Ahad, 18 Disember 2011

Larian Jom Kitar Semula 2011


Pagi ini jam 6:15 pagi aku bangun dari tidur dan bersiap-siap hendak ke Larian Jom Kitar Semula 2011 yang berlangsung di Presint 2, Putrajaya.

Larian Jom Kitar Semula 2011

Disebabkan lambat keluar dari rumah, aku terpaksa menaiki motorsikal untuk menuju ke tapak acara tersebut. Berbekalkan 9 naskah surat khabar lama sebagai syarat pendaftaran, aku terus menuju ke tempat pendaftaran untuk mengambil nombor bib:

Inilah nombor bib aku.

Ketika pendaftaran, aku jugak diberikan sehelai t-shirt untuk larian tersebut. Aku tak pakai pun. Sebaliknya, aku pakai singlet Putrajaya Night Marathon 2011.

Di bahagian hadapan baju.

Di bahagian belakang baju.

Ketika larian berlangsung, tak ada satu gambar pun aku dapat ambik. Ye lah, kali ini aku memang sengaja tidak membawa handphone Xperia x10 aku. Aku nak cuba lari tanpa bawa apa-apa bebanan melainkan Power Gel dan kunci motor.

Disebabkan lewat mengambil nombor, aku terpaksa berada di dalam tengah-tengah kumpulan. Ini membuatkan larian aku sedikit terganggu kerana ramai yang berlari perlahan. Ada juga baru 200 meter berlari pun berjalan dan kedengaran nafas dah serupa nafas kerbau di Hari Raya Korban.

Di kilometer pertama, aku terpaksa lajukan larian aku sekitar 4'53"/km. Di kilometer yang ke 2 dan 6, pace aku di antara 5'00"/km hingga 5'19"/km.

Akhirnya, aku dapat tamatkan larian 7 kilometer pada 35 minit 57 saat. Di bawah ini adalah split aku:

Diambil daripada akaun Nike Running aku.

Medal Larian Jom Kitar Semula 2011.

Oklah, itu sahaja yang ingin aku kongsikan dengan pembaca blog aku. Nak buat lawak pun tak ada idea sebab perut tengah lapar.

"Salam Sukan di pagi Ahad!", daripada aku sebagai penutup cerita.

PS: Larian kali ini aku tidak buat persediaan. Tak ada sesi panaskan badan, power gel dan air yang cukup. Sarapan pun tak ada. Hehehe...

4 ulasan:

  1. ko ni memg hebat le bro...lari power beskal pun powers...bila le wa pun bole powers mcm lu ni..huhu

    BalasPadam
  2. lan, takde le hebat mana pun. kalau hebat, aku dah menang :D

    aku lari pun sebab sebelum basikal, memang aku dah lari. basikal ni pun baru je setahun.

    dua² best, tu pasal aku buat jugak :D

    BalasPadam
  3. Laju tu. Camni lambat la lagi aku boleh join hang lari hari Sabtu

    BalasPadam
  4. syaful, kalau lari hari biasa, aku lari biasa² je. boleh kalau nak lari sekali :D

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...