Hari ini ada berita baik untuk anda semua. Berita yang bakal saya hebahkan ini juga tiada di mana-mana siaran tv tempatan mahupun Berita Harian, Harakah Daily, Malaysiakini, Tamil Nesan Sunday atau pun Sin Chew Daily.
Ini tentang promosi Upgrade Kit Shimano Di2 Ultegra di Rodalink Putrajaya:
![]() |
Shimano Ultegra Di2 Upgrade Kit. |
![]() |
Rodalink Putrajaya di Presint Diplomatik. |
Siapa yang mahu menaik taraf groupset basikal roadbike anda kepada Di2 Ultegra bolehlah ke Rodalink Putrajaya sekarang kerana set menaik taraf Ultegra Di2 ini hanya terhad kepada 10 unit sahaja.
Oh ye, kit ini tidak termasuk crank set, brake, chain dan cassette.
Sediakan wang sebanyak RM3750 dan terus ke Rodalink sekarang juga:
Lihat peta Rodalink Putrajaya dalam versi yang lebih besar.
Kalau tak sempat keluar duit kat ASB, pakai je kad kredit Visa atau Mastercard.
Kalau tak ada kad kredit, pinjam dulu kat awek atau isteri anda. Inilah masanya mereka mahu membuktikan kasih sayang mereka kepada anda!
PS: Selamat Hari Raya KORBAN!