Khamis, 7 Februari 2013

Danial: Darah Pahlawan


Hari Selasa minggu lepas, aku bersama Encik Danial jogging di sekitar PICC, Putrajaya. Memang sengaja aku ajak waktu malam kerana Danial tak boleh kena cahaya matahari. Ini adalah angkara Dermatomyositis dan doktor melarang Danial berjemur di bawah matahari.

Lagipun kedua-dua belah kaki aku baru sahaja sembuh daripada cedera. Bolehlah aku bawak Danial berlari bersama aku dengan kelajuan yang perlahan.

Sedang berjalan sekejap. Letih katanya...

Macam biasa, kalau berlari beliau akan bercakap tanpa henti. Kalau 30 minit berlari, 30 minitlah dia akan bercerita tentang hal-hal agama, UFO dan beberapa perkara yang jarang kita fikir.

Boleh tahan jugak dia lari tanpa henti sejauh 2 km  termasuk mendaki bukit sekitar PICC. Bukan kerja senang tau!

Kitorang naik puncak PICC yang tinggi sekali.

Puncak PICC. Danial ajak lumba lari masa turun bukit.

Larian sejauh 4 km berjaya ditamatkan dengan kadar kelajuan 8'25"/KM selama 33 minit 48 saat.

Disebabkan aku seronok berlari dengan Danial, aku ajak berlari lagi pada Selasa dua hari lepas. Ketika berlari, Danial suruh aku cerita pasal Zombi atau UFO atau pasal Nabi Muhammad. Aku pilih topik Nabi Muhammad.

Sedang aku bercerita sambil melintas jalan di persimpangan lampu isyarat menghala ke Pullman, Danial tergolek atas jalan tar. Terus aku mengangkat Danial dan kelihatan luka pada lututnya.

Perlahan-lahan darah meleleh. Agak banyak jugak le darah keluar dan aku terus menekup luka tersebut dengan harapan darah berhenti keluar.

Darah Danial hampir kering kat tangan aku.

Dalam seminit macam tu le aku tengok darah dah berhenti meleleh dan aku terus patah balik rumah sejauh 1.4 km.

Tension betul!

Luka agak dalam jugak le.

Di rumah, ketika aku mencuci luka Danial, ternampak kesan pembedahan di pehanya sepanjang 10 cm.

Ayah: Releks. Masa bedah ni dulu lagi sakit.
Danial: Masa bedah Danial tidur. Tak sedar pun.
Ayah: ...

Selepas cuci dengan Dettol.

Sementara tunggu luka Danial sembuh, aku perlu sambung latihan seperti biasa. Tahap kecerdasan aku sekarang ini ditahap yang sungguh kesian. Kuat makan dan malas adalah punca utama.

PS: Isnin minggu hadapan dengar cerita laluan jahanam yang pernah aku ceritakan sebelum ini bakal berlangsung. Ntah apa nasib aku...

2 ulasan:

  1. As salam

    Harapnya luka kat lutut en. Daniel dah ok la..nampak dalam tu. Biasa la orang lelaki ada parut sikit2 :). Untuk kayuhan laluan jahanam selamat berjaya (jgn lupa bawak spray krem) dan laporan kayuhan yg penuh rasa limau mandrin bila dah habis kayuh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Encik Sham, luka dah ok :D Kayuhan jahanam mungkin ditunda pada hari lain. Kena cari hari yang sesuai hehehe

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...