Selamat Berpuasa kepada anda semua. Hari ini mari naikkan nafsu makan anda dengan Salmone Cotto Nel Mese Di Digiuno. Atau bahasa Melayunya adalah "Salmon Panggang di Bulan Puasa".
Resepi ini adalah berasal daripada moyang aku sekitar 700 tahun dulu yang berasal dari Follonica, Tuscany, Italy.
![]() |
Tapak rumah moyang aku sudah dirampas oleh Kerajaan Itali ketika perang saudara pada tahun 1775. |
Resepi ini mudah je nak buat. Anggaran aku sekitar 20 minit siap masak.
Bahan utamanya:
- Ikan Salmon (80 gram)
- Sos Tiram (1 sudu besar)
- Minyak Zaitun (1 sudu besar)
- Madu (1 sudu besar)
- Lemon (Setengah biji)
- Mixed Coral / Salad / Tomato
- Lada Sulah
- Garam
Itu je pun. Pergi Carrefour pun boleh dapat semua tu. Tak payah pergi Itali yang jauhnya 13,754 km.
Langkah Pertama:
Ratakan secubit garam pada Ikan Salmon:
Langkah ke-2:
Satu sudu besar Sos Tiram, Minyak Zaitun, Madu dan perahan Lemon diratakan keseluruhan pada Ikan Salmon:
Langkah ke-3:
Setelah ramuan asas tadi diratakan pada Ikan Solmon, letakkan ikan tersebut ke dalam kuali yang sederhana panasnya:
Langkah ke-4:
Agak-agak dalam 4-5 minit, buka penutup dan letakkan sedikit lada sulah:
Langkah ke-5:
Alihkan posisi Ikan Salmon dan tutup semula kuali tersebut. Anggaran kurang daripada 4 minit sebab kuali sudah tersedia panas daripada tadi:
Langkah ke-6:
Akhir sekali, letakkan dalam pinggan dan hiaskan dengan Mixed Coral dan Lemon:
Ratakan secubit garam pada Ikan Salmon:
![]() |
Garam tak payah banyak. Secubit pun dah cukup. |
Langkah ke-2:
Satu sudu besar Sos Tiram, Minyak Zaitun, Madu dan perahan Lemon diratakan keseluruhan pada Ikan Salmon:
![]() |
Gaulkan sehingga rata. |
![]() |
Sos Tiram jenama Life dan Minyak Zaitun jenama Colavita. |
![]() |
Madu Asli jenama GiantB. |
Langkah ke-3:
Setelah ramuan asas tadi diratakan pada Ikan Solmon, letakkan ikan tersebut ke dalam kuali yang sederhana panasnya:
![]() |
Letakkan sedikit Minyak Zaitun. |
![]() |
Dan tutup. |
Langkah ke-4:
Agak-agak dalam 4-5 minit, buka penutup dan letakkan sedikit lada sulah:
![]() |
Letak lebih kurang je lada sulah. |
Langkah ke-5:
Alihkan posisi Ikan Salmon dan tutup semula kuali tersebut. Anggaran kurang daripada 4 minit sebab kuali sudah tersedia panas daripada tadi:
![]() |
Yang hitam tu kesan daripada sos tiram dan madu. Rasanya manis. |
Langkah ke-6:
Akhir sekali, letakkan dalam pinggan dan hiaskan dengan Mixed Coral dan Lemon:
![]() |
Mixed Coral jenama Lushious. |
Langkah Terakhir:
Pejamkan mata anda sambil menikmati keaslian resepi dari Italy iaitu Salmone Cotto Nel Mese Di Digiuno.
Kandungan Nutrisi
Serving Size 100 g
|
|||||
Amount Per Serving
|
|||||
Calories from Fat 165
Calories 327
|
|||||
% Daily Values*
|
|||||
Total Fat 18.95g
|
29%
|
||||
Saturated Fat 3.039g
|
15%
|
||||
Polyunsaturated Fat 2.658g
|
|||||
Monounsaturated Fat 12.726g
|
|||||
Cholesterol 36mg
|
12%
|
||||
Sodium 531mg
|
22%
|
||||
Potassium 439mg
|
|||||
Total Carbohydrate 24.68g
|
9%
|
||||
Dietary Fiber 1.7g
|
6%
|
||||
Sugars 18.7g
|
|||||
Protein 18.24g
|
|||||
|
|||||
|
|||||
|
Resepi ni ikut tekak dan selera aku. Diet yang sesuai untuk makan malam atau bersahur. Kalau rajin, Pagi Raya sebelum sembahyang Aidilfitri pun boleh.
Kalau Rajin le...
Nanti ada masa aku hidangkan resepi belah moyang kepada moyang aku yang berasal daripada Selatan Perancis iaitu:
![]() |
Pain de Poulet Tranches. |
PS: Hari Raya lagi 11 hari lagi je ni. Lemang, ketupat palas, rendang tok; Ahhhhhh...
Terliur seh.
BalasPadamkalau sempat, buat untuk berbuka karang :D
Padamnampak mcm goreng...bukan panggang ni...
BalasPadamkalau macam tu, selamat menjamu selera dengan "Salmon Goreng di Bulan Puasa" :D
Padam