Rabu, 24 Oktober 2012

Para Pahlawan Basikal Beraksi di LEKAS


Powerman makin hampir — hanya tinggal 11 hari je lagi. Sesungguhnya aku rasa sangat teruja. Pada masa yang sama, aku juga rasa macam nak jual je race kit aku tu kat orang yang lebih memerlukan.

Tapi, mustahil aku nak jual race kit aku tu. Mana mungkin aku boleh lepaskan acara yang berprestij ni macam tu je. Lagipun acara ini akan diadakan di Putrajaya — tempat tinggal aku. Rugilah kalau aku buat-buat terlajak tidur di hari Powerman sedang berlangsung!

Okey, lupakan sementara tentang Powerman. Pos kali ini mari kita sedikit santai.

Ahad lepas, seramai 9 orang Pahlawan Basikal menyahut cabaran 127 km ke Ampangan 2, Negeri Sembilan melalui lebuhraya LEKAS:

Inilah para Pahlawan Basikal sedang beraksi di LEKAS.

Kelajuan sekitar 32 - 40 km/j ini melewati beberapa daerah sekitar Bangi, Kajang dan Negeri Sembilan. Laluan kali ini kami semua memilih untuk memasuki lebuhraya LEKAS. Ini kerana lebuh raya ini jalannya agak rolling dan ada di antara bukit-bukitnya agak tinggi dan panjang.

Baru masuk lebuhraya LEKAS dalam mood yang santai.
(Gambar hak milik Fadzil)

Terutamanya bukit Setul yang jauhnya adalah 4 km. Inilah pertama kali aku mendaki bukit Setul dan pada permulaannya kelajuan 22 km/j menurun menjadi 18 km/j.

Aksi selepas menanggung azap mendaki bukit Setul.

Lebuhraya LEKAS ni memang banyak bukit. Kalau bersembang dengan orang memang bunyinya macam seronok. Tapi, waktu kayuh sedang mendaki tu rasa macam nak tahan teksi je terus balik rumah.

Disebabkan gelaran 'Pahlawan' yang kami semua pikul, perjalanan harus diteruskan.

Berhenti sekejap dan berbincang laluan mana untuk sarapan
di kedai mamak.

Kami semua tiba di Ampangan 2, Negeri Sembilan dalam sekitar jam 10:25 pagi. Kononnya nak singgah kedai mamak untuk berehat, tapi yang ada hanya Petronas Ampangan 2:

Petronas Ampangan 2, Negeri Sembilan.

Merasa jugak le berkelah kat Petronas.
(Gambar hak milik Fadzil)

Setelah makan waffle cokelat bercampur jem kacang dan mengisi semula botol air yang kosong, kami semua pulang menuju ke arah Putrajaya dengan melalui lebuhraya LEKAS juga.

Ketika pulang, di tengah perjalanan hujan mula turun. Agak lebat jugak le. Walaupun hujan dan disebabkan hari sudah pun agak lewat, kami semua teruskan perjalanan meredah hujan dan selamat tiba di Presint Diplomatik pada jam 1:30 tengahari.

Mengikut meter aku, 127.26 km.

Secara keseluruhannya, kayuhan kali ini agak menarik. Aku tak pasti mengapa ianya menarik. Mungkin kepala-kepala yang ikut kayuh kali ini rata-ratanya tidak membawa sekali masalah peribadi, hutang kad kredit atau fahaman politik yang berbeza.

Kayuhan tanpa membawa masalah daripada rumah dan pejabat membuatkan kayuhan kita menjadi seronok dan bertenaga.

PS: Lepas Powerman baru sambung balik kayuhan jarak jauh. Sekarang ni sibuk berlari siang malam. Lajunya tak jugak.

19 ulasan:

  1. Kat Empangan ini la terjadi pergaduhan MegaTron & OtoBats dlm creta Transformer...kan Zal?

    BalasPadam
  2. Hemsemnya abg Saxo Bank. Bila nak kluar Venge Otraman Lalat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dia Venge pakai masa Powerman Ahad ni :D

      Padam
  3. salam.bang nak tanya leh x join group abg nie?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. boleh le esok malam join kayuh putrajaya-cyberjaya 42 km. Boleh tgk kat sini: http://www.brekkejap.com/2011/04/kayuhan-tri-paku-tempat-berkumpul.html

      Padam
  4. OK OK.basikal murah x pe ke masuk saye pakai gt roadbike jee heheh

    BalasPadam
  5. nak tanya satu lagi leh?.leh x join group jami.sebab saye dok kat area taman tu jugak ahad eh??.selalu klu saye kayuh nampak group jami baru nak gerak

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti. boleh pergi kedai dia. sembang-sembang dgn dia dan tanya dia terus. saya pun dah lama tak follow diorang :)

      Padam
    2. ohhh yeke.lagipun saye nie budak lagi umur form1.tapi memang ingin nak follow kalau saye follow abang leh x :)

      Padam
    3. kitorang kayuh jauh². tak berani nak bwk anak orang bawah umur. nnti jadi apa² susah pulak nanti. lagipun kitorang selalu buat 100 km lebih. macam² boleh jadi :)

      Padam
    4. Oh ye, kalau ada abang boleh le ajak sekali. kalau ada apa² jadi, senang le nak minta bantuan.

      Padam
  6. http://danial1993.blogspot.com/ nie blog saya kalau ade mase tgk lah heheh x seberapa pon kiteorang selalu g tempat nie jeee.

    BalasPadam
    Balasan
    1. teruskan menulis. kalau ada apa² aktiviti, poskan dalam blog :)

      Padam
  7. thanks bang.tapi saye memang teringin sangat nak kayuh ngan abng hhah

    BalasPadam
  8. gaya kayuhan abang ntuk jarak jauh ?? push ataupun sederhana ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau kayuh jauh, ikut suka je. Janji tak ada yang tertinggal jauh kat belakang :D Kalau kayuh malam Rabu & Jumaat, memang all out hehehe

      Padam
  9. sy dah cycling lbeh kurang 3 blan jgk setiap 2 hari sekali , tp knp sy rase strain kt kaki wkt cycling pd jrk 6km . nie sy tak fit lg ke ap ??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak pasti le kenapa jadi mcm tu. harap² skg ni dah hilang le strain tu. sory ye x perasan komen ni :D

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...