Selasa, 29 November 2011

Penutup Kisah-kisah di London dan Paris


Kalau diikutkan, cerita tentang aku di London sudah pun tamat. Tetapi, ada juga yang bertanyakan kepada aku bila mahu menyambung cerita aku itu.

Bukan tak mahu cerita, cuma ceritanya tak ada. Ye lah, hari terakhir aku di London hanya bangun tidur macam biasa, mandi, berkemas segala barang ke dalam beg-beg dan terus balik.

Tak ada apa yang menarik pun.

Jadual terakhir aku di kota London.

Travelodge Old Street - Setelah siap berkemas dan bersedia
untuk pulang ke Malaysia

Tapi, tak mengapa... Aku cuba ulaskan perkara-perkara yang sukar dilupakan dan aku senaraikan beberapa perkara yang aku rasakan menarik sepanjang di sana.

Perkara-perkara yang mendebarkan:
  1. Ketika Sedang Menunggu Kapal Terbang di LCCT
    Aku jenis yang suka fikir yang bukan-bukan. Kerap juga aku bayangkan kalau-kalau terjadinya kapal terbang yang bakal aku naiki tak boleh terbang. Lagipun, aku memang tak suka naik kapal terbang; sebab setiap kali naik kapal terbang aku terpaksa telan pil tahan pening.
  2. Sesi Temuramah di Imigresen Lapangan Terbang Stansted
    Agak panik apabila pegawai Imigresen mula banyak tanya. Mula-mula bahasa Inggeris aku agak lancar. Masuk soalan ke-tiga, bahasa Inggeris aku dah bunyi bahasa Uganda.
  3. Pemeriksaan Keselamatan di Stesen Eurostar, St Pancras International
    Aku tak jangkakan yang masih ada pemeriksaan keselamatan di Stesen Eurostar. Kebetulan pulak, orang yang di hadapan aku ditahan atas alasan passport nya hampir tamat tempoh dan tidak boleh menaiki keretapi. Aku tak pasti, kenapa aku pulak yang tumpang panik di atas kejadian tersebut.
  4. Setibanya di Gare du Nord, Paris
    Teringat akan babak cemas dalam filem "Taken" (lihat babak filem ini di sini) yang aksi penculikan terjadi di Paris. Sedang aku membelek peta di luar pintu Stesen Gare du Nord, aku di beri salam oleh seorang lelaki yang umurnya dalam lingkungan 45 - 50 tahun. Seterusnya, beliau berkata-kata dalam bahasa Perancis. Kejap tu jugak aku terus masuk ke dalam semula - Risau kalau-kalau aku diculik olehnya!
  5. Kejadian di Sekitar La Tour Eiffel
    Sedang membeli cenderahati di tepi-tepi jalan, aku dan isteri aku disergah oleh polis Perancis. Aku agak panik sebab aku tak teringat nak simpan nombor telefon kedutaan Malaysia di Paris. Kalau aku ditangkap, macam mana aku telefon diorang?! Tapi, nasib baiklah polis Perancis tu tak tangkap aku.
  6. Hampir Terlepas Bas ke Windsor Castle, Stonehenge & Oxford
    Ini semua hal bini aku - Boleh pulak nak ke tandas ketika semua orang tengah menunggu arahan daripada Pemandu Pelancong Evan Evans Tour. Bila bas sampai, bini aku pulak tak ada. Stress betul!
  7. Angkara Setin Coca-Cola
    Kejadian ini terjadi ketika di Lapangan Terbang Stansted ketika pulang ke Malaysia. Disebabkan setin Coca-Cola yang aku beli di Paris ni lah aku diperiksa dengan ketat ketika melepasi pintu keselamatan. Beg galas aku diasingkan selepas diimbas dan aku diarahkan membuka kasut. Beg galas aku digeledah dan pegawai Imigresen terjumpa setin Coca-Cola di dalam beg aku. Aku langsung tak teringat bila masanya aku letak air tersebut dalam beg aku!

Old Street - Setiap kali pulang dari jalan-jalan di kota London,
aku akan singgah Sainsbury's Local ini yang letaknya sebaris
dengan laluan Travelodge Old Street.

