Rabu, 14 November 2012

Kayuhan Jahanam Sejauh 161 km di Hari Deepavali


Kayuhan cuti Deepavali kali ini memang sangat mencabar. Cadangan asal kayuhan mestilah sejauh 150 km lebih. Bukit pula adalah optional. Ada pun takpe, tak ada pun lagi bagus.

Ye lah, mustahil le tak ada bukit. Kalau tak ada bukit, tak adalah penyeri kayuhan.

Tapi, bukit-bukit kali ini bukan lagi sebagai penyeri kayuhan. Bukit-bukit ini aku sifatkan sangat melampau dan sukar dimaafkan!

Okey, macam biasa, lagi dua hari kayuhan bakal berlangsung akan adalah pengumuman dalam group facebook "Tri Paku Night Ride!":

Lain-lain perkara boleh percaya. Tapi yang "Waktu kayuhan" tu
usah percaya sangat

Biasanya, tak lebih 10 orang yang akan turut serta. Selebihnya akan ada komen-komen seperti pergi kenduri kawin, balik kampung, merajuk dan juga kayuh kat tempat lain.

Pada asalnya, 11 orang jugak le yang kata nak ikut kayuhan kali ini. Tengok-tengok muka 7 orang ini jugak:

Muka ini jugak le yang menyahut cabaran kali ini.
*Hak milik Jaja

Seperti biasa, tempat berkumpul adalah di Presint Diplomatik. Disebabkan ada yang lewat, kayuhan dimulakan jam 8:00 pagi. Agak lewat, tapi misi harus diteruskan seperti yang dirancang.

Kali ini ada kereta sokongan akan mengiringi kami semua sepanjang perjalanan. Ini sudah bagus. Aku langsung tak tahu tentang perkara ini. Dan kereta sokongan ini pula dipandu oleh Jaja.

Oh ye, laluannya adalah Jalan P14 Putrajaya, Sungai Merab, Jalan Bangi Lama, Jalan Semenyih, Kampung Broga, Kampung Mandum, Bukit Tangga, Kampung Ulu Klawang, Titi, Genting Peras, Hulu Langat dan terus pulang ke Putrajaya melalui Lebuhraya SILK.

Dimulakan dengan bacaan doa selamat.
*Hak milik Jaja

Yang baju Saxo Bank kaler merah tu jangan main-main. Hari tu langsung
tak ada cramp!
*Hak milik Jaja

Ketika keluar daripada Putrajaya, kayuhan santai sahaja. Kelajuan hanya sekitar 25 - 28 km/j. Sepanjang laluan Sungai Merab, jalan agak landai berbukit. Lama-lama terasa jugak letihnya.

Ketika di Jalan Bangi melewati Agensi Nuklear Malaysia, kelajuan ditingkatkan kepada 28 - 35 km/j hingga susur keluar daripada Jalan Bangi Lama.

Ketika di Jalan Semenyih menuju ke Bukit Broga, kayuhan sekitar 28 - 32 km/j. Daripada Broga ke Lenggeng seperti tersedia maklum, permukaan jalannya agak beralun. Meter pula sudah pun mencecah hampir 60 km ketika tiba di pekan Lenggeng.

Sesi mendaki Bukit Mendum.
*Hak milik Jaja

Aku ingatkan ada le berhenti di kedai kopi untuk acara makan-makan seperti geng Jami Bike Centre selalu buat. Rupanya, tak ada. Nak atau tak, tanpa rehat yang secukupkan, upacara mendaki Bukit Mendum harus dilakukan secepat mungkin.

Aku tak pasti berapa jauh Bukit Mendum sebenarnya. Anggaran aku sekitar 1 km. Walaupun pendek, bukitnya agak tegap berdiri. Meter aku sekitar 8 - 10 km/j ketika mendaki — sangat perlahan dan terasa seperti mahu mengelupur sambil mengayuh pedal.

Lepas mendaki bukit, breakaway siapa dapat air Coke dulu.
*Hak milik Jaja

Ketika menuruni Bukit Mendum, meter aku mencecah 75 km/j. Hah, bayangkan masa mendaki tadi macam mana. Turun bukit pun kelajuan hampir mencecah 80 km/j. Kiranya kayuhan yang berkelajuan 8 - 10 km/j tadi tu dah kira sangat laju tau! Jadi, jangan banyak komplen kenapa kayuhan aku macam mana boleh perlahan sangat.

Ok sambung balik...

Sebaik sahaja sampai di persimpangan Jalan Jelebu, aku nampak beberapa kawan aku sedang menikmati air Coke. Rupa-rupanya Jaja bawak air coke, milo, air mineral, rivive, 100 plus, pisang dan kuih-muih tradisional seperti karipap. Memang rasa macam syurga sekarang ni!

Nasib baik ada kereta sokongan sepanjang kayuhan ni.
*Hak milik Jaja

Setelah semua sudah tiba daripada mendaki Bukit Mendum, kami semua menyambung perjalanan yang berbaki lagi 89 km dengan menuju ke arah Bukit Tangga.

Aku tak pasti berapa jauh Bukit Tangga. Anggaran aku sekitar 10 km. Siapa yang pernah kayuh basikal naik bukit ni taulah azabnya macam mana.

Berhenti untuk berkumpul sehingga semua tiba sambil minum air Coke.
*Hak milik Jaja

Selepas tamat beraksi di Bukit Tangga, kami semua menuju ke Genting Peras melalui jalan Kuala Klawang dan Titi.

Genting Peras atau lebih dikenali dengan nama Genting Peres adalah penutup segala bukit-bukau untuk hari ini. Bunyinya seakan berita gembira. Berita gembira apa ke bendanya. Sekarang ni dah 100 km lebih pun kena panjat bukit lagi.

