Isnin, 5 Mac 2012

Kayuhan ke Lenggeng: Inilah Kekejangan yang Sebenar!


Kali terakhir aku kayuh adalah ketika pengambaran untuk dokumentari tentang Azizulhasni Awang pada Ahad minggu lepas. Itu pun hanya 37.29 km je.

Dah le Kuantan Century Ride lagi 2 minggu je; 160 km pulak tu. Patutnya mileage meningkat. Tapi sebaliknya makin menurun.

Tak boleh jadi ni...

Dan, pada semalam harinya iaitu 4hb Mac 2012, bertempat di Masjid Putra, Putrajaya, aku dan beberapa rakan lain turut sama bergabung dengan Kumpulan EnCC Enchal. Akibat penggabungan ini, jumlah keseluruhan yang menyertai kayuhan ini meningkat kepada 21 orang.

Dalam 9 orang antara kami berkumpul di Info Centre
berhadapan dengan bangunan MAMPU sebelum bergabung
dengan EnCC Enchal.

Bersedia untuk mulakan kayuhan.

Tepat jam 8.10, selepas membaca doa selamat yang dibaca oleh Alias, kami semua bergerak menuju ke Lenggeng, Negeri Sembilan.

Kayuhan tidaklah laju mana dan sepanjang kayuhan tersebut aku hanya melayan cadence — pakai crank kecik dan hanya menukar casette belakang mengikut rentak permukaan jalan. Memandangkan 7 hari aku tak kayuh basikal, jadi tak berani sangat nak pakai crank besar.

Sepanjang kayuhan, meter dalam lingkungan 30 - 35 km/j. Cuaca juga agak redup dan nyaman. Kalaulah cuaca macam gini sampai tengahari, alangkah mesra alamnya.

Berhenti sebentar di Jenderam Hulu untuk menunggu
7 orang lagi yang masih di belakang.

Tak lama lepas tu, cuaca makin terik dan tiba di Jenderam Hulu kami semua berhenti sekitar 5 minit untuk menunggu mereka yang terputus peloton.

Tak lama lepas tu, hanya 5 orang sahaja yang tiba. Lagi 2 orang rakan dah pun patah balik sebab ada masalah-masalah tertentu. Tinggallah 19 orang yang teruskan cabaran ke Lenggeng...

Kelajuan masih kekal sekitar 30 - 35 km/j hinggalah tiba di Broga, Negeri Sembilan. Memandangkan peloton sudah pun terputus dua tanpa sedar, kami perlahankan sedikit kelajuan dalam beberapa minit dengan harapan dapat sambung balik peloton yg terputus tu.

Tapi, tak nampak bayang-bayang peloton yang terputus tu. Memandangkan ada lagi 3 km berbaki tiba di destinasi, kami meningkatkan sedikit kelajuan ketika mendaki bukit-bukit kecil sekitar Broga dan mengakibatkan terputusnya peloton menjadi 3 tanpa sedar.

Lagi 2 km nak sampai destinasi, kelajuan tiba-tiba meningkat dan aku terpaksa pakai crank besar dan nah, kelajuan mencecah 57 km/j!

Ketika ini, aku cuma berharapkan mereka yang berada di dalam peloton dapat turut sama drafting.

Lagi 500 meter hendak sampai, tengok belakang sapa pun tak ada. Hanya aku dan Mie Bulat je.

Dalam 3 minit lepas tu barulah peloton ke-2 muncul.

Biasanya aku akan bawa Power Gel untuk persediaan apabila
perlu.

Dalam 20 minit kemudian, muncul pula peloton ke-3.
*Gambar hak milik Azlan.

Memandangkan ada di antara kami perlu pulang awal kerana jemputan kenduri kawin dan kerja, kami seramai 6 orang bergerak pulang dahulu lalu meninggalkan 13 orang rakan yang lain di kedai kopi.

Kami bergerak pulang sekitar jam 11:30 pagi kalau tak silap. Tatkala ini matahari pulak makin memacak.

Kami berenam pulang awal.
*Gambar hak milik Azlan.

Ketika perjalanan pulang kelajuan sekitar 30 - 35 km/j juga. Angin agak kuat ketika ini.

Apabila perjalanan sudah mencecah 90 km, aku mula rasakan kemungkinan besar aku akan cramp. Tanda-tandanya sudah nampak:

Garam dalam badan sudah mula keluar dalam kuantiti yang
banyak.

Jadi, aku perlu mengawal kelajuan dan tidak memberi tekanan melampau pada kaki. Walaupun ketika itu aku rasakan badan aku masih cergas dan kaki tidak ada tanda-tanda akan kekejangan.

Lagi 15 km nak sampai putrajaya, salah seorang daripada kami iaitu Halim kekejangan betis dan kami berhenti sebentar di Dengkil.

Dan ketika sampai di Sungai Merab, peha aku pulak kena. Lebih menarik lagi, kedua-dua peha aku kekejangan serentak.

Lagi 7 km je nak sampai. Ahhhh, elok sangat le tu...

Inilah keadaan mereka ketika perjalanan pulang. Ketika ini,
kami berenam yang pulang awal sudah tiba sekitar Bangi.
*Gambar hak milik Azlan.

Nasib baik Halim singgah 7 Eleven di Sungai Merab tadi untuk membeli air mineral sejuk. Dengan air itulah Halim simbahkan ke peha aku untuk legakan kekejangan.

Fuhhh, nasib baik ada Halim bersama air sejuknya...

Kami sampai jam 1:10 tengahari di Info Centre, Putrajaya dan aku terpaksa meminta bantuan Halim untuk menghantar aku pulang dengan menaiki SUV beliau. Tak sanggup aku kayuh 7 km berbaki untuk pulang ke rumah dalam keadaan peha yang tak sihat.

Terima kasih Halim!

Basikal aku atas SUV Halim.

Apa yang boleh aku simpulkan di sini, kayuhan sejauh 111 km selama 4 jam 13 minit adalah sangat berselera. Walaupun kekejangan kedua-dua belah peha, ini tak bermakna kayuhan perlu dihentikan. Hanya peha sahaja sakit; bukannya semangat yang sakit.

Ketika sampai di hadapan PICC ketika Halim hantarkan aku pulang, terlihat rakan-rakan yang kami tinggalkan di kedai kopi Lenggeng di persimpangan lampu trafik sekitar jam 2 petang. Tahniah kepada mereka kerana berjaya habiskan kayuhan — walaupun dengar khabarnya salah seorang daripada mereka spoke nya patah ketika perjalanan pulang.

PS: Kuantan Century Ride makin hampir. Takut betul aku dengan perkataan cramp!

13 ulasan:

  1. dgr cite air garam ngn pisang byk membantu ilangkan cramp (100+ pun jalan)

    BalasPadam
  2. Yup encik Anon, memang air garam boleh bantu. yg pisang tu tak pasti betul ke tak. boleh pulak lupa nak bawak air garam ORS smalam.

    BalasPadam
  3. wow,,,,lepas ni kena beli roadbike la..baru boleh join..hehe...last time pergi PD dari kg baru KL ke PD take me 9 jam...hehe..balik naik kereta...x larat

    BalasPadam
  4. Acid Voice, ooo pernah berbasikal ke PD jugak ke sebelum ni? Naik mountain bike ke? tp ride 9 jam fuhhhh memang respek. bukan kerja senang :D

    BalasPadam
  5. TAHNIAH DI UCAPKAN BUAT SEMUA PESERTA KAYUHAN KE LENGGENG..BUKAN KERJA MUDAH TU...KETAHANAN..MASA...KEKUATAN SEMUA KENA ADA TUU...

    BalasPadam
  6. ye naik MTB....pukul 4 pagi dari rumah....sampai PD dlm kul 1 lebih mcm tu....banyak berenti gak sebab bukit banyak...x larat...bawak beg sandang lagi...MTB x laju kan...itu pasal la lambat...lepas ni niat nak kayuh ke ipoh lak...tgk mcm mana.

    BalasPadam
  7. pakcik ijan, terima kasih di atas ucapan yang memberansangkan itu. Jikalau Kumpulan EnCC Enchal membaca ucapan anda, alangkah terharunya mereka.

    BalasPadam
  8. Acid Voice, fuhhhh 4 pagi tu. kalau ke PD, rasanya Bukit Pelanduk tu yg buat mental. boleh tahan gak bukit tu.

    cadangnya bila nak ke Ipoh? semoga berjaya ke Ipoh nanti.

    BalasPadam
  9. omak aaiii...kayuh mtb pi pd...perghhh...tahniah jugak buat anda mr acid voice..tringat plak band acid rain..heheheh.. anda memang power laa... ENDURANCE...STRENGTH...TECHNIQUE...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan senang beb. 9 jam punya kerja tau :D

      Padam
    2. itu pasai aaa...dah laaa kayuh mtb..kalau roadie pun semput.. ini olang manyak stamina ooo..apa makan? kasi suggest skit...hehehehhe

      Padam
  10. ada 3 perkara nak hilang kan cramp. pertama adalah training, kedua adalah training, ketiga adalah training. training melebihi km yang anda selalu lakukan. selamat mencuba.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul. Salah satunya kalau tak cukup mileage. 2 minggu ni kena push mileage jugak walau mcm mana pun :D asyik sibuk kerja dan melayan hujan je

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...