Rabu, 7 November 2012

Saya Sudah Powerman, Anda Bila Lagi?


Alhamdulillah. Aku berjaya juga habiskan Malakoff Powerman Asian Duathlon Championships 2012 yang telah berlangsung dengan jayanya di Presint 3, Putrajaya pada 4hb November baru-baru ini.

Seperti yang diberitahu, peserta kali ini adalah seramai 1850 orang yang terdiri daripada 30 buah negara seperti Switzerland, Perancis, Belgium, Czech Republic, Rusia, Amerika, Kenya, Jepun, Filipina, Singapura dan beberapa negara yang lain lagi.

Jika nak dibandingkan antara aku dengan mereka yang dari negara-negara yang aku sebutkan tadi, apalah sangat — umpama Amir Raja Lawak dengan Daniel Craig.

Jangan tak kenal mana satu James Bond, sudah!

Okey, lupakan tentang Amir Raja Lawak dan Daniel Craig, mari ikut aku kembali ke susurmasa 4 hari yang lepas...

Sabtu, 3 November 2012
Macam biasa, pukul 6:30 pagi aku bangun dari tidur. Jam 7:00 pagi aku keluar untuk jogging sejauh 2 km. Selepas jogging, aku membuat kayuhan 5.3 km untuk memastikan kondisi basikal aku dalam keadaan baik.

Segala-galanya nampak dalam keadaan baik. Lagipun basikal aku baru 3 hari lepas siap diservis oleh Rodalink Putrajaya. Cuma hati aku tak berapa sedap sangat apabila melihat usia tayar aku sudah pun mencecah 4300 km.

Nak tukar, duit lagi... Atas nasihat rakan-rakan terdekat, aku mengambil keputusan untuk terus memakai tayar tersebut. Hanya sekadar menukar tiub sahaja.

Hari Jumaat malam sebelumnya aku sempat menukar tiub.
Masih lagi tiub berjenama Continental.

Jam 12:30 tengahari pula aku dan dua rakan lagi pergi ke Putrajaya Marriott Hotel untuk mengambil goodies dan nombor bib.

Semua yang melalui arah ini hanya dengan satu matlamat –
Menyelesaikan misi Powerman 2012 dengan bergaya.

Masing-masing sedang memeriksa nama samada tersenarai atau tidak.

Nama aku tersenarai di antara mereka ini. Yelah, aku dah bayar RM170
beberapa bulan lepas. Kalau masih tak ada, memang sajalah!

Sedang beratur untuk mengambil goodies.

Diorang ni memang cekap tengok nombor.

Nasib baik ada jual Powerbar. Tak payah aku ke farmasi cari benda ni.

Goodies; kecuali 3 keping Powerbar tersebut.

Setelah selesai urusan mengambil goodies dan nombor bib, aku terus ke alamanda untuk membeli spaghetti, pizza dan beberapa persiapan lain.

Sebaik sahaja aku sampai di rumah, aku terus masak spaghetti.
Pizza, spaghetti dan ais krim mahal ini aku perlu habiskan sebelum jam
7 malam.

Sambil makan, aku membuat persiapan terakhir dan semua barang-barang aku letakkan di dalam bekas untuk digunakan semasa waktu transaksi ketika acara sedang berlangsung nanti.

Cramp spray ini sangat penting. Benda wajib.

5 bungkus serbuk garam yang dibeli di farmasi. Perlu diambil sebelum tidur
dan sebelum keluar rumah esok pagi.

Aku tak tahu apa rasanya. Kata orang makanan tambahan ini sangat
bagus. Esok pagi sebelum lari aku kena telan sampai habis.

Set 2xu untuk bergaya esok hari.

Okey, semua sudah siap!

Setelah berpuas hati dengan persediaan aku, jam 9:35 malam aku terus masuk tidur. Dengan satu harapan — berjaya bangun seawal 4:15 pagi!

Ahad, 4 November 2012
Sebagai permulaan, aku berjaya bangun tidur seperti yang ditetapkan. Ini satu permulaan yang baik!