Sedang mendaki Genting Peras.
*Hak milik Jaja

Nak tak nak, kena le jugak kayuh pelan-pelan sejauh 14 km. Empat orang lagi dah jauh kat depan. Belakang aku ada lagi 2 orang yang tercedera.

Dan kat sini boleh pulak cramp kat peha kiri aku. Nasib baik cramp sekejap je dalam seminit lebih.

Tunggu sekejap kat puncak Genting Peras. Ada dua orang lagi sedang
mendaki jauh di belakang.
*Hak milik Jaja

Kat sini aku agak mental dan mata aku terkebil-kebil seakan-akan tidak percaya dengan apa yang aku sedang lalui. Filem James Bond pun tak macam ni — sangat ngeri dengan permukaan jalannya tiada sikit pun ada sifat belas kasihan terhadap aku.

14 km tu bukannya dekat. Turun bukit tu lainlah ceritanya. Ini cerita tentang kayuh basikal sambil mendaki bukit sejauh 14 km. Okey?!

Ketika ini aku perhatikan jam sudah dua petang lebih. Langit sekitar Hulu Langat sudah gelap dan kemungkinan hujan.

Kami semua terpaksa turun daripada puncak Genting Peras secepat mungkin kerana takut tanah runtuh kat tengah-tengah jalan nanti. Ketika menuruni bukit, ada batu besar dah pun selamat jatuh kat laluan kiri. Aku rasa baru je jadi ni...

Batu besar jatuh dari atas bukit.
*Hak milik Jaja

Lagi beberapa km nak tiba batu 14, Hulu Langat, seorang rakan kami terpaksa menaiki kereta kerana kecederaan lututnya datang kembali. Ketika ini perjalanan sudah pun sejauh 120 km.

Sepanjang di batu 14, Hulu Langat kami kayuh dalam hujan. Hujan berhenti ketika kami mula memasuki lebuhraya SILK dan terus menuju ke Presint 14, Putrajaya.

Ketika memasuki lebuhraya Cheras - Kajang menuju ke lebuhraya SILK.
*Hak milik Jaja

Berjaya juga akhirnya!

Kami semua selamat tiba di Presint 14, Putrajaya tanpa musibah besar. Kayuhan kali ini pada aku memang sangat mencabar. Terlalu banyak bukit yang tinggi dan jauh perlu ditempuhi.

Kesimpulannya, kayuhan sejauh 161 km selama 6 jam 30 minit akhirnya berjaya dilakukan. Terima kasih untuk Jaja dan anak teruna Norman yang sanggup mengiringi dengan kereta di sepanjang kayuhan kali ini.

Dan, cerita ini mungkin boleh bertahan selama 11 keturunan yang boleh diceritakan turun temurun.

PS: Aku tak nak dah buat keje macam ni lagi.

17 ulasan:

  1. takde penyakit, cari penyakit... haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. zul cakap ko follow. aku igt ko ada hari tu

      Padam
    2. dia tipu kau. aku awal2 cakap aku tak nak cari penyakit

      Padam
    3. ahad ni ke bagan lalang dalam keadaan slow motion. dijamin kegembiraan di sepanjang kayuhan.

      Padam
  2. aku dah penah rasa penyakit nie dgn basikal lama aku.....mmg azab

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau basikal lama mungkin terasa azabnya. kalau basikal baru yang jenamanya pernah champion le tour de france, boleh senyum sambil climbing :D hehehe

      Padam
  3. Aku suka posting citer ni..2 thumbs up farizal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih faizal. ada juga yang sudi baca cerita aku ni :D

      Padam
    2. welcome. Hope one day blog ini akan menjadi pilihan2 blogger yg lain..:)

      Padam
    3. Aminnnnn...

      harap sesiapa yg baru nak kayuh long distance boleh refer kat pos-pos yang lepas. mana tau kot² ada manfaatnya :)

      Padam
  4. ushhh, x sangka Zul Dogma pun terbabit dalam insiden bukit bukau nie....secret training. Dia cakap x nak cycling sbb nak g beraya makan Maruku & Parpu....caitt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maruku & Parpu dah habis sejak subuh. Jadi, untuk melepaskan perasaan, hanya bukit-bukau sahaja menjadi sasaran :D

      Padam
  5. Salam Pahlawan @ my Sifu

    Aku yang baca pun rasa penat dan azab ni kan pulak ko yg menempuh segala onak dan cabaran tu..hehehe...tapi kau tau ko saja jer tulis cerita macam ni kan nak kasi feel pasal aku tahu kayuhan ni memang best dan para pengayuh juga semuanya tahap dewata dan super saiya...best bro..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nampaknya ko faham gaya penulisan aku yang bunyinya sangat dasat :D

      ye, sebenarnya kayuhan kali ini memang seronok. walaupun mencabar, tapi cabaran-cabaran jenis ni meluaskan pengalaman kita.

      kalau berpeluang, aku nak repeat balik route ni. tapi, susah nak dpt escort car. kalau xde escort car, takut jadi macam cerita kayuhan ke PD yg aku pernah ceritakan sebelum ni :D

      Apa² pun , terima kasih kerana faham dengan apa yang aku sampaikan melalui cerita kali ini :)

      Padam
  6. patut lah aku tgh mkn roti canai kat teras jernang nampak kayuh laju semcm jaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehehehe apasal tak kejar hahaha

      Padam
    2. x bole nak kejar..nikmat sgt tgh makan roti canai kat teras jernang tu... pahlawan nak lalu depan kedai tu pun kan kena slow...sebab ramai sgt supporter roti canai tuu...hehehehehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...