Ahad, 22 Januari 2012

Resepi Hari Minggu: Pasta Ayajartup, Siap Dimasak Sedap Di Makan


Seingat aku, resepi yang pernah aku kongsikan dengan korang semua adalah pada tahun lepas iaitu tentang bagaimana membuat Bar Protein.

Hari ini aku kembali lagi untuk membawa anda ke dapur aku dan seterusnya berkongsi resepi Pasta Ayajartup. Resepi ini adalah asli turun temurun daripada keluarga aku yang berasal dari Itali dan Greek.

Untuk pengetahuan anda, Pasta Ayajartup adalah gabungan bahasa Itali dan Greek. Pasta adalah daripada bahasa Itali dan Ayajartup pula adalah daripada bahasa Greek yang bermaksud Putrajaya.

Beginilah rupanya Pasta Ayajartup.

Okey, sekarang korang sudah pun tahu sejarah resepi aku ini. Jadi, moleklah sekiranya kita teruskan sahaja agenda kita.

Bahan-bahannya adalah:
  • Pasta
  • Minyak Zaitun
  • Garam
  • Serbuk Keju
  • Sosej

Di bawah ni aku sertakan gambar untuk memudahkan korang cari kat pasaraya nanti:

Pasta jenama Liguori berharga sekitar RM5. Kalau tak silap
aku lah. Aku pun tak berapa ingat.

Minyak zaitun jenama Colavita berharga RM29.95.

Serbuk keju jenama Formaggio berharga sekitar RM8

Sosej jenama Ramly. Harga aku tak ingat pulak.

Bahan-bahannya mudah sahaja. Nak masak pun sangatlah senang. Caranya:

Rebus pasta dan sosej serentak dengan air bersih selama 10 - 15 minit (bergantung pada kekuatan api dapur). Bila nampak pasta tu dah kembang kiranya dah masaklah. Lepas tu buang air rebus tersebut dengan menggunakan penapis dan letakkan pasta dalam pinggan.

Taburkan secubit garam dan diikuti serbuk keju. Garam tu jangan banyak sangat, secubit pun dah cukup. Serbuk keju tu pun dalam 5 cubit pun dah ok.

Akhir sekali baru tuang minyak zaitun dan gaulkan dengan tangan hingga rata. Minyak zaitun tu pulak jangan tuang banyak sangat. Sekadar ratakan keseluruhan pasta pun sudah memandai.

Lepas tu dah boleh makan Pasta Ayajartup dengan penuh yakin.

Mudah kan? Kalau korang nak kayuh basikal atau marathon, elok sangat le. Korang boleh rasakan prestasi sama hebat dengan minyak Shell V-Power.

Selamat mencuba!

PS: Ramuan-ramuan tu semua aku beli kat Carrefour, Alamanda Putrajaya. Kalau kat kedai runcit mamak, tak ada kot.

9 ulasan:

  1. sedap dan menyelerakan...tambah plak tadi lepas turun dari broga hills nampak geng pinarelo...tringat ni mesti geng geng pahlawan basikal..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oooo hari ni geng Jami pergi ke Linggi. Nanti boleh join skali :D esok mlm ada ride kat putrajaya - cyberjaya pukul 9:00 mlm. Nak join boleh gak :D

      Padam
  2. alamak bro..aku mana ada bike..aku cuma suka melihat gerek(basikal) mcm korang korang semua yang hing end ni... den x mampu lagi nak membeli sebijik gerek..hehehehe...
    oooo.. ride sekitar putrajaya cyberjaya ekk..aku mmg suka melihat geng geng tgh ride masa ronda di sekitar putrajaya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aiseh, kalau mcm tu kena ada dulu basikal le mcm tu :D xpe xpe jangan beli yg high end terus. beli basikal yg boleh tingkatkan fitness je pun dah memandai; macam aku dulu :D

      kat BBS pun banyak basikal 2nd hand. kot² ada yang berkenan ke hehehe

      Padam
  3. tu aaa..nenati laa insyaAllah nak beli sebijik...dulu ingt nak amik frame bmc ang tu..dah juaikan...berapa? tadi masa p anta wife aku..tgk depan mahkamah penuh ngan geng road jaa..ada acara apa tah..aku tanya sorang rider ni mmg slalu buat acara lebuhraya di putrajaya ni...ada team ganu,,,tentera..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bmc tu aku jual rm1000 dgn member. hari ni ramai kayuh kat putrajaya. tp, depan mahkamah memang kerap jugak aku nampak roadie/mtb berkumpul. biasa angkat tangan aje le :D

      dah 7 hari aku tak kayuh & lari. tgh recovery dari demam, sakit tekak, batuk & selsema. habis terus fitness...

      Padam
  4. wohh...seribu tu frame ja ka.atau kasi skali seat post..saddle..stamp..? owhh lama dah ang tak kayuh tu..pasni jom join aku pi swim aa kat presint 6.bulan 4 ni ada kapas marang swimathon...mau join ka? best oooo

    BalasPadam
    Balasan
    1. Harga tu termasuk frame, seatpost, paddle 105. Aku brenang x brapa boleh lagi. Last brenang masa sekolah dulu hahaha.

      Bulan 4 aku rehat2 je kat rumah je kot. Sbb hujung bulan 3 ada century ride kat kuantan.

      Padam
  5. owhh..seatpost deda ka?...haihhh ruginyaaa akuuu..ooo xpa..blaja slow slow..nnt ble layan triathlon trus plak bro nnt bila dah power swim...heheheheh...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...