Sabtu, 21 Januari 2012

Tri-Paku Nite Ride: Laluan Sejauh 43 km yang Selesa


Setiap Jumaat sememangnya hari kayuhan kesihatan Tri-Paku Night Ride; dan berbelas-belas penunggang basikal turut serta. Pelbagai jenama basikal akan ada seperti Scott, Specialized, BMC, Pinarello, Proton, Fondriest, Merida dan jugak jenama-jenama yang aku sendiri tak ingat namanya.

Tetapi, malangnya aku tak dapat turut serta kayuhan kesihatan yang berprestij ini akibat betis aku tercedera sejak Rabu lepas.

Ikut hati memanglah nak kayuh jugak. Tetapi, atas nasihat jurulatih ilusi aku melarang aku daripada terus mengikut hati.

Tak apalah, sebagai menunjukkan komitmen terhadap kayuhan tersebut, aku menawarkan diri sebagai kereta pengiring. Tugas aku adalah menarik pelaton selaju 45 km/j sejauh 43 km.

Seorang Ahli Bomba sedang mengepam basikal.

Seorang usahawan dengan jersi Tri-Paku.

Kayuhan bermula jam 9:50 malam dan ianya agak lewat seperti biasa yang sepatutnya 9:30 malam. Laluan juga sudah sedikit bertukar dan ianya lebih banyak bukit daripada laluan yang sebelumnya.

Sedang berbincang tentang laluan baru.

Sementara yang lain berbincang, yang seorang ni masih
belum pakai kasut karbon.

Di awal kayuhan, hujan mula rintik dan aku mula rasakan nasib baik aku tak kayuh. Dalam 5 minit hujan rintik berhenti, aku dah mula rasakan bahawasanya ruginya aku tak kayuh.

Sekitar Presint 1 dan menghala ke Cyberjaya.

Kayuhan berkelajuan sekitar 30 - 35 km/j selepas keluar daripada Presint 1. Ketika ini aku tak dapat mengambil banyak gambar kerana fokus dengan tugas aku iaitu kenderaan aku mestilah tidak terlalu perlahan atau terlampau laju.

Apabila tiba di Cyberjaya, kayuhan menjadi sedikit perlahan kerana bukit-bukit yang melambak berserta lampu isyarat yang bersepah.

Tiba di sekitar PICC, Putrajaya semula sekitar jam 10:45 malam. Ini bermakna kayuhan fasa pertama dapat dihabiskan awal iaitu 55 minit sahaja — walaupun bukit yang banyak serta panjang.

Di sini, masing-masing menunggu yang masih berada di belakang sebelum menyambung kayuhan fasa ke-dua.

Sedang menunggu seorang dua lagi yang terputus pelaton.

Bersedia untuk menghabiskan 13 km yang berbaki.

Kayuhan fasa ke-dua agak mencabar kerana sepanjang laluan Presint 5 ke arah Presint 15, angin sememangnya kuat. Tak kira lah hari nak hujan ke, tak hujan ke, memang anginnya kuat sepanjang masa.

Ditambahkan dengan bukit Alamanda yang panjang... Fuh!

Sepanjang laluan ini aku menarik dengan kelajuan sekitar 38 - 40 km/j. Setibanya di bukit Alamanda, aku perlahankan kelajuan sekitar 31 km/j.

Seperti biasa, ramai yang akan terputus pelaton di sini. Memang tak boleh buat apa dah. Tawakal aje lah...

Sekali sekala aku cuba kekalkan kelajuan 45 km/j bila perlu.

Kayuhan ditamatkan sekitar jam 12:20 pagi. Boleh aku katakan 75% adalah kawasan berbukit untuk laluan kali ini. Walaupun berbukit, kayuhan dapat ditamatkan dalam masa 1 jam 25 minit.

Sebelum pulang, bincang untuk kayuhan hari Ahad esok.

Inilah Tok Batin yang memaksa kayuhan mestilah
berkelajuan 45 km/j.

Kesimpulannya, kayuhan kali ini sangat selesa sambil dikelilingi penghawa dingin, tidak letih langsung dan langsung tak minum air. Ini berdasarkan aku sebagai tugas perngiring berkereta.

Yang lain-lain tu aku tak taulah azabnya macam mana...

PS: Kebanyakan daripada kami akan sertai Kuantan Century Ride 160 km pada bulan Mac 2012 nanti. Kepada pembaca blog ini yang akan turut serta kayuhan tersebut, kita jumpa sahaja di sana nanti.

6 ulasan:

  1. Route baru?? Ada map tak?

    BalasPadam
  2. Starting route baru cuma pintas bukit alamanda je. biasanya lalu masjid, tapi kali ni lalu Presint 1 dan masuk terus jalan yg biasa kita lalu. pas tu lalu bukit lim kok wing sampai KRU Studio.

    BalasPadam
  3. kena cari route lagi bru..road ni byk sgt stuck kat trafixc,tgh stim pas tu kendur...x best,kita cari route yg bley dlm group

    BalasPadam
  4. apa kata kalau kita skip masuk cyberjaya. ganti dengan route lain?

    BalasPadam
  5. Balasan
    1. boleh. tapi lokasi dah tukar. sekarang ni kumpul kat presint 14 depan Bank Rakyat. Pukul 9 malam kumpul dan 9:30 mula kayuh. Setiap Rabu dan Jumaat dengan nama "Putrajaya Night Ride".

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...