Isnin, 11 Februari 2013

Kayuhan Musim Cuti Yang Panjang


Gong Xi Fa Chai kepada yang menyambutnya. Cuti kali ni memang lama dan aku tak ke mana-mana. Ada yang pergi bercuti ke pulau-pulau, ada yang balik kampung dan jugak ada yang kayuh basikal beratus kilometer.

Tapi aku? Aku tak pergi mana-mana pun. Kayuh basikal pun puluh-puluh kilometer je sekitar Putrajaya. Tak ada apa yang boleh dibanggakan sangat.

Hari Jumaat lepas pun kayuh dalam 60 km je. Itu pun pasal ada Kayuhan Kesihatan anjuran Friday Night Ride sekitar Putrajaya - Cyberjaya. Kalau tak ada Friday Night Ride ni, mengangkang depan TV lah jawabnya.

Pancit pulak  kat Presint 10, Putrajaya.
*Hak milik Fadzil.

Jumaat 2 minggu lepas tayar aku pancit jugak disebabkan terkena kaca.
Terbang jugak le RM152 lepas 8% diskaun kat KHCycle.

Kayuhan kali ni macam-macam jadi. Maklumlah, makin ramai ahli, makin banyak dagaannya. Dengan tayar pancitnya, rantai basikal terputus dan yang paling tak best adalah salah seorang daripada kami terjatuh kerana bergesel dengan tayar salah seorang di dalam peloton.

Nasib baik ada kereta sokongan ketika kayuhan berlangsung.
Terus bawak pergi hospital.

Lagi 3 km nak sampai, rantai terputus pulak masa mendaki
bukit di Presint 14. Nasib baik ada jurutera basikal tanpa tauliah!

Kayuhan kali ini buatkan perut aku cramp tahap 5. Seingat aku kali terakhir perut aku cramp pada penghujung tahun 2011. Sungguh amatur!

Disebabkan terasa kekecerdasan badan dan mental makin menurun, pukul 8:20 pagi Ahad aku keluar rumah dengan satu tujuan, mahu lakukan kayuhan sejauh 60 km.

Cuaca agak mendung sekitar Putrajaya.

Baru 41 km. Kena kayuh lagi 20 km baru boleh balik.

Ok, lagi 3 km je... Lepas tu baru boleh balik.

Sepanjang kayuhan, angin agak kuat. Cuaca pula agak mendung. Sedikit sebanyak cuaca sebegini banyak membantu aku tatkala badan dah tak secergas seperti tahun lepas.

Beginilah keadaan Putrajaya ketika cuti panjang.
Macam filem zombie pulak aku rasa.

Akhirnya, berjaya juga aku kayuh seorang diri sejauh 62.35 km. Selepas ini, aku mungkin kena lakukan dengan kerap kayuhan solo macam tahun-tahun sebelumnya. Kayuhan solo banyak membantu kekuatan mental dan fizikal aku tau.

Jadi, untuk tahun ini aku kena banyakkan latihan seorang diri; Sekali sekala baru kayuh jarak jauh ramai-ramai.

PS: Berat badan aku asyik 67 kg je. Tak nampak tanda turun pun. Ishhhh!

4 ulasan:

  1. Kayuhan solo byk bantu utk tingkatkan fitness kita..aku kali terakhir berat 67 kg 3 thn lps..skang 75 kg...masa tu bukit mmg favorite ler..mintak petua PB cara berkesan nak kurangkan berat bdn:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, kayuhan solo memang banyak membantu. Sebab sebelum ni aku banyak kayuh solo dalam Putrajaya dan boleh rasa ada ketahanan bila kayuh jarak jauh.

      kalau bab turunkan berat badan pulak, emmm... aku pun tgh berusaha jugak ni. nafsu makan membuak² :D tengah kawal pemakanan sekarang ni hehehe

      Padam
  2. ini petua nak kurangkan berat badan......makan telur lalat....sure diarhia tahap dewa. Jangan pula terlebih dos telur lalat tu....kang masuk 6 feet tour down under ground plak.

    BalasPadam
  3. Mkn telur lalat kena cirit birit alamat xdpt kayuh ler...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...