Isnin, 6 Januari 2014

Gaya Makanan Sihat Ala Pahlawan


Pernah jugak ada yang bertanyakan aku tentang makanan tambahan yang aku ambik. Biasanya aku akan jawab secara jujur. Tak ada kona-kona dan aku memang jujur dalam bab memberi tip-tip yang aku rasa boleh membantu kepada yang bertanya.

Ianya menjadi tidak adil apabila tip-tip tersebut hanya rakan-rakan terdekat je tahu; tetapi tidak pada pembaca blog ini.

Ini tidak adil.

Untuk mengelakkan rasa ketidakadilan terus berlaku, maka hari ini biarlah aku berkongsi dengan korang semua tentang makanan tambahan yang menyihatkan dan banyak manfaatnya ke atas tubuh badan kita.

Minyak Zaitun Asli

Khasiat minyak zaitun ni memang tip-top. Aku sudah amalkan pengambilan minyak zaitun melebihi tiga tahun lamanya.

Dulu aku ni jenis kerap demam dan demam tersebut biasanya seminggu baru reda. Selsema dan sakit tekak jangan cakaplah. Dalam setahun aku rasa 6 ke 7 kali aku kena.

Jenama Colavita, Extra Virgin Olive Oil menjadi pilihan aku.

Beberapa variasi minyak zaitun yang terdapat di AEON.

Sejak aku mengambil satu sudu besar minyak zaitun asli setiap pagi, aku dah tak berapa nak demam. kalau demam pun cuma rasa macam tak sedap badan dan rasa macam tak cukup tidur. Apa yang aku perlu lakukan hanyalah tidur yang cukup dan badan akan pulih dengan sendirinya.

Setahun hanya sekali dua sahaja aku rasa badan tak sedap. Itu pun hanya setengah hari je rasa macam tu. Selsema dah 3 tahun tak kena. Begitu juga sakit tekak. Kalau satu pejabat dan keluarga aku kena, aku sorang je terselamat.

Alhamdulillah.

Cara mengambil minyak zaitun:

Pastikan minyak zaitun tersebut adalah "Extra Virgin Oil". Minyak ini boleh didapati di pasaraya AEON atau Cold Storage dengan harga sekitar RM30-RM40 untuk 1 liter.

Setiap pagi cuma ambil satu sudu besar yang dimakan macam tu je. Untuk menghilangkan rasa minyak ketika makan, dicadangkan telan sekali air masak atau apa-apa air yang berperisa macam air milo ke. Biasanya aku akan telan sekali air masak.

Manfaat yang aku dapat hasil pengambilan minyak zaitun

Ini yang penting sekali iaitu apa manfaatnya. Disebabkan aku jarang sangat demam atau selsema atau juga sakit tekak; latihan berbasikal, lari dan juga weight training tidak terganggu.

Proses menurunkan berat badan juga berlaku dengan cepat. Ini kerana minyak zaitun mengandungi lemak dan asid baik yang meransangkan proses penurunan kandungan lemak dan kolestrol dalam badan seseorang.


Mentega Kacang Tanpa Gula Tambahan

Mentega kacang yang berlabelkan No Added Sugar ni bermaksud tiada gula tambahan sebagai penyedap rasa.

Ini bukannya peanut butter biasa-biasa yang jual bersepah kat kedai. Biasa kalau kedai-kedai runcit memang payah nak ada jenis No Added Sugar ni. Kalau nak beli pun kena pergi pasaraya AEON atau 99 Speedmart. Harganya pula sekitar RM10-RM14 sebotol.

Mentega kacang tanpa gula ni boleh tahan jugak khasiatnya. Ini kerana mentega kacang tergolong dalam diet yang sihat. Satu sudu besar mengandungi 100 kcal kalori dan mempunyai kandungan serat (2 g setiap hidangan) dan protein (8 g setiap hidangan) dan ini membuatkan rasa kenyang sedikit lama.

Salah satu jenama mentega kacang yang tiada kandungan gula. Biasanya
"No Added Sugar" akan tertera pada label bungkusan.

Cara mengambil mentega kacang tanpa gula

Boleh disapukan bersama roti gandum dan makan macam tu je dalam satu atau dua sudu. Jangan pulak balun sampai setengah botol. Satu sudu pun dah 100 kcal tau.

Manfaat pengambilan mentega kacang tanpa gula

Kalau kerap amalkan dalam kuantiti yang dinyatakan tadi setiap hari, ianya dapat membantu mengurangkan lemak di bahagian perut. Ini kerana mentega kacang tinggi kandungan lemak monotaktepu serta bagus juga untuk kesihatan jantung.

Selagi ianya bebas gula, ia ada khasiat yang bagus untuk badan kita.

Kalau kat pejabat, aku makan macam tu je.


Ok, ini le gaya pemakanan aku. Minyak zaitun dan mentega kacang tanpa gula memang aku sangat galakkan kat korang untuk amalkan; berbanding melahap fast food.

PS: Aku sekarang ni tengah naikkan berat badan ke pada 65 kg. Macam susah pulak berbanding kalau nak kurus.

18 ulasan:

  1. nak naikkan berat badan ye?? sila makan pada waktu malam dengan jayanya.. kekekekeeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. naik dengan lemