Isnin, 8 Oktober 2012

Tingkatkan Kelajuan Dengan Kasut Glycerin 10


Sebenarnya, aku hampir menyiapkan pos terbaru aku tentang kasut Brooks yang aku baru beli pada 20/9/2012 lepas. Ntah macam mana aku ter-cut cerita yang aku taip kat notepad dan ter-copy kerja lain pada masa yang sama dan mengakibatkan cerita yang aku taip tadi hilang dalam sekelip mata.

Ini sangat mengecewakan aku. Bukan senang nak taip balik... Nak atau tidak, aku mahu juga menceritakan perihal kasut Brooks Glycerin 10 kat korang semua.

Pada 3 minggu lepas waktu makan tengahari, aku sempat ke butik Brooks di The Curve, Mutiara Damansara dengan rakan pejabat aku untuk membeli kasut lari yang baru. Ini adalah semata-mata persediaan Powerman bakal menjelang nanti.

Kasut yang aku nak adalah jenama Brooks model Glycerin 10 yang harganya RM529.00:

Brooks model Glycerin 10.

Lebih menarik lagi, mana-mana cawangan Brooks di malaysia sedang menjalankan kempen
  Go Green   waktu itu dan ini membolehkan pelanggan mendapatkan diskaun RM150 bagi setiap pembelian.

Kempen Go Green oleh Brooks.

Tetapi dengan syarat, kena bawak kasut yang dah tak pakai ketika membeli kasut Brooks yang baru. Aku tak ada kasut yang dah pakai. Tak kan aku nak tukarkan kasut lari Mizuno aku yang masih lagi elok kondisinya.

Jadi, untuk menjayakan kempen   Go Green   ini, aku pun ambik le selipar yang sering aku pakai ketika hendak ke masjid solat Jumaat:

Memang buruk giler. Malu jugak nak tunjuk kat orang nanti.

...dengan harapan bolehlah aku mendapatkan diskaun RM150 tersebut.

Ketika di butik Brooks tersebut, agak malu jugak le aku nak tunjukkan selipar aku ni. Jadi aku pun terus ke kaunter untuk bertanyakan kasut yang aku inginkan, iaitu model Glycerin 10.

Sembang punya sembang dengan orang yang jaga kaunter tu, dia cakap ada baiknya aku jadi Brooks Member untuk dapatkan diskaun lebih dari RM150. Ini kerana aku boleh dapatkan diskaun 30% ke atas kasut Glycerin 10 yang aku nak itu. Ini bermaksud diskaun yang bakal aku terima adalah sebanyak RM158.70.

Kalau aku tukarkan selipar buruk aku tu, aku cuma dapat diskaun RM150 je. Baik aku jadi Brooks Member. Lagipun, tak adalah aku menanggung malu mendedahkan selipar buruk aku kepada umum.

Setelah mencuba beberapa saiz bagi model Glycerin 10, aku pun mengambil keputusan untuk mengambil saiz 8.5. Setelah diskaun, harga yang perlu aku bayar adalah RM370.30.

Glyserin 10 dari pandangan sisi.

Bahagian tapaknya ada gel.

Bayangkan daripada harga kasut RM529.00 dapat dengan harga RM370.30!

Malam itu jugak aku mencuba sejauh 6 km dan apa yang aku boleh katakan kasut ini memberikan aku momentum ketika berlari dan mendaki bukit. Jauh bezanya jika nak dibandingkan kasut Mizuno aku tu.

Cuma, kaki aku ada sedikit sakit. Ini mungkin kasut baru keadaannya masih lagi keras dan agak statik permukaan tapaknya.

Sehingga kini, sudah 8 kali aku belasah dan semakin hari aku rasa kasut ini semakin okey. Tak ada sakit-sakit kaki bila buat 10 km ke atas.

Proses peralihan hidup yang lebih baik sedang bermula.

Ketika para pembaca blog ini sedang membaca pos terbaru aku ini, kempen   Go Green   oleh Brooks Malaysia sudah pun tamat. Maka, kepada mereka yang teruja dengan cerita aku tentang diskaun RM150 tersebut janganlah bersedih hati. Daftar je Brooks Member dan dapatkan diskaun 30%.

Tak payah pening-pening kepala fikir nak bawak kasut terpakai ke butik Brooks di The Curve Mutiara Damansara untuk dapatkan diskaun.

PS: Kepada sesiapa yang mahu beli kasut lari Brooks, sila minta nasihat daripada penjaga butik tersebut. Minta imbas tapak kaki anda untuk dapatkan kasut yang sesuai.

13 ulasan:

  1. Aku dengar kasut nie la yg ada built in ATM mesin

    BalasPadam
  2. aku minat brooks cascadia....

    BalasPadam
    Balasan
    1. brooks cascadia ni utk trail kan? aku x pernah masuk trail hehehe

      Padam
  3. trail bole...gym pun bolee... bila lagi nak jog? nak try join bro la...jumaat pagi aku slalu swim ngan fariz kat p6..tp minggu ni dia p aloq stux..ada kayuhan di sana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku jogging tak tentu n biasa start dr rumah. tu yg malas nak janji hehehe keluar pintu terus lari :D

      Padam
  4. Bro, lari masuk porch umah aku & keluar ikut dapur umah aku....amacam?

    BalasPadam
  5. Attention!!! Lampre no longer pakai Willier...it gonna b Merida for Tour 2013. Jom Zal, kita order Merida MErinda

    BalasPadam
  6. http://www.cyclingnews.com/news/merida-on-board-with-lampre-from-2013

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekarang jugak aku beli frame merida kat ebay!

      Padam
  7. "Tyler Hamilton tells why Lance Armstrong is the face of the greatest sporting fraud in history"

    More stories in:
    http://www.news.com.au/sport/more-sport/tyler-hamilton-tells-why-lance-armstrong-is-the-face-of-the-greatest-sporting-fraud-in-history/story-fndukor0-1226499632624

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...