Isnin, 28 Februari 2011

eBay: Deda Zero 100 Seatpost Black


Boleh tahan jugak membeli belah kat eBay. Kurang daripada 2 minggu, kedua-dua barang yang aku beli selamat sampai.

Pagi ini satu lagi barang sampai iaitu Deda Zero 100 Seatpost Black yang berharga USD$69.00:

Deda Zero 100 Seatpost Black - Barang sampai kurang daripada 2 minggu.

Oh ye, barang ni bukan aku punya. Tapi, brader Norman yang punya.

PS: Minggu depan ada beberapa barang yang perlu dibeli - Ada dua orang kawan aku mintak aku belikan. Aku hanya tolong belikan tanpa apa-apa upah. Kawan-kawan, apa nak berkira.
Klik sini untuk baca sampai habis...

Ahad, 27 Februari 2011

Pengorbanan Terbesar Seorang Pengayuh Tegar


Hari ni seharian aku ada di rumah menjaga anak-anak aku. Isteri aku ada perlawanan bola jaring. Ikut perancangan asal, sepatutnya aku mengikut beberapa pengayuh tegar dari Putrajaya ke Bagan Lalang dan patah balik ke Putrajaya sejauh 120 km.

Okey, untuk pengetahuan korang, sebelum ini aku bermula dengan basikal Polygon Helios F100 flat bar yang dibeli dengan harga RM1140. Aku pakai dalam 3 bulan dan jual kepada kawan sepejabat aku bulan lepas.

Sekarang ini aku pakai basikal BMC. Setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan kondisi basikal tersebut:

BMC Street Fire SSX - Saiz 49 cm. Kos keseluruhan RM4000.

Untuk mendapatkan basikal BMC ni, aku terpaksa melakukan pengorbanan terbesar setakat ini; Iaitu menjual gitar kesayangan aku - CORT G254. Ini untuk menampung kos menaik taraf group set Shimano 105 yang berharga RM1850.

CORT G254 - Hanya tinggal kenangan.

Oh ye, smalam aku pergi melawat rakan seangkatan pengayuh tegar di Damansara Specialist. Beliau cedera akibat terjatuh daripada basikal ketika mengayuh di Putrajaya - Cyberjaya - Putrajaya. Tangan kiri beliau patah dan sendi pergelangan tangan lari. Apabila ditanya, beliau jatuh ketika berkelajuan 40 km/j!

Sedang menukar tiub - Sebelum mula kayuhan, tiba-tiba tayar hadapan aku meletup.
Hari Jumaat lepas banyak dugaan!

PS: Aku biasanya kayuh dalam keadaan normal antara 30 km/j hingga 35 km/j. Tetapi, ketika hari Rabu dan Jumaat waktu malam; kelajuan terpaksa dipertingkatkan sehingga 50 km/j kerana takut ditinggalkan sorang-sorang kat belakang!
Klik sini untuk baca sampai habis...

Jumaat, 25 Februari 2011

eBay: Deda Zero 100 Servizio Corse Bike Stem 120 mm Black


Sebentar tadi, pakej barang yang aku order melalui eBay minggu lepas sudah selamat sampai. Deda Zero 100 Servizio Corse Bike Stem 120 mm Black dari Taiwan berharga USD69.99. Stem ini bukan aku punya; Aku cuma tolong belikan untuk brader Norman (salah sorang geng pengayuh tegar setiap Rabu dan Jumaat sekitar Putrajaya).

Deda Zero 100 Servizio Corse Bike Stem 120 mm Black - USD69.99.

Ada satu lagi barang belum sampai iaitu Deda Zero 100 Seatpost seat post Black. Mungkin minggu depan sampai kot. Ini pun brader Norman punya...

PS: Tapikan, penjual barang ebay kali ni agak pantas - 7 hari dah sampai kat aku. Memang pantas!
Klik sini untuk baca sampai habis...

Khamis, 24 Februari 2011

Makanan Tambahan Sebelum Kayuh Basikal


Orang-orang yang aktif dengan aktiviti sukan ni ada macam-macam jenis bahan makanan tambahan - dengan tujuan dapat membantu meningkatkan prestasi ketika bersukan. Aku juga tidak terkecuali, mahukan prestasi cemerlang setiap kali beraksi ketika mengayuh basikal.

Nak kata aku terer masa kayuh tu tak lah. Disebabkan tak terer lah, aku kena ambik makanan tambahan. Kalau aku tak ambil pusing dan abaikan perkara-perkara sebegini, lagilah kena tinggal berbatu-batu kat belakang. Lagi haru!

