula di hadapan Palace of Justice pada jam 8.30 malam dan ianya sejauh 12.3 km.

Sebenarnya, aku menyertai acara ini tanpa mendaftar. Ini adalah disebabkan acara ini terlalu mendapat sambutan luar biasa dan mengakibatkan pendaftaran ditutup lebih awal. Aku sudah usaha sehabis daya sehinggakan menghubungi pihak penganjur melalui telefon - Jawapan yang aku terima ternyata hampa.

Pukul 1.30 petang, aku sempat makan spegeti. Aku masak
sendiri tau!

Ketika aku sampai, orang dah nak mula lari. Masa acara bermula, telefon Sony Ericsson Vivaz Pro aku buat hal pulak. Tengah ambik gambar, boleh pulak hanged. Jadi, aku terlepas babak terpenting dalam sejarah Men's Health & Shape Night Run - Aku terlepas babak ketika larian dimulakan!

Berseni habis gambarnya. Sampaikan lubang hidung ada
berapa pun tak nampak.

Dah le banyak buat hal telefon aku ni, kualiti gambar boleh jadi blurred. Cis! Jadi, aku mintak maaf le pada korang semua sebab kualiti gambarnya teruk.

Aku ambik gambar dalam dua tiga keping dan semua hasilnya blurred. Tak boleh jadi ni, aku pun simpan telefon aku dalam poket dan ikut sama lari di pertengahan larian tersebut.

Kalau dalam gambar macam laju sangat. Tapi, yang
sebetulnya takdelah laju mana pun.

Lepas aku ambik gambar ni, aku terus lari.

Memang ramai sangat orang masa lari tu. Sampai berlaga bahu dan siku jugaklah. Bau ketiak jangan cakap le; bau kari, bawang dan segala jenis bau boleh buat jantung orang sekelilingnya tak stabil.

Sampai di kawasan berbukit PICC, ramai orang berjalan, minum dan muntah. Ambulan dalam keadaan berjaga-jaga takut-takut ada kutu yang pengsan. Aku masih lagi steady. Yelah, kawasan ini tempat aku berlatih lari setiap Isnin, Khamis dan Sabtu.

Walaupun aku dah biasa jalan ni, tapi azab jugak le. Aku terasa macam ada yang tak kena dengan kaki aku di awal 5 km ketika berlari. Biasanya tak macam ni...

Lagi 2.5 km nak habis, aku dah mula rasa letih. Kebetulan pulak bukit terakhir agak tinggi juga. Nak atau tak, aku kena jugak kekalkan kadar kelajuan antara 6:00 - 6:30 minit per km. Letih memanglah letih, tapi bila tengok ramai yang berjalan masa mendaki bukit,  masa inilah nak tunjuk eksyennya pun!

Ketika 1 km nak ke garisan penamat, aku tingkatkan kelajuan antara 5:30 minit per km. Ketika menghampiri di garisan penamat, ada macha yang tugasnya menjaga garisan penamat jerit kat aku,
"Hey, where's your number?"
Aku dengan pantasnya mengangkat tangan dengan isyarat 'tak ada' sambil belari laju hingga ke garisan penamat. Kiri dan kanan aku ada orang menjerit pada aku dengan kata-kata semangat. Lepas tu aku dengar macha tu jerit lagi kat aku,
"So, what are you doing here?!!!"
Aku buat tak tau dan berhenti daripada lari sambil matikan Nike+ Sportband aku. Aku lihat prestasi aku agak lambat daripada biasa iaitu 6:21 minit per km sejauh 12.13 km dan berjaya tamatkan larian selama 1 jam 17 minit.

Tapi, tak apa lah. Janji aku berjaya habiskan larian aku tanpa berhenti sekali pun.

Yang baju putih tengah angkat tangan tu le macha yang jerit
kat aku tu. Lepas aku habis lari, saja aku duduk kat sebelah
dia. Dia buat-buat tak nampak aku.

Di garisan penamat.

Suasana sebenar ketika Men's Health & Shape Night Run 2011:



Lepas lari, aku terus balik. Masa aku ke arah kereta, masih ada lagi yang sedang berlari lagi. Daripada tempat aku pakir kereta jauhnya lebih kurang 1 km nak ke garisan penamat di hadapan Palace of Justice. Kat sini ada jugak yang aku nampak hampir-hampir muntah.

Ramai yang dah mula berjalan di kawasan ini.

Letih wooo masa ni. Baju basah lenjun dengan peluh!

Sebaik je sampai di rumah, telefon aku gagal dihidupkan. Dan, untuk memendekkan cerita, pada Ahad semalam aku ke Alamanda untuk ke kedai telefon Sony Ericsson. Dengan harapan telefon aku boleh dibaiki di situ juga.

Malangnya, mereka menyuruh aku ke Pusat Servis Sony Ericsson di Cheras atau Puchong. Masa aku beli kata boleh hantar kat sini untuk baiki. Bila dah dapat duit aku, lain pulak ceritanya.

Akhirnya aku pergi di tingkat paling bawah bersebelahan dengan GSC untuk membeli telefon lain. AP pun AP lah janji kalau apa-apa jadi, aku boleh hantar kat mana yang aku beli.

Sony Ericsson Xperia™ X10 berharga RM950.

Ketika di Alamanda, baru aku perasan yang kaki aku sebenarnya sakit setiap kali melangkah, terutamanya bahagian pangkal peha. Pelik jugak macam mana boleh sakit. Lahhhh, baru aku teringat; aku tak buat renggangan otot sebelum lari semalam. Patutlah masa lari semalam aku rasa macam ada yang tak kena je.

Tapi, ok lah jugak dapat lari sebagai Lanun untuk Men's Health & Shape Night Run 2011. Peluang sebegini jarang dapat tau D:

PS: Aku ucapkan Selamat Berpuasa kepada pembaca blog ini. Semoga puasa tahun ini membawa berbilion-bilion keberkatan kepada anda sekeluarga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...