Setelah mandi, aku makan sekeping Powerbar dan minum 400 ml air garam ORS dan 500 ml air Accelerade.

Jam 5:25 pagi, aku keluar dari rumah dan menuju ke tapak parkir kereta bersebelahan Mahkamah Presint 3. Ruang parkir masih lagi banyak dan ini menjimatkan masa aku. Terus sahaja parkir dan keluarkan basikal aku daripada kereta.

Hari masih lagi gelap. Tapak parkir juga semakin penuh.

Jam 5:45 pagi aku terus ke tapak transaksi untuk meletakkan segala barang-barang aku dan juga basikal.

Sedang menuju ke ruang transaksi aku. Agak jauh ke dalam.

Senjata masing-masing sangat mengerunkan!

Pesanan terakhir aku kepada beliau, "Inilah masanya kau perlu berbakti
pada tuan kau. Jangan ada masalah teknikal, lagi-lagi pancit di tengah jalan."

Di kesempatan ini aku mengambil separuh lagi Powerbar dan minum air Livita madu sambil disulami dengan gel EFS. Rasa gel EFS buatkan aku nak termuntah. Rasa ubat batuk! Aku tak boleh nak habiskan gel tersebut.

Kemudian, aku tinggalkan basikal aku dan menuju keluar daripada kawasan transaksi sambil menegur beberapa rakan-rakan aku yang baru sahaja tiba.

Sebahagian ahli Tri Paku.
*Hak milik Tri Paku.

Larian Pertama, 11.4 km
Tepat jam 7:01 pagi, larian sejauh 11.4 km pun bermula. Sepanjang larian segalanya berjalan dengan lancar. Otot pun tak rasa ketat atau tak selesa. Ini mungkin 20 minit sebelum larian dimulakan aku sudah pun membuat larian warm up. Kelajuan sekitar 5'39"/km - 6'06"/km tanpa tekanan buatkan aku sangat selesa.

Aku tak berani lari macam orang gila macam pernah aku buat bawah satu jam. Lepas tu aku dah tak larat kayuh basikal. Aku tak nak macam tu. Jadi, aku cuba mengawal emosi aku agar larian aku dalam keadaan terkawal.

Sudah hampir ke kawasan transaksi untuk bertukar kepada acara basikal.
*Hak milik Nurina Van Oostrum Abdullah

Aku tak mahu emosi aku mengatasi matlamat aku. Perlu diingatkan, matlamat aku adalah:
  1. Selamat tiba di garisan penamat
  2. Tiada kemalangan atau kecederaan
  3. Menikmati keseronokan tanpa tekanan
Sekiranya aku dapat habiskan bawah 5 jam, ianya hanyalah satu bonus.

Permukaan jalan pula agak landai dengan beberapa bukit yang sedikit panjang. Aku tak pernah berlatih lari di laluan ini. Tetapi, aku pernah melalui laluan ini ketika Himpunan Sejuta Belia Standard Chartered 5KM Fun Run. Jadi, pengalaman tersebut sedikit sebanyak membantu aku.

Aku berjaya menamatkan larian aku selama 1 jam 08 minit 32 saat.

Basikal, 64 km
Ketika proses transaksi, aku mengambil masa yang sangat lama iaitu 07 minit 49 saat. Ini memang kelemahan aku. Pergerakan aku lambat dan ini banyak merugikan aku.

Ketika berbasikal segalanya berjalan dengan lancar. Hati aku tak putus-putus berdoa agar tayar aku tak pancit di tengah jalan.

Baru habis kayuh kot. Aku pun tak pasti.
*Hak milik Vivien Tay.

Sepanjang 32 km yang pertama, aku tak banyak tekan ketika kayuhan. Aku kena hati-hati sebab silap gaya boleh kejang kaki aku. Ini memang biasa dah kejap terjadi kat aku.

Untuk selamat, kayuh je macam biasa aku berlatih. Cumanya, di 40 km yang terakhir aku mula meningkatkan kelajuan hingga mencecah 60 km/j ketika menuruni bukit.

Lagi 8 km nak habis, Marshall marah-marah sambil memandang ke arah aku. Apa ke jadahnya sound aku. Sepanjang kayuhan aku tak ada pun drafting sapa-sapa pun. Eh, ntah-ntah orang yang drafting aku kot. Tengok belakang, wahhhh sedapnya mamat sorang ni dok drafting aku. Dah berapa lama agaknya dia buat keje ni kat belakang aku.

Patutlah Marshall meroyan. Tak pasal-pasal aku jugak dicop bersubahat!

Oh ye, aku berjaya menamatkan kayuhan selama 2 jam 02 minit 27 saat. Ini bukan masa terbaik aku dan aku percaya aku boleh buat lebih baik daripada ini.

Larian Terakhir, 11.4 km
Seperti yang aku ceritakan tadi, kelemahan aku adalah ketika transaksi. Kali ini lagi teruk; 08 minit 20 saat tau! Pesakit Parkinson pun boleh pakai kasut lagi laju daripada aku.

Aku pun tak taulah apa yang buatkan aku lama sangat kat situ. Ah, malaslah aku nak cerita bab ni!

Keluar je daripada pintu kawasan transaksi, aku terus berlari dengan kelajuan sekitar 7'00"/km. Baru je lari tak sampai 100 meter, kedua-dua belah peha aku cramp!

Baru 1 pusingan. Ada lagi 5.7 km lagi kena setel. Stress betul!

Aku cuba tahan sakit dan teruskan larian. Tapi, ianya makin sakit dan aku terpaksa berhenti dan semburkan cramp spray yang sentiasa aku bawa daripada tadi.

Memang betul orang cakap, senjata yang paling mustajab adalah DOA! Tambahan pula ketika itu dalam keadaan terdesak, lagilah mustajab.

Sambil sembur cramp spray dengan separa sedar aku berdoa dalam hati. Korang tau apa yang aku doa?
"Ya Allah, kalau betullah kau nak bagi kaki aku ni sakit, jangan le kau sakitkan kaki aku sekarang ni. Biar aku habiskan misi aku ni dengan selamat. Lepas tu kalau nak sakit pun tak apalah."
Tak lama lepas tu, cramp kat kaki aku hilang!

Aku berjaya habiskan satu pusingan tanpa sebarang masalah dan langsung tak rasa sebarang sakit kat kaki. Aku teruskan larian dan semakin lama semakin perlahan dan aku kehabisan tenaga. Sebagai penyelesaiannya, setiap water station aku berjalan sambil minum air.

Dengan cara itu sahajalah yang aku boleh bertahan hingga tamat permainan kejam ini.

Sehingga satu tahap, aku mula berfikir yang bukan-bukan ketika sedang berlari:
  1. Kalau aku pegi Korea ikut bini aku bercuti sekarang ni pun tak apa
  2. Kalau aku tak register Powerman aku tak rugi satu sen pun
  3. Kalau aku itu, kalau aku ini...
Walaupun aku meroyan tak tentu hala, tapi semangat aku masih kuat. Aku tak terfikir langsung nak menyerah kalah. Walau macam mana sekali pun, aku mesti habiskan Powerman ini. Powerman ini adalah maruah aku. Kalau aku menyerah kalah, macam mana aku nak ceritakan pengalaman aku ini kat anak-anak aku?

Iva dan Danial.

Tak kan aku nak cerita kat anak aku yang ending-nya macam ni: "Ayah tak larat nak lari dah. Jadi, ayah pun tahan marshal, menumbuk perutnya sambil merampas motorsikal dan terus pulang ke rumah untuk berehat."

Dah le tak habis Powerman, samseng pulak tu!

Jadi, apabila membayangkan muka anak-anak aku, aku terus bersemangat dan teruskan larian aku yang hanya tinggal lagi 1.5 km sahaja.

Dan, aku berjaya. Puas hati aku tau! Walaupun catatan masa larian terakhir aku sangat teruk iaitu 1 jam 27 minit 57 saat, tapi yang penting misi aku tercapai. Bukan senang weh nak habiskan 23 km lari dan 64 km basikal.

Medal sebagai bukti kecekalan semangat aku.

Ini juga boleh dijadikan sebagai bukti atau alat untuk eksyen dengan orang.

Oh ye, lupa aku nak cerita pasal kaki aku ni. Elok je aku sampai rumah, kaki aku dua-dua belah terus sakit. Nak sembahyang pun susah. Sampaikan esok aku terpaksa ambik mc. Memang mustajab doa aku tu.

Balik rumah, terus aku rendam kaki aku dalam ais.

Sebagai hadiah, aku turut terima cuti sehari oleh doktor.

Okey, keputusan sudah pun keluar pagi tadi. Aku di tempat yang ke-149 untuk kategori 30 - 39 dengan catatan masa 4 jam 55 minit 31 saat. Fuh, misi tercapai akhirnya.

PS: Dengar cerita Powerman 2013 nanti akan diadakan di Putrajaya jugak. Wah, ini sangat bagus! Tak sabar aku nak meroyan lagi.

17 ulasan:

  1. perghhh...tahniah bro... satu pencapaian yang hebat utk diri sendiri.. kalau aku kompom tak abih... aritu masa aku p tgk..usha gak mana bro nak snap pic bro..tapi tak kenai lak..hahahaha...apa pun tahniah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih pakcik ijan :D aku rasa 90% pakai 2XU. jadi memang susah nak kenal melainkan tau nombor bib hehehe tahun depan kena pakai baju kelly hehehe

      tahun depan mungkin buat kat putrajaya lagi. boleh start training dr skarang pakcik ijan :D

      Padam
  2. haa.. tu laa dah pakai 2xu nii..ingt dah mcm faris al sultan dah ang...tu susah nak cam... fariz atraz plak kantoi..kaki sakit..kesian dia.. xpa..tahun depan ada lagii...haa aku ka nak train..hishh...x mampu laaa join sukan cari penyakit mcm ni..syok layan tgk kesakitan org join ja...hehehehehe...tp aku tgk masing masing punya weapon aritu..gilaaa babasss..high end ajaa...

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku lari tak laju. powerman ni sapa yg lari laju mmg berkuasa sepanjang hari. aku ni tgk aje lah sorang-sorang dok potong aku hahaha

      Padam
    2. kemarin nampak pahlawan kayuh laju sgt sambil memakai baju kelly..kat teras jernang

      Padam
    3. Oh ye ke? kitorang sedang menuju ke Lenggeng :D

      Padam
    4. sampai x sempat nak snap pic... 2 org time tu... mungkin disebabkan semangat powerman dok ada lagi..tu laju semcm jekk...hahahaha

      Padam
  3. congrats to you too. I pun nyaris pengsan dat day

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih :D eh ada ke yang pengsan hari tu? ramai tgk yg kena cramp

      Padam
  4. tahniah bro! Cuma cara ambil EFS Liquidshot tu berapa betul. Kalau ikutkan sebotol EFS tu cukup untuk Full Marathon. 1/2 jam sebelum start picit sikit masuk mulut. Lepas tu setiap 2 km masa lari tekan sikit lg masuk mulut. Masa kayuh every 15 km telan sikit lg. Kena disiplinlah. Tu yg aku buat masa Powerman

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak ye ke mcm tu? kalau mcm tu kena apply cara yg betul masa century ride utk tahun dpn pulak. jadi agaknya, kurang berkesan lah ye cara yg aku ambik tu.

      tak apa lah. terima kasih dgn info tu :D

      Padam
  5. congrat bro..nanti bole train kita orang plak jadi power

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sory, tak perasan ada komen lagi rupanya.

      Mana boleh aku train orang lagi. Aku punya standard masih rendah berbading negara jiran hehehe

      Padam
  6. EFS atau EPS paling berkesan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. EFS aku tau lah apa bendanya. Tapi, EPS tu apa? European Physical Society ke?

      Ok yang EFS tu ok le jugak. Tapi rasa dia je yg tak ok. Sebijik rasa ubat batuk.

      Padam
  7. Salam.. boleh saya tahu kat mana boleh beli EFS tu?? Nak try utk Half Marathon. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk terkini, saya tak pasti di mana ada jual. maaf ye.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...