Okey, kalau nak tahu apa yang aku makan sebelum kayuh, sila lihat di bawah:

Pisang - Sangat penting pada aku. Dalam masa 1 - 2 jam sebelum kayuh, aku akan makan 2 - 3 bijik. Harga: RM4.50 - RM6.50

Madu Giant B - Aku ambik madu ginseng untuk tenaga tambahan. Lagi 1 jam nak kayuh, 2 sudu sekali hayun. Harga: RM70

Crossfire Whey Protein - Ini aku ambik untuk pulihkan otot bahagian lutut yang aku cedera masa jogging 4 bulan lepas. Pada masa yang sama, dapat membina otot-otot peha dan betis. Harga: RM224

PowerBar - Kalau kayuh pagi, memang ini satu kewajiban sebagai sarapan. Kalau kayuh malam dan masih lapar baru makan. Harga: RM6 (Kalau stok PowerBar habis, brand EFS sebagai pengganti)

EFS - Ini bekalan untuk dibawa ketika mengayuh basikal. Satu skop sudah cukup untuk satu botol. Harga: RM80

Ini adalah cara aku yang bukan seorang professional dan seorang yang kurang sangat makan nasi. Aku makan nasi hanya hujung minggu sahaja. Jadi, pengambilan makanan tambahan bergantung pada kesesuaian diet seseorang. Kepada anda, tidak perlu ikut sekiranya makanan tambahan yang dinyatakan dirasakan tidak sesuai.

PS: Aku bukan seorang professional dalam bidang kayuhan tau :D Aku kayuh untuk kesihatan dan mengawal berat badan. Kalau masuk pertandingan pula, aku hanya mahu mengukur sejauh mana kemampuan aku.
Klik sini untuk baca sampai habis...

Rabu, 23 Februari 2011

Rekod Berat Badan dan Degup Jantung


Sejak aku mengayuh basikal 4 bulan lepas, ada perubahan ketara dari segi berat badan dan degup jantung (resting heart rate) aku. Dulunya, berat badan adalah 74 kg dan degup jantung kategori Kesian (Poor) iaitu 76 bpm ke atas.

Akan tetapi, sejak mengayuh basikal - berat badan purata 69 kg. Degup jantung pula secara purata adalah 60 bpm iaitu kategori Cemerlang (Excellent). Sila lihat gambar-gambar yang aku cetak daripada Ipod Touch aku:

Rekod berat badan selama 3 hari. Yang terbaru naik 300 gram gara-gara mihun sup tengahari smalam. Cissss!

Rekod berat badan dalam bentuk graf. Kalau berat naik sikit, dia punya graf macam naik 300 kilogram!

Rekod degup jantung (resting heart rate).

Jadual kategori untuk degup jantung. (Ihsan pemilik laman ini: www.netfit.co.uk)

Dengan ketinggian aku 171 cm; berat badan yang ideal adalah 61-75 kg. Tapi, kalau boleh aku cuba dapatkan berat 68 kg iaitu berat yang sederhana; tak berat sangat dan tak jugak ringan sangat. Ya, aku sedang mencuba ke arah berat badan itu :D

Dengan berat badan yang sederhana, bolehlah aku bergaya dengan rangka basikal karbon berjenama Canyon dengan penuh keyakinan. Waahhhhhh!!!

PS: Aku merekod semua aktiviti-aktiviti yang aku cerita tadi dengan menggunakan Ipod Touch. Kalau korang ada Ipod Touch, manfaatkan alat tersebut ke tahap maksimum macam aku :D
Klik sini untuk baca sampai habis...

Isnin, 21 Februari 2011

JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black


Tengahari tadi barang yang aku pesan dua minggu lepas telah selamat tiba. JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black yang berharga $59.99 yang dibeli di eBay. Kualiti memang tip top.

Sila nikmati gambarajah di bawah untuk gambaran yang lebih jelas apa yang aku maksudkan JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black.

Kastam Malaysia dah cop LULUS.

Gambar keseluruhan 'JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black'.

Logo JAKROO yang sangat hensem.
Oh ye, ada dua barang iaitu stem dengan seatpost masih dalam perjalanan ke Malaysia :D

P/S: Sedang menunggu ZulBMC dan Ray untuk kayuhan kesihatan Putrajaya - Cyberjaya di waktu malam.
Klik sini untuk baca sampai habis...

Kencana-SIC Bikeathon 2011


Lokasi: Sepang International Circuit
Tarikh: 20 Februari 2011
Peserta: 600 orang

Ini penyertaan aku untuk pertama kalinya dalam perlumbaan basikal. Baru 4 bulan kayuh dan mampu habiskan dua pusingan kira agak terer dah. Hihihih.

Aku tak harapkan kemenangan. Cuma, nak merasa macam mana masuk perlumbaan dalam trek F1 di Sepang. Kesimpulannya, memang best dan tahun hadapan kalau ada, aku nak turut serta sekali lagi.

Bawah ni sedikit gambar untuk eksyen kat korang:

Yang dari kanan berbaju merah itu aku.

Dalam gambar ni, aku ada kat belakang sekali. Tak nampak dalam gambar ni.

Disebabkan terlampau laju kayuhan beliau, maka tayar jenama apa pun tak berapa jelas dengan pandangan mata kasar.

Kalau aku lah, tak berani nak angkat tangan sebelum cecah garisan penamat.
 Semua gambar kredit kepada Eddy.
Klik sini untuk baca sampai habis...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...