Ahad, 26 Ogos 2012

Kisah Lalu, Misteri Gunung Gajah


Chemor adalah sebuah pekan kecil yang terletak di utara bandaraya Ipoh, Perak. Keluarga aku menetap secara rasminya di pekan Chemor ini sejak tahun 1986 dan waktu itu aku berusia 8 tahun.

Ini bermaksud aku membesar di pekan kecil ini selama 14 tahun - bermulanya tahun 1986 hingga 2000 iaitu tahun aku mula berhijrah ke Kuala Lumpur.

Landasan keretapi sedang dinaik-taraf. Dah bertahun-tahun,
tak siap-siap jugak.

Pekan Chemor yang gloomy.

14 tahun tu lama beb. Macam-macam pengalaman yang aku lalui sepanjang aku di pekan Chemor. Daripada episod cinta hinggalah cerita seram.

Okeylah, mari aku ceritakan sebuah cerita yang tak semua orang tahu. Mungkin ada yang pernah tahu dan semakin dilupakan.

Ini cerita tentang Gunung Gajah:

Gunung Gajah. Namanya diberikan sebab rupanya
seakan-akan gajah.

Di tengah-tengah pekan Chemor ni ada sebuah gunung yang bentuknya seakan gajah. Gunung ini dipercayai pernah suatu masa dahulu menjadi tempat persembunyian tentera Jepun dan Komunis.

Masa aku sekolah menengah dulu, aku mempunyai ramai jugak le yang kaki ponteng sekolah. Antaranya Atan Setan, Pek, Faizal dan beberapa orang yang lain berjaya ponteng sekolah dengan mendaki Gunung Gajah. Ketika itu aku di tingkatan 2 kalau tak silap.

Aku diberitahu yang mereka berjaya mendaki separuh daripada gunung tersebut. Dan dikhabarkan juga yang mereka memasuki satu gua yang sepanjang laluannya dipenuhi dengan cengkerang siput yang reput. Ini bermakna apabila berjalan, kaki akan memijak cengkerang-cengkerang yang memenuhi jalan.

Sedang menuju ke Gunung Gajah.

Ntah dari mana datangnya cengkerang siput tu aku pun tak tahu. Mana ada laut kat chemor ni...

Di dalam gua itu mereka terjumpa satu kolam kecil yang ada ikan di dalamnya. Ikan apa, aku dah lupa. Keadaanya seperti ada orang yang menjaga kolam kecil tersebut.

Menurut rakan aku, mereka mendapati di dalamnya ada kawasan yang lapang seluas padang bola dan permukaannya dipenuhi daun-daun kering.

Sedikit kelihatan Gunung Gajah dari jauh.

Kata mereka keadaan tersebut memang agak pelik — bagaimana dalam gunung tersebut ada pula kawasan yang luas seakan padang bola sepak.

Melalui cerita-cerita pengalaman mereka ini membuatkan aku agak teruja untuk melihat dengan mata kepala aku sendiri.

Semakin hampir...

Dua tahun selepas ekspidisi tersebut, aku dan beberapa rakan lain membuat tinjauan samada adakah betul cerita-cerita mereka itu. Kaki ponteng sekolah cuba bercakap benar, agak susah aku nak percaya bulat-bulat.

Berbekalkan beg askar, pisau, khemah dan sedikit makanan, kami berbasikal menuju ke Gunung Gajah.

Kalau belok kanan akan ke kampung aku, Kampung Cik
Zainal.

Kami akan memasuki perkampungan estate India dahulu dan barulah Gunung Gajah. Ketika itu, kiri dan kanan dipenuhi pokok-pokok getah yang masih subur mengeluarkan getah.

Sekarang ni dah tak berapa nak subur dah...

Tetapi, setibanya di gunung tersebut, kelihatan awan makin gelap diselang seli dengan guruh dan angin yang kuat. Keadaannya seperti mini ribut.

Hari mahu hujan. Dan berkemungkinan besar lebat.

Di hadapan tersebut ada post guard untuk memasuki
penempatan estate India.

Beberapa rakan aku mengubah fikiran untuk tidak terus mendaki. Kata mereka bahaya. Sebaliknya aku dan seorang lagi rakan aku (sekarang ni dah jadi askar) cuba mendaki juga dan terpaksa akur akan kesukarannya dan kembali turun.

Seingat aku, di kaki gunung tersebut terdapat tulisan Jepun dan tulisan Cina Komunis. Kata kawan aku ianya ditulis dengan menggunakan minyak senjata. Aku percayakan sahaja kerana bapanya seorang bekas askar. Sudah tentu dia lebih tahu daripada aku.

Tak jauh daripada post guard tadi ada Pusat Pemulihan
Dadah.

Kami semua terpaksa balik dan di pertengahan jalan, langit kembali cerah. Ahhhh, tak hujan rupanya!

Itulah pengalaman aku tentang Gunung Gajah. Pada sangkaan aku kerja mendaki gunung sangat mudah. Ternyata sangat susah dan berbahaya kepada budak sekolah seperti aku waktu itu.

Aku mula terfikir bagaimana rakan-rakan aku yang ponteng sekolah pun boleh panjat sebahagian gunung tersebut dan berjaya menemui gua misteri yang aku ceritakan tadi.

Rumah tinggal. Dahulunya tinggal seorang tok guru silat
dan pernah ditangkap khalwat dengan budak sekolah di
dalam rumah ini. Orang cakaplah.

Hingga sekarang aku masih berfikir macam mana diorang semua boleh panjat dan berjaya masuk ke dalam gua tersebut.

Peralatan apakah yang diorang semua pakai? Aku pun tak pernah tanya...

Aku harap Gunung Gajah tu tak ada sesiapa yang kacau. Biar je seadanya. Jangan diganggu atau ditarah sampai gondol. Aku percaya misterinya bukan setakat yang aku ceritakan tadi. Mungkin lebih daripada itu.

PS: Aku masih tak jumpa rakan-rakan ponteng sekolah yang aku ceritakan tadi sejak aku jejak kaki di Kuala Lumpur. Dengar cerita, ada yang masuk keluar lokap.

8 ulasan:

  1. mcm biasa...menarik postingnya..

    BalasPadam
  2. Menarik penceritaannya, ajak la geng2 basikal daki Gunung Gajah ni sebelum habis rosak oleh kerakusan manusia.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih faizal. kalau mtb, lepas le ke gunung gajah :D, kalau basikal aku, mau patah frame :D

      Padam
  3. bro..tak serta Terengganu Century Ride 16 september ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. belum bersedia lagi nampaknya. 2 bulan tak ada aktiviti sukan. tak berani nak kayuh basikal jauh-jauh :D

      Padam
  4. Saya sungguh tertarik dengan ulusan Tuan. Apa cerita yg Tuan dengar itu saya sah kan benar dan ada macam macam lagi seperti meriam, kubu, kubur gajah DLL. Saya salah seorang yg pernah teroka gunung itu lebih kurang 30 tahun lalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya yang tak seberapa ni. Tentang meriam dan kubu tersebut tak pernah sesiapa yang ceritakan kepada saya. Maknanya ada seribu satu rahsia yang tersimpan dalam Gunung Gajah tu dan ramai yang tak tahu :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...