Sabtu, 14 Januari 2012

Selamat Hari Sabtu!


Selamat Hari Sabtu aku ucapkan kepada pembaca-pembaca blog BrekKejap.com. Aku harap para Pahlawan Basikal seperti anda tidak mengayuh basikal pada hari yang indah ini — sebaliknya berehat dan kosongkan fikiran daripada terus memikirkan tentang Dura Ace terbaru, seatpost terbaru, saddle terbaru dan segala apa yang boleh dianggap baru tentang basikal.

Aku juga untuk sementara ini berhenti daripada menaik-taraf basikal aku untuk sementara waktu — sebaliknya menumpukan wang simpanan terus bertambah dan memperuntukkan sedikit wang ke atas kelas viola anak aku nanti.

Viola tak apa aku rasa sebab aku tak pernah dengar orang menaik-taraf viola sampai beribu-ribu Ringgit Malaysia macam basikal.

Minima umur untuk kanak-kanak belajar bermain viola adalah 6 tahun.
Nasib baik tak ada viola jenama Pinarello. Kalau ada,
harganya mungkin RM18,000.

Oklah, aku tak bercadang untuk menaip panjang berjela memandangkan hari ini hari untuk santai bersama keluarga. Jadi, sebelum itu, nikmatilah muzik video di bawah ini sebagai penutup bicara:


PS: Dulu ramai orang nak jadi macam orang Jepun. Sekarang ni rata-rata remaja Malaysia berprofilkan identiti orang Korea di dalam Facebook.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...