Rabu, 29 Mei 2013

Persediaan Saat Akhir Kuantan Century Ride 2013


Ada 4 hari lagi untuk Kuantan Century Ride 2013 iaitu 2 Jun 2013 hujung minggu ini. Kepada yang baru pertama kali menyertai Century Ride, jangan risau. Ini bukannya perlumbaan macam Le Tour de France. Ini hanyalah aktiviti sosial berbasikal sejauh 160.39 km sahaja.

Tak ada menang, tak ada kalah. Cuma kalau habis pukul 6:35 petang, tak dapat le medal.

Lagipun, setiap 40.23 km disunatkan berhenti untuk rehat. Sambil rehat tepi jalan, boleh le menikmati juadah ala-ala berbuka puasa.

Kalau nampak baju ini bersama basikal Scott, tegurlah aku.

Tapi, kalau nak dapat medal kena le habiskan secepat mungkin. Jangan le setiap kali berhenti minum atau makan serupa lepak kat kedai mamak. Siap bersila sambil update Facebook; ini jangankan medal, air sirap pun tak dapat.

Ye lah, sampai pun lewat. Khemah pun dah angkut naik lori.

Pesanan aku, jangan berasa tertekan dengan suasana sekeliling. Abaikan kehebatan basikal orang lain. Lakukan untuk diri sendiri dengan objektif:
“Tamatkan 160.39 km bawah 8 jam dengan selamat tanpa tekanan.”
Itu je, bukan susah pun.

Tengah kayuh semalam, angin tayar depan perlahan-lahan keluar.
Nasib baik sempat kayuh 60 km. Pagi tadi, terus hantar KH Cycle mintak tolong
tengokkan.

Okey tak apa. Aku kongsikan beberapa tips yang mungkin berguna kepada mereka yang masih gabra dan sangsi dengan kemampuan diri sendiri.

Perkara yang perlu diberi perhatian diminggu terakhir:
  1. Basikal sudah pun diselenggara sepenuhnya pada dua atau tiga minggu lepas
  2. Sekiranya masih lagi mahu berlatih, bawak basikal elok-elok dan berhati-hati. Jangan sampai cedera atau basikal rosak
  3. Beli siap-siap ORS 5 paket, Cramp Spray 1 tin, Powergel 5 paket, Powerbar satu, Livita Madu 3 tin, Coke 1 botol, 2 tiub tambahan
  4. Gunting rambut bagi pendek. Kita ni bukan Steven Seagal yang boleh tahan panas masa kayuh
  5. Minum air 2 - 3 liter sehari
Rambut Stevan Seagal tak sesuai dibawa kayuh basikal.

Jangan lupa tin kecil ajaib ini!

Perkara yang perlu dielakkan disaat-saat akhir:
  1. Jangan baru nak hantar basikal untuk diselenggara waktu sebegini. Banyak basikal yang sedang menunggu giliran di kedai
  2. Ubahsuai kedudukan basikal konon-kononnya nak bagi aero lebih. Silap haribulan, terseliuh pinggang masa kayuh
  3. Makan benda pelik-pelik kononnya nak tambah power. Cirit birit seminggu baru tau!
  4. Demam, sakit tekak akibat kurang minum air
Tadi, aku sempat beli sarung tangan Assos untuk gantikan sarung tangan
Assos yang lama punya. Kena pakai dua tiga kali bagi selesa sebelum
pakai masa KCR nanti.

Di hari Perlumbaan:
  1. Sembahyang subuh. Berdoa banyak-banyak supaya dijauhkan segala musibah
  2. Pakai set pakaian basikal yang selesa dan ianya biasa dipakai sebelum ini
  3. Jangan pakai bib baru yang baru keluar dalam plastik; atau erti kata lain tak pernah kita pakai pun. Sebaliknya, pakai bib yang dah pernah dipakai dan terbukti selesa
  4. Pastikan pam, pengumpil tayar, dua unit tiub, cramp spray, Powergel, sebotol air Coke, kad pengenalan, telefon bimbit, sudah diletakkan di poket belakang
  5. Jangan gabra. Cari awek cun dan bersembanglah dengan beliau sambil kayuh. Minta nombor telefon sekali
  6. Nikmati permandangan indah ciptaan Allah sepanjang kayuhan
Bawak 2 unit tiub ketika kayuhan berlangsung.

Seboleh-bolehnya, pakai pam jenis CO2. Tak payah buang masa pam
cara manual.

Okey, masa acara berlangsung jangan rasa kekok atau tertekan. Kayuh macam biasa seolah-olah kita berlatih sebelum ini. Kayuh ikut rentak atau kelajuan yang kita selesa. Tapi, janganlah pelan sangat.

Kalau perlu makan Powergel, makan. Apa yang penting, kerap minum air. Kalau air kurang dalam badan, kayuh pun tak larat, kaki pun boleh cramp!

Apa-apa pun semoga berjaya habis kan 160.39 km di bawah paras yang dibenarkan iaitu 8 jam.

Sebagai bacaan tambahan, apa kata selami pengalaman aku ketika Kuantan Century Ride 2012 tahun lepas. Ada juga aku kongsikan beberapa tips.

PS: Jangan lupa cramp spray tau!

6 ulasan:

  1. Nasihat yg berguna ...saya dah follow preparation pb kcr thn lps utk janamanjung funride...mmg berkesan...terasa diri mcm vicenzo nibali...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih kerana sudi mencuba tips daripada saya :D semoga masa KCR 3 hari nanti anda lebih bergaya dan cemerlang seperti Steven Seagal :D

      Padam
  2. sy pun ikut tips dari blog ini juga. Hasilnya sy sekarang telah masuk team Sky. Sy adalah hero. Saksikan aksi sy dalam Giro Italia

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah berjaya, jangan lupa belanja makan sate willy, bandar baru bangi :D

      Padam
  3. bro.. mmg mantapla.. aku follow banyak nasihat dlm pahlawan basikal.. banyak membantu untuk long distance cycling.. terima kasih.. teruskan usaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-masa. harap ilmu aku yang tak seberapa ni dapat le membantu orang yang bersemangat kental kayuh berjam-jam lamanya :D

      "Oleh yang demikian, teruskan kayuh hingga ke Negeri Cina", kata Hang Tuah.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...