Old Street - Di dalam kedai Sainsbury's Local. Kelihatan
seorang pelanggan sedang menggunakan mesin untuk
membayar barang-barang yang dibeli.

Old Street - Di sebelah kedai Sainsbury's Local terdapat
pesaingnya iaitu TESCO express. Kebanyakannya, harga
barang murah 1 pence daripada Sainsbury's Local.

Apa yang aku suka di London:
  1. Cuaca yang Kering dan Dingin
    Pergi ke mana-mana tanpa berpeluh. Ini kerana disebabkan cuacanya yang semulajadi sejuk dan berangin. Oh ye, waktu itu adalah musim bunga.
  2. Sistem Pengangkutan yang Efisyen
    Segala jenis pengangkutan samada bas atau keretapi yang tepat pada waktunya. Jadi, tidak perlu risau terlambat ke destinasi.
  3. Orangnya yang Ramah
    Orang Inggeris mudah diminta pertolongan. Sekiranya ingin bertanyakan jalan, minta sahaja pertolongan dengan orang yang ada di sekitarnya. Mereka akan senyum dan berkata, "Yes, what can I help you, mister?"
  4. Harga Barangan yang Murah dan Kerap Ada Sales
    Pada aku, barang-barang di sini sangat murah. Aku masih ingat pada hari pertama aku sampai, aku sempat membeli-belah dua helai t-shirts dan 4 helai (2 kotak) seluar dalam dengan hanya ₤13.
  5. Keadaan Persekitaran yang Selamat
    Sepanjang di London, aku rasa seakan selamat berbanding Paris. Di London, kebanyakan daripada mereka lebih sporting. Tetapi, di Paris gaya mereka memandang agak pelik. Lagilah kalau yang bertudung seperti isteri aku contohnya, mereka memandang dari atas ke bawah.

Eiffel Tower - Hari pertama aku tiba di Paris.

Beberapa perkara yang boleh diambil iktibar:

Kisah di dalam Keretapi Underground

Kejadian ini berlaku ketika baru sahaja pulang dari Paris dan sedang menuju ke Travelodge Old Street. Di dalam keretapi bawah tanah tersebut, aku dan isteri aku sedang berdiri dan setiap orang yang masuk melalui pintu memang aku betul-betul di hadapan aku.

Selepas itu ada pasangan seperti kekasih masuk dan pintu pun mula nak tutup. Tetapi, di luar pintu ada pasangan tua yang berumur dalam lingkungan 60-an sedang cuba masuk tetapi tidak berjaya - lebih teruk lagi, begnya terkepit di pintu. Dan, ketika itulah lelaki muda daripada pasangan kekasih tadi itu cuba menahan pintu itu sekuat hati daripada tertutup. Akhirnya, pasangan tua itu dapat masuk sambil senyum mengucapkan terima kasih dan terus duduk di kerusi.

Baker Street - Stesen Underground dan perhentian bas
di Baker Street.

Akibat daripada tindakan lelaki muda itu menahan pintu, kedua telapak tangannya habis kotor. Nampaknya lelaki muda itu tidak ada tisu atau sapu tangan utk membuang kotoran. Aweknya juga menggeleng kepala yang dia juga tidak ada tisu. Selepas itu ada seorang lelaki muda juga usianya yang kebetulan melihat kejadian tadi terus membuka beg galasnya dan mengeluarkan tisu basah lalu menyerahkan kepada lelaki muda tadi itu.

Ini sangat mengujakan aku kerana disitu adanya satu jalinan yang utuh di antara orang-orang Inggeris ini. Ianya seperti dalam filem!

"Excuse Me Mister, I Need Your Help."
Setelah letak semua beg-beg yang berat di Travelodge Old Street, aku dan isteri aku keluar semula ke kota London. Setibanya di stesen keretapi bawah tanah Old Street, aku agak keliru dengan laluan keretapi tersebut.

Sedang berusaha memahami laluan keretapi bawah tanah, aku terperasan ada seorang lelaki Inggeris yang berpakaian kemas sedang berdiri sambil memeriksa iPhone-nya di satu sudut. Aku terus ke arahnya sambil menegur dalam bahasa Inggeris:

"Excuse Me Mister, I Need Your Help", kata aku. Lelaki Inggeris itu memandang aku dan terus tersenyum dan membalas, "Yes, sure - How can I help you?".


Old Street - Di hadapan hotel di mana tempat aku menginap.

Masa dia tengah terangkan kat aku tentang laluan keretapi-keretapi tersebut, dahi aku berkerut dan dia bertanya, "Are you okay? Nevermind, just follow me.", katanya sambil tersenyum.

Tiba-tiba aku teringat apa yang aku pernah buat suatu masa dahulu - Pernah suatu ketika dahulu ketika di stesen LRT Pandan Jaya ketika baru pulang kerja aku disapa oleh dua orang warga Canada bertanyakan bagaimana hendak ke suatu tempat. Aku terangkan padanya dan mereka berdua kelihatan keliru. Dan, aku katakan pada mereka berdua, "Are you okay? Nevermind, just follow me."

Ah, inilah dikatakan karma!

Kesesakan di Lebuhraya
Sedang menghala pulang ke London dari Oxford dengan menaiki bas pelancongan Evan Evans Tour, lebuhraya yang menghala ke London sudah mula sesak. Aku lihat jam waktu itu sudah pun pukul 5.15 petang dan orang ramai sedang dalam perjalanan pulang dari kerja.

Tatkala ini, aku memerhatikan gelagat orang-orang Inggeris ini apabila tersangkut di kesesakan lalu lintas yang agak teruk juga. Mereka ini sangat berdisiplin dan keadaan lalu lintasnya masih teratur - tiada menghimpit kenderaan lain atau memotong barisan di laluan kecemasan.

Aku lihat pemandu-pemandu ini kelihatan tenang sambil membuka tingkap dan ada yang membaca surat khabar. Reaksi muka mereka sangat relax.

Dan, ketika ini tiada langsung dengar bunyi hon!

Sebelum keluar untuk berjalan-jalan di kota London, inilah
sarapan pagi yang dibeli di TESCO express.

Nampak tak air Fanta tu? Aku suka minum air ni masa kat
sana. Botol besar tu ₤1 lebih je. Sedaaaaap!

Pejalan Kaki Diberi Keutamaan

Kalau kita di sini, perkara sebegini dianggap remeh. Dari jauh dah nampak orang nak melintas jalan, lagi dilajunya kenderaan. Pernah beberapa kali dihimpit ketika menunggang basikal. Aku juga di hon dari jauh ketika sedang berlari dan dipintas dari hadapan ketika sedang melintas jalan. Jahanam betul!

Tetapi, di London tidak terjadi sedemikian rupa. Pengguna jalan raya diberi hak yang saksama. Malah, pejalan kaki dan penunggang basikal dihormati lebih daripada Perdana Menteri!

Tak percaya? Cubalah datang ke London :)

Oklah, itu sahaja beberapa cerita yang boleh aku kongsikan selaku penutup Kisah-kisah di London & Paris. Semoga cerita-cerita aku ini boleh dijadikan pendorong, panduan serta persediaan apabila anda mahu ke sana nanti.

Koleksi cerita-cerita aku ketika di London dan Paris boleh dicapai di sini: http://www.brekkejap.com/p/cerita-dari-london-paris.html.

PS: Hari Isnin semalam sedang aku menunggang basikal secara solo, aku nyaris-nyaris di langgar oleh sebuah kereta Perodia Viva dari arah kiri. Di dalamnya terdapat 4 orang bebudak perempuan yang masih berhingus sedang berseronok di atas jalan raya. Tanpa mengangkat tangan tanda meminta maaf, mereka ini memotong tanpa memandang aku.

50 ulasan:

  1. Thank you. Very informative write up.

    BalasPadam
  2. Terima kasih kerana membaca tulisan saya :)

    BalasPadam
  3. kelakar lah...aku suka cerita2 ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Dazrene. Seronok kongsi pengalaman dgn orang :D

      Padam
  4. thanks... perkongsian yang Menarik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat :)

      Padam
  5. I stumbled upon your blog when I was searching for something else (I cannot remember my search terms now...) but I am glad I took the time to read.

    Your blog is amusing and you are hilarious!! I laughed out loud! Will definitely bookmark this blog.

    Keep it up!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anonymous, terima kasihlah sebab sudi baca cerita saya :) Sekadar berkongsi pengalaman dengan sesiapa yg nak ke London & Paris, manalah tau kot² cerita saya membantu ke :D

      Dan, terima kasih jugak sebab bookmarked blog saya yg tak seberapa ni :D

      Padam
  6. pnulisan yg sgt baik...seperti aku berada di sana bila membacanya,....thnks bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Khairi sebab sudi membaca cerita aku :D

      Padam
  7. Bang Pahlawan Basikal, ade email x leh contact? Or FB ker?? Nk tanya byk la psl journey abg kat London n Paris tu, tgh nk buat research ni utk travel mcm abg thn dpn, tgh nk kumpol uit n nk blaja dr yg berpengalaman cmne nk travel kt sana..leh x? if sudi nnt reply email ni yer..wdt_arte@yahoo.com..nak tau sgt2 ni, sbb xmo jln ikut tour guide, nk blaja travel sdr..pnah g dulu 10 thn lepas, time tu waktu kcik2 dah lost memory dah huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh. nanti tinggalkan message kat http://www.facebook.com/pahlawanbasikal. Nanti saya add FB awak.

      Padam
  8. salam..
    terbaiklah blog nie bro,bile baca hlng sume rs cuak nk g london he3..insyaAlah bln nov nie akan singgh ke london tp x lamalah dlm 3h 2m..pergi bersama isteri n anak 8bulan..bnyk sgt info sy dpt n panduan...cm sy risau skt dgn anak je takut ada msalah he3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. terima kasih sebab sudi baca cerita travel aku :) memula takut jugak nak ke sana dulu. tapi, bila dah sampai sana, rasa selamat pulak. tak mcm dalam filem2 james bond aku tgk.

      kalau takut sesat, jgn risau. signboard dia tak mcm kita. kalau sesat masa berjalan, tanya je org yg ada kat situ. diorang ok kalau kita tanya :)

      So, lagi sebulan lagi je nak ke sana. selamat bercuti!

      Padam
    2. thnx bro,rsnya hmpir semua tentatif ak berpandu pd blog ko..anywy ak g sn dlm 2minggu tp stay kt umh cousin di ireland..tu yg alang2 dh smpai terus singgah london singgahlah london kjp tunaikan hsrt isteri..kami pn 1st time pergi keluar negara tnpa apa2 pnglaman pun...just nk share pd sume ak dpt tiket 2 dewasa 1 baby cm RM4500 pergi blk ke dublin naik etIhad,so pd sesape ak nk ke eurpoe blh cb survey etihad sbb mcm x caya kami dpt murah...ak booking dlm 2 minggu lps..

      Padam
    3. sambil² tu cuba tinjau kat blog lain yang cerita pasal london. nak kata perbelanjaan aku murah, tak jugak. aku boleh katakan bajet aku dalam kategori sederhana :D

      berkenaan etihad, agak murah jugak le. terima kasih berkongsi info.

      beberapa bulan lepas, aku ada survey MAS utk 2 dewasa, 2 kanak-kanak. Total tambang RM10,000. mungkin boleh pertimbangkan etihad :)

      Padam
  9. Bro :) thank you for ur blog... 5nov - 20 nov 2012.. trip saya ke london n paris ngan member... so blog nie mmg jd panduan kami :) thanks a lot!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. no problem :D kalau tak silap November musim sejuk. selamat bercuti!

      Padam
  10. salam bro...kalo bulan june musim apa? adakah hotel dan shopping mahal pada bulan ni di london dan paris?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam hensem. kalau june musim mengawan. ermmm, maksud saya musim panas. musim cuti time ni kalau x silap dan hotel agak mahal. barang pun boleh tahan jugak le :D

      Padam
  11. Salam Bro, saya dan famili akan ke London & Paris hujung April ni. Nak tanya mcmana Bro book Hotel kat Paris & London tu.Boleh tolong bagi details kat saya? any way apprecaiate your blog and it serves as a useful guide for my forthcoming trip.

    BalasPadam
  12. Hotel boleh tempah kat sini http://www.hostelworld.com/. Cari hotel ikut bajet yang mampu dan kemudian bila dah jumpa hotel yg rasa macam ok, boleh cek samada hotel tu ok ke tak kat sini: http://www.tripadvisor.com/

    atau boleh juga tempah kat http://www.travelodge.co.uk/. hotel ni cuma ada kat united kingdom je. paris tak ada :)

    BalasPadam
  13. bro.. bilik kat travelodge tu ok tak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setakat ni ok jugak le. Tak jumpa pun hantu :D

      Padam
  14. Salam bro..baru jumpa blog nih sbb ingat nak plan trip to london Mac 2014. Nak tanya pendapat, lebih baik kita guna travel agent spp PerantauHolidays (contoh) atau redah sendiri spt bro dan isteri buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Pendapat saya kalau bwk keluarga yg ada org tua atau anak kecik lebih sesuai guna servis travel agent. Kalau travel sorang atau berdua dgn isteri, lagi best redah je. Lagipun jauh lebih jimat

      Padam
    2. Saya ingat nak jimat gak, maklumlah bukannyer org kaya kan tapi hati mmg nak tgk London dan Paris dgn mata sendiri bersama anak2. Kalau saya duplicate tour bro dan isteri tu ok tak? Cuma setakat ni, qatar airways yg paling murah sbb airasia dah xde. Banyak sy nak tanya tp sy xde fb atau twitter, bgmana nak contact?

      Padam
    3. Lagi satu bro, macamana booking ticket eurostar+bas hop-on-hop-off+hotel, kurang faham. Bukan ke kena book secara berasingan?

      Padam
    4. kalau ikut cara saya 100% mungkin tak sesuai sebab saya banyak berjalan. kalau ada anak kecil, susah kalau jalan kaki jauh². mungkin sesuai naik bas. bas kat sana banyak dan waktu tiba memang tepat.

      Untuk tempahan eurostar + hotel + Hop-on-hop-off bus boleh buat melalui portal eurostar. Atau tanyakan soalan ke Eurostar Support macam pernah saya buat sebelum ini.

      Padam
    5. As Salam bro, boleh tak nak dapatkan keseluruhan plan bro dari 1st day trip London-Paris hingga last day.

      Padam
    6. Travel log lengkap saya ada kat http://www.brekkejap.com/p/cerita-dari-london-paris.html

      Padam
    7. Rasa mcm nak TERputus asa gak plan sendiri nih, tak yakin pun ada sbb bawa anak 4 orang!

      Padam
  15. Bro, sy banyak terbaca mengenai pencopet di kota paris terutama di dalam metro, sgt merisaukan juga smp nak terbatal juga lah perancangan trip ni, boleh komen sikit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan risau. Kalau niat kita baik kat tempat orang, insyaallah selamat. Apa² pun kena jugak hati² sebab kita kat tempat asing.

      Tips saya:
      1) Elakkan berhimpit² di kelompok yg ramai
      2) Pastikan passport/dokumen penting, duit disorok dr pandangan org dan sentiasa pastikan selamat

      Untuk tambahan, baca kat sini: http://www.thelocal.fr/20130516/how-to-avoid-getting-robbed-on-the-paris-metro

      Padam
    2. Tq bro atas komen dan tips tu, naik balik semangat utk ke sana. Sy mmg jadikan trip bro ni sbg rujukan terbaik utk ke sana. Lagi satu bro, sy ada terbaca supaya kita tinggalkan passport/dokumen penting di tmpt penginapan (tidak dibawa bersama) sepnjg kita berjalan2. Bro mcmana?

      Padam
    3. Passport/dokumen, saya akan sentiasa bersama saya. Masa tidur pun saya letak bawah bantal. Saya tak berani tinggalkan kat hotel sebab kalau agen KGB dapat, saya tak boleh nak lari mana.

      Jadi, sebagai langkah keselamatan, saya akan pastikan passport/dokumen sentiasa dengan saya 24 jam.

      Padam
  16. kalu nk jejalan kat london tu leh guna londonpass la kowt lebih jimat. best entry ni bgs blog ni, tak kenal owner nyer, tapi rasa cukup humble down to earth.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasihlah sbb sudi baca cerita saya ni. tentang londonpass tu mungkin ada yg pernah guna can sudi²lah kongsikan kat sini. mana tau ada yang nak mencubanya nanti :D

      Padam
  17. Bro, tak terbaca lak dlm blog ni pasal visa, tak taulah kalau terlepas pandang! Masuk UK dan Perancis kena visa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde visa. Melainkan kad kredit visa :D

      Padam
  18. Tq bro, nmpknya terpaksa la buat kad kredit!!! Hm, rasanya berbaloi tak beli travelcard online atau kat sana je nanti, sbb kalau tak silap, beli online save 10% tp itu cover 6 zone, mana sempat nak pegi semua zone. Boleh beli yang cover 2@3 zone je ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau tak nak buat kad kredit, boleh buat kad debit je. Tentang London Travelcard, saya tak pasti sebab tak pernah pakai.

      Kalau ikutkan Zone 1 & 2 pun dah cukup sebab zone 3 & 4 ni dah jauh ke dalam. Lagipun attraction banyak kat dalam zone 1 & 2.

      Tapi, London Travelcard tu boleh baca kat web dia tengok apa kelebihannya.

      Padam
    2. Kena buat juga akhirnya sbb nak book apartment, maklumlah pegi 7 orang! Excited nak pegi nih, x sabar tunggu bulan 3, awal spring! Masih sejuk, sbb bro pegi bulan april pun masih sejuk! Tapi yang cuak skt, nak pegi paris, risau pasal pickpocket dan naik metro! Tq bro atas semua jawapan...

      Padam
  19. Salam bro, kami dh nk pegi esok. Nak tanya skt lg, bro beli simkad sana ke utk berkomunikasi dgn org m'sia? Dan Hoho bas yg bro naik kt paris tu ok tak sbb sy ada baca review ada yg kata xok n ada yg lbh baik skt! Doakan kami yer!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pakai skype. Tapi masalahnya kena ada wifi baru boleh buat call. kat sana nanti beli Lebara prepaid. Call malaysia murah je. Bas kat paris tu semua ok dan xde masalah. Semua berjalan lancar.

      Semoga semua selamat :)

      Padam
    2. Alhamdulillah bro, kami dh selamat kembali, semuanya berjalan dgn lancar walaupun pertama kali kami ke sana. Terima kasih bro, dgn bantuan blog ni lah, semangat sy kuat utk pergi ke sana, apatah lagi membawa anak2 di tempat yg sgt asing. Sy duplicate lbh kurg 80% tour bro dan tambah dgn kemahuan anak2. Tp awal spring terlalu sejuk bg kami dan kita perlu sediakan baju winter sebenarnya utk tahan sehingga petang, kalau tak petang dh tak enjoy, fikir nak dok depan heater je! Sy setuju pejalan kaki amat diutamakan di London dan kota London juga bersih berbanding Paris!! Walaubagaimanapun, semuanya lancar dan terim kasih bro...

      Padam
    3. Alhamdulillah. Akhirnya berjaya jugak sampai London dan Paris. Terima kasih jugak le sebab sudi baca² blog ni. Saya xde pengalaman waktu winter dan masa saya pergi sana pun cuaca tak terlampau sejuk dan pada saya sangat selesa :D

      Saya ada bercadang untuk ke sana sekali lagi. Insyaallah, kalau ada rezeki. Dan boleh jugak kongsi tips² baru - Melancong ke London bersama keluarga :D

      Apa² pun tahniah sebab berjaya ke sana dengan lancar :D

      Padam
    4. Wah, bila nak ke sana lagi tu? Memang best, terkenang2 lagi saat di sana! Apa kata buat tour ke Paris-Brussel-Amsterdam? Naik Thalys (train europe), tgk tulip! Kalau jadi pegi lagi, share pengalaman bro, good luck!

      Padam
  20. Finally, sampai habis aku baca kau punya cerita daaaa,,,,
    Terbaeq boh,,,,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amboi, gigih membaca sampai habis :D Terima kasih lah sebab sudi baca cerita saya yang tak seberapa ni :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...