Sabtu, 8 September 2012

Lagi-lagi Jerebu, Bengang Betul Aku!


Sejak akhir-akhir ni, walaupun hujan lebat hingga menyebabkan banjir di sesetengah tempat, masih ada jerebu buatan Sumatera dan Kalimantan.

Ini membuatkan aku semakin meluat di tahap maksima — menyusahkan aku untuk meneruskan latihan Powerman yang bakal berlangsung dua bulan lagi.

Disebabkan jerebu malam tadi aku terpaksa batalkan disaat akhir kayuhan Tripaku Night Ride. Dan aku kerugian mileage 55 km.

Pandangan dari PICC, Putrajaya petang semalam.
Jerebu ketika ini di tahap 55c.

Perancangan asal pada hari Sabtu iaitu hari ini, aku akan menyertai Tri Paku punya latihan Powerman pada jam 7:30 pagi. Disebabkan terlajak tidur, kelam kabut sembahyang subuh, mandi dan ntah apa lagi yang aku buat, jam dah pukul 8:10 pagi.

Set jersey ni koleksi peribadi aku dan tak pernah pakai lagi.
Pagi tadi aku merasmikan dengan jayanya.

Laluan kali ini agak menyongsang daripada laluan yang biasa. Aku nak gunakan laluan Powerman, tapi tak reti pulak. Aku tak cam jalannya.

Jadi, aku pun kayuh laluan ikut suka aku:



Masa untuk basikal ini berehat.

Kayuh punya kayuh, dapatlah 45 km. Sepanjang 40 km, aku setkan minimum 30 km/j dan purata kelajuan dapat 29.6 km/j. Di akhir baki 5 km, aku banyak melalui bukit dan penamatnya aku naik ke atas puncak PICC sebanyak dua pusingan.

Ini menurunkan purata kelajuan aku menjadi 28.41 km/j.

Puncak PICC pada jam 10:24 pagi. Tak ada jerebu dari
pandangan mata kasar.

Ok lah daripada aku tak kayuh langsung dan asyik pegi open house je. Petang atau malam nanti kena buat larian 10 km. Esok pun runtinnya sama. Harap tak ada jerebu esok pagi.

PS: Di pagi Sabtu ini, ramai jugak yang kayuh basikal. Di Presint 2 ada acara bebudak sekolah rendah berlari dan berbasikal nampaknya.

PPS: Tengah siap-siap nak ke open house. Lahhhhh, open house lagi!

11 ulasan:

  1. aku try cari kat ebay... huhu hu takde suda

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelly punya set jersey? aku dah borong habis hahaha

      Padam
  2. saiz L takde... S aku pakai, sesak kat perut aku

    BalasPadam
    Balasan
    1. L susah nak dpt sebab berebut dgn mat saleh. S senang skit sbb mat saleh x pakai.

      lagipun skg ni kelly dah xde kat ebay

      Padam
  3. Dengar ramai rider Putrajaya nak hijrah ke Specialised, termasuk la anda...kan kan kan

    BalasPadam
  4. aku ada tshirt scott..made in usa...size m..rm35..brand new..kalau berminat bgtaw laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada gambar? Kalau cute, boleh angkat selai :D

      Padam
    2. gambaq nak bubuh dlm intenet tak reti plak...hahahah

      Padam
  5. Salam Bro, violin tu jenis specialised ker?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...