Sabtu, 17 Disember 2011

Senjata Hitam Putih - Scott Addict R3 Model 2010


Pos kali ini, aku mahu memperkenalkan senjata aku yang berwarna hitam & putih secara lebih dekat lagi dengan para pembaca blog BrekKejap.com.

Aku akan terangkan seperinci mungkin agar anda boleh jadikan panduan untuk membeli basikal yang penuh perisa karbonat pada tahun 2012 yang bakal menjelang tiba.

Inilah basikal aku:

Scott Addict R3 Model 2010.

Nadi paling utamanya adalah bingkai basikal itu sendiri - iaitu jenama Scott model Addict R3 yang dikeluarkan pada tahun 2010. Bingkai ini aku beli 2nd hand dengan harga RM4000. Kalau baru, harganya RM7800.

Tapi, model ini sudah pun diberhentikan pengeluarannya dan digantikan dengan model Foil yang bingkainya berbentuk aero dan semestinya lagi gempak daripada model basikal aku. Tahap kecantikannya jugak setaraf Catherine Zeta Jones di awal umur 20-an!

Ok, lupakan tentang Catherine Zeta Jones dan kembali kepada cerita basikal aku - Bingkainya berkarbon penuh dengan berat hanya 890 gram:

Bingkai Scott Addict R3.

Di bahagian stems, aku gunakan jenama PRO model PLT OS bersaiz 100 mm dan materialnya pula adalah alloy. Aku beli di Rodalink Putrajaya dengan harga RM173:

2012 PRO PLT OS Alloy Stem.

Handlebar pula aku guna jenama 3T Ergonova Pro bersaiz 42 cm. Beratnya 326 gram yang bermaterialkan alloy. Harganya RM200:

3T Ergonova Pro.

Bar tape yang aku gunakan ini sangat lazat berkrim yang aku pasti sangat disukai ramai. Ianya jenama PRO Smart Silicon yang berharga RM38:

PRO Smart Silicon Handlebar Tape.

Aksesori tambahan pula iaitu meter, aku gunakan jenama Cateye Micro Wireless model CC-MC100W berharga RM160. Beratnya 30 gram:

Cateye Micro Wireless CC-MC100W.

Ok, kita ke bahagian lain pula iaitu Seatpost. Aku guna jenama Fi'zi:k model Cyrano yang harganya RM457.90. Materialnya adalah karbon dan saiznya 30'6x330mm. Beratnya pula adalah 235 gram. Apa yang menarik tentang Fi'zi:k Cyrano ini, ianya pernah menang reddot Design Award pada tahun 2010.

Saddle aku gunakan jenama Fi'zi:k juga iaitu model Kurve. Anda boleh ke laman webnya di sini http://www.fizik.it/kurve/ untuk melihat kelebihan saddle ini. Harganya RM741:

Fi'zi:k Cyrano dan Fi'zi:k Kurve.

Kebanyakan orang panggilnya gear. Bagi yang Pro, ianya dipanggil groupset. Aku gunakan jenama Shimano model 105 tahun 2010 berwarna hitam. Berat keseluruhannya adalah 3313 gram. Harga yang aku beli di kedai Jami Bike Centre adalah RM1850:

Shimano 105 - Crank.

Shimano 105 - Rear Derailleurs.

Set roda pula aku pakai jenama Reynolds model Assault tahun 2011. Ianya jenis clincher dan berkarbon penuh. Berat keseluruhannya adalah 1483 gram dan harganya pula adalah RM3800.

Reynolds Assault 2011.

Tayar aku gunakan jenama Hutchinson Intensive bersaiz 700x25 dengan beratnya 240 gram. Sepasang berharga RM254 yang aku beli di KHCycle, Damansara Perdana:

Hutchinson Intensive Clincher.

Dan, yang terakhir sekali adalah tiub. Aku guna jenama Vredestein Race yang beratnya 108 gram. Harganya adalah RM22:

Vredestein Race.

Ya, itulah secara kasarnya ramuan-ramuan yang digunakan ke atasa senjata hitam putih aku. Kos keseluruhannya adalah RM10977.90 setelah ditambah kos pemasangan dan paddle Shimano 105.

Oh ya, berat keseluruhan Scott Addict R3 aku adalah:

Berat basikal aku 7.62 kg.

Cuba bayangkan kalau aku pakai groupset Shimano Dura Ace CS-7900 (2087 gram) dan paddle Keo Blade (115 gram), tidakkah berat basikal aku akan menjadi 6.5 kg? Anda sahaja yang bayangkan - bukannya aku...

PRO Stealth Evo berharga RM2030. Beratnya hanya
350 gram. Aku masih lagi memikirkannya kerana harganya
sangat mahal.

Kalau aku bayangkan ianya akan menjadi lebih parah kerana aku perlu mengeluarkan lagi duit sebanyak RM6500 untuk mendapatkan berat itu!

PS: Aku perlu tidur awal kerana esok ada Larian Kitar Semula di Presint 2, Putrajaya sejauh 7 km bermula jam 7:30 pagi. Doakan aku menang berjaya bangun awal esok pagi tau!

19 ulasan:

  1. beskal ni berhantu pahlawan...nak kurgkan 100 grm pun kekdg beribu2 lemon kena kuar wang...tp its ok...dr buang duit ke bende2 x faedah baek kita make up beskal..sambil tu insyallah kesihatan pun bertambah maju...ho3!

    BalasPadam
  2. lan, aku stop upgrade utk 6 bulan daripada skarang :D sambung balik perancangan portfolio 2012 hehehe

    basikal ni walaupun tukar barang sebesar semut, tu pun mempengaruhi mental. semangat pun boleh lain macam :D

    BalasPadam
  3. perghhh lawa sehhhh... semue pilihan kaler yang bersesuaian..

    BalasPadam
  4. Najib @ Sero, terima kasih :D kalau kaler hitam & putih, x pening kepala nak cari parts. sbb banyak yg kaler hitam putih :D

    BalasPadam
  5. aku ni pun dalam proses nak menghitamkan mane yg patut ni...

    BalasPadam
  6. Mana kau beli 3T Ergonova tu? Leper kat tengah tu macam menarik plak

    BalasPadam
  7. Syaful, aku beli kat kedai Jami. Memang sedap pegang handlebar jenis leper. Kena pulak dgn bar tape silicon :D

    BalasPadam
  8. terliur plak tgk nih...hahaha

    BalasPadam
  9. Azrul, bila mau angkat satu? Hihihi

    BalasPadam
  10. mmg nk angkat bro pahlawan..tgh kumpul duit...hehe

    BalasPadam
  11. Azrul, kalau mcm tu, bila dah ada satu, sila datang ke info centre, Putrajaya untuk berlumba; setiap rabu dan jumaat jam 9.00 malam :D

    BalasPadam
  12. Salam, bro. been following ur blog for quite a while.

    Nak tanya pendapat ni, worth it tak kalau aku nak beli basikal ni (2nd hand) dgn harga RM5500

    Nov 2010, Full high modulus carbon frame road bike, size 52 sloping.
    One of the lightest carbon frame ever made, at 790grams.
    Bike is in excellent conditions, just went under complete overall checking and cleaning on every component and ready to go.
    Just installed new SRAM breakpads, new Campy housing and wires, new DEDA bartape

    SRAM Force groupset. Double tap, double pivot front and rear brakes
    MAVIC Aksium wheelset.

    Upgrades that I have done and included

    SELLE ITALIA SLR saddle
    TIME RXS pedals and cleats ( superlight, titanium spindle)
    CERAMIC BB
    SIGMA computer
    OGK carbon bottle cages

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam geng. Okey, semua komponen mcm sram force, aksium wheelset, saddle, Time pedals & cleats dan seramic bb tu dah ok.

      cuma tentang frame tu agak muskil. kalau "modulus carbon frame" ni china made kalau x silap. boleh pakai jenis frame ni, tapi dari segi stiffness aku tak pasti.

      Nadi utama basikal sudah pasti bingkainya. Kalau bingkai basikal tak stiff, murah mcm mana pun x sedap bawak.

      Kalau nak beli, biar bingkai yang ada nama macam Scott, BMC, Pinarello, Giant, Fuji. Beli frame pun biar kat butik jenama tersebut untuk elakkan fake frame.

      Biasanya, frame baru original harga dalam lingkungan RM6000 - RM9000. Kalau scott Addict R2 model tahun 2009 2nd hand dalam RM2800 (Nego) pun boleh dapat.

      Apa-apa pun, frame biar best. Yang lain boleh upgrade pelan-pelan.

      Padam
  13. Lupa nak bagi brand la plak hehe

    2010 Road Bike SCOTT ADDICT R3 - size 52

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ohhh mcm aku punya lah. Kalau macam aku punya, climbing memang best sebab ringan. Cuma, kalau masa sprint dengan flat road ni agak letih sikit.

      Kalau Scott punya frame, buatan Taiwan. Saiz 52 elok utk org yg tinggi 172 cm.

      Padam
  14. Betul ka groupset shimano 105 5700 berat 2481 gram...? Baca dlm blog 2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah le. Dah lama tak pakai 105 kah kah kah

      Padam
  15. gile ar bang ! meliur denga sume nie .. nseb beik student lg .. hehee.. ta sbar na bekerja .. huhuu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada duit lebih, boleh le upgrade high end. tak ada duit, upgrade bar tape je le :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...