Sabtu, 14 April 2012

Misteri Anak Bukit di Presint 5, Putrajaya


Sebenarnya, aku ada satu cerita misteri yang nak dikongsikan dengan korang semua. Satu je, tak banyak. Ye lah, kalau ikutkan cerita misteri ni, banyak jugak le pengalaman aku.

Contohnya, 12 tahun dulu masa pulang dari rumah kawan, aku tersempak dengan hantu naik basikal. Cerita betul ni, bukannya aku sengaja reka-reka tau. Dan, aku juga pernah diangkat ketika tidur di chelet Darulaman Golf Resort, Kedah.

Tapi, itu cerita lama; yang aku nak cerita ni pulak cerita baru. Cerita yang baru aku tau bulan lepas.

PICC di Putrajaya.

Seboleh-bolehnya aku memang tak nak ambik tau benda-benda macam ni. Nanti menyusahkan aku. Tapi, mulut orang mana boleh tutup. Kalau dah bagitau, tak kan aku nak tutup telinga pulak.

Cerita yang aku dapat tau ni pun daripada orang yang duduk sekitar Putrajaya, terdapat beberapa bukit yang dikatakan berpenunggu iaitu di Presint 4 dan di Presint 5.

Apa yang menariknya, bukit-bukit tu le laluan aku masa aku berlari dan berbasikal pada malam-malam tertentu.

Bukit yang dikatakan berpenunggu yang kat Presint 4 tu adalah laluan aku ketika latihan berlari. Dan, bukit Presint 5 tu pulak adalah laluan aku pulang dari lumba mini Tri Paku setiap malam Rabu dan Jumaat.

Yang menariknya, aku akan lalu sebelah bukit tu tepat jam 12.05 tengah malam!

Di bawah ini adalah lokasinya:

Lihat Bukit Harimau Jadian dalam peta yang lebih besar.

Apa yang aku dengar cerita orang, bukit-bukit yang aku sebutkan tadi tu ada persamaan — bukit tu tak dapat dipecahkan bagi tujuan pembinaan bangunan.

Tapi, apa yang buat bezanya antara dua bukit tersebut adalah bukit di Presint 5 tu ada Harimau Jadian dan bukit di Presint 4 pulak tak ada.

Aku tak pasti sejauh mana benarnya cerita ini. Untuk kepastian, aku cuba googled tentang "misteri bukit Putrajaya" dan memang ada cerita-cerita seram tentang bukit yang aku sebutkan tadi.

Bukit inilah yang aku maksudkan. Aiseh, ada pokok lindung
pulak!

Okey, aku dah panjat naik ke atas benteng.
Ini lah bukitnya.

Sepanjang pengalaman aku pulak, tak pernah pulak jadi benda-benda pelik setiap kali aku lalu bukit-bukit tu. Bukanlah aku cakap besar. Aku pun takut jugak kalau betul-betul ada Harimau Jadian melompat depan aku. Usahkan harimau, anjing menyalak 50 meter dari aku pun aku akan tukar crank besar sepantas mungkin.

Salah satu perhentian bas yang terdapat di sekitarnya.

Sekeliling bukit tersebut mempunyai kesan-kesan pecah
yang mungkin daripada jentolak.

Di sekeliling bukit tersebut terdapat kesan peninggalan kerja-kerja pemecahan bukit itu. Terdapat juga jaring-jaring berwarna hijau di sekeliling bukit yang dibiarkan mereput macam tu sahaja.

Dalam erti kata lain, kelihatan ianya hasil kerja separuh jalan dan ditinggalkan serta merta.

Aku percaya ada jugak yang tak tahu cerita ini. Kepada mereka yang baru je tahu hasil daripada cerita aku ini, anggap sahaja cerita aku ini sebagai hiburan. Aku pun hanya mendengar cerita daripada penduduk setempat. Jadi, aku pun tak tahu samada betul atau pun tak.

Dari sudut perspektif aku pula, mungkin kerja-kerja meratakan bukit itu terpaksa dihentikan serta merta kerana majikan syarikat tersebut melarikan diri daripada diburu oleh PTPTN — rekod silam 10 tahun dahulu dibongkar semula dan masih terdapat baki tunggakan sebanyak RM5,000.

Dan, beliau terpaksa menyamar menjadi harimau dan menyorok di atas bukit tersebut...

PS: Aku sedang belajar berenang sekarang ni. Cikgu aku adalah bekas perenang Maktab Tentera Diraja. Kalau aku dapat berenang tanpa henti sejauh 1500 meter, baru aku yakin untuk daftar PD Triathlon 2012.

12 ulasan:

  1. Salam En.Pahlawan...dah macam Tamar Jalis punya cerita la pulak..selain cerita seram tentang kayuhan yang berdesup ada juga cerita jembalang :)

    Pesan kat harimau jadian tu suruh pergi Zoo kat Terengganu; baru buka diorang nak pakai harimau pasal kandang kosong lagi at least ada juga dia side income untuk bayar PTPTN dia.

    Terima kasih kerana berkongsi cerita dapat menambah sebab untuk aku pergi berkayuh kat Putrajaya; selain join kayuhan TriPaku dan misi menjejak Pahlawan basikal (harap2 ko bukan harimau jadian).

    Teruskan berkongsi cerita2 yg menarik terutamnya untuk pembaca macam aku yg duduk kat kawasan kampung..tak dapat kayuh dapat dengar cerita pun dah seronok :)..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam encik rudy projek. dah lama aku tak dengar nama Tamar Jalis :D

      terima kasih jugak lah sebab sudi baca cerita-cerita aku yang tak seberapa ni. aku seronok dapat berkongsi pengalaman-pengalaman aku. harap-harap boleh dijadikan panduan kepada pembaca blog aku.

      kalau kayuh di putrajaya, jangan lupa singgah di Rodalink Presint 15. kat situ banyak cenderahati yang boleh dibawa balik ke kampung halaman :D

      Padam
  2. tamar jalis dah reprinting buku balik.... nak bace online pun ade

    BalasPadam
  3. Abang Najib dah bagitau. Sapa peminat Tamar Jalis boleh le baca online :D

    BalasPadam
  4. wah..bole laa masuk swimathon kapas marang minggu ni... bro slalu train kat mana? nnt bole laa kita train skali kat presint 6....jgn kolam tu plak ada hantu ayaq dah la nooo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pakcik ijan, berenang tak ok lagi hehehe. kejap² berenti ambik angin :D skg ni Tri Paku tengah train aku untuk PD Triathlon. Tp, aku rasa belum ready lagi :D

      Padam
  5. xpa...apa apa pun mesti bermula ngan latihan.. slalu swim kat kolam mana? bole laa aku pi join..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku selalu kat Pullman. tp tgk hari jugak sbb nak balance dgn basikal. seminggu biasa berenang 3 kali. kalau keje banyak, dpt 2 kali je hehehe

      last berenang sabtu lepas. so dah skip satu hari. smalam berenang, habis step bersepah hahaha

      Padam
  6. owhhh pullman bayaran 5 ringgit..mahai dan kolam kecik serta sejuk.. jom presint 6 la bro... bg time nak p ngan ari apa..aku on ja...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pullman masuk rm2 je. yg rm5 tu x pasti yg mana satu. yg rm2 tu, saiz 50 meter. ulang alik dpt 100 meter. dekat je dgn rumah aku :D

      Padam
  7. haa..mau yang tu mmg tempat yang aku slalu p laa..ingat yang pool indoor tuu...sebelah pullman...ooo dekat ngan umah pahlawan ka...syiok aa..paih ni jadi ironman aaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ooooo sbelah pullman tu kalau x silap aku pusat maritim. aku x pernah pi situ. aku pi yg kat area tasik tu hehehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...