Rabu, 15 Ogos 2012

Selamat Hari Raya dari Perantauan


Setiap kali bulan Ramadan, aku akan belek-belek Utusan Malaysia di halaman Salam Perantauan. Bukannya apa, sejak dari sekolah lagi sampai le sekarang aku seronok tengok rakyat Malaysia yang masih belajar di negara asing menghantar ucapan Selamat Hari Raya untuk keluarga, guru-guru dan rakan mereka di tanah air.

Masa sekolah dulu aku bercita-cita nak ke England untuk belajar. Apa-apa bidang pun tak apa, asalkan kat England.

Ini aku pada tahun 1997. Kalau orang tanya kat mana,
aku mati-mati cakap kat Oxford. Padahal kat Langkawi.

Tapi, nasib baik aku tak dapat pergi belajar kat luar negara. Aku boleh rasakan aku akan gagal akibat berpoya-poya yang berlebihan ketika di sana. Ada hikmahnya.

Itu ketika di sekolah. Apabila meningkat remaja pula dan masih bekerja di kilang atap Hume Cemboard Industries selepas habis SPM, keinginan ke England datang kembali.

Perasaan nak ke London jadi lebih kuat apabila ketika itu episod bersiri Cinta Antara Benua tengah panas. Lokasi pengambarannya adalah di England. Aku sanggup keluar rehat awal waktu bekerja shif petang semata-mana balik rumah nak tengok cerita tu.

Salah satu episod Cinta Antara Benua tahun 1997.

Penghujung tahun 2007, aku berpakat dengan Mizi iaitu rakan sekerja kilang untuk ke London dalam beberapa bulan lagi. Tujuannya adalah untuk bekerja di sana.

Aku pesan kat Mizi, "Kita kena ada RM10,000 untuk ke sana. Termasuk tambang. Sampai sana, tak ada duit, kemudian cerita."

Begitulah semangatnya aku nak ke London.

Pada tahun 2008, aku sambung belajar di Kolej Cosmopoint di Ipoh. Jadi aku cakap kat Mizi yang rancangan kita kena tunda sampai aku habis belajar tahun 2000.

Tahun 1998. Masa ni gila jamming. Habis kelas, mesti
pegi jamming kat studio Tasek, Chemor.

Tetapi, disinilah impian aku musnah. Aku bertemu dengan isteri aku ketika semester ke-2 dan perlahan-lahan aku lupakan tentang London.

Itu cerita lama.

Walaupun dah berbelas tahun punya cerita; Setiap kali Ramadan yang menghampiri Syawal, aku akan teringat cita-cita aku tu. Ianya bercerita tentang semangat dan kemahuan yang kadang-kalanya dingin dan adakalanya membara.

Okey lah, sempena bulan Syawal dalam beberapa hari je lagi ni aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada para pembaca blog Pahlawan Basikal. Maafkan salah silap dari segi olahan bahasa aku yang boleh menimbulkan salah faham ketika membaca cerita-cerita dalam blog aku ini.

Akhirnya, aku berjaya menjejakkan kaki di Oxford,
walaupun dalam masa 1 jam 30 minit.

Kita berjumpa lepas raya ini dengan beberapa cerita yang tertunda. Insyaallah.

PS: Terima kasih kerana mendoakan kesihatan anak aku. Danial semakin sihat dan sedang menjalani fisioterapi untuk memulihkan pergerakannya seperti sedia kala.

6 ulasan:

  1. Selamat hari raya bro, teruskan memblog! Geramlah nak punya basikal yang hebat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat Hari Raya Faizal :D nak beli basikal, halo-halo je aku :D

      Padam
  2. Salam Pahlawan

    Nostalgik sungguh entry penghujung Ramadhan ni..nampaknya kita sama2 menjadi "dewasa" dengan geng2 Ahmad Idham, Arni Nazira dan Amy Mastura..

    Apapun alhamdulillah atas kesihatan anakanda Danial yg semakin baik semoga hari raya ni dapatla disambut dengan lebih gembira dan bermakna...hati2 memandu pulang ke kampung dan selepas raya ni bolehla berkayuh semula dan berkongsi cerita dengan para pembaca.

    SELAMT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sezaman lah kita ye? Aku rasa Ahmad Idham, Arni Nazira dan Amy Mastura mas tu lingkungan 20 an kot. Masa tu pulak aku sekitar 19 - 20 tahun.

      Lepas raya ni insyaallah aku start kayuh balik. Dah 2 bulan rasanya aku tak kayuh basikal.

      Selamat Hari Raya untuk ko sekeluarga jugak.

      Padam
  3. hahaha... same la like me, bro. aku pun suka kt ruangan Salam Perantauan tu. Cerita CAB tu plak bakar minat aku nk study kt UK. Alhamdulillah, year 2004 aku g UK utk postgrad study. Merasa la jugak masuk kat ruangan Salam Perantuan tu.

    Anyway, thanks for Jami Bike Center address and map. Actually baru jer start cycling 2-3 weeks ni. Ketagih plak rasanya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku rasa ramai lagi yang suka tengok Salam Perantauan tu :D Dan, cerita Cinta Antara Benua tu pun buatkan ramai terpengaruh untuk ke London hehehe

      Apa² tahniah sebab berjaya jugak pergi ke UK untuk belajar. Bukan senang nak ke sana tau :D

      Jangan lupa, Jami Bike Centre setiap hari Ahad ada kayuhan sekitar 80 - 125 km jam 7:30 pagi. Dah lama aku tak join diorang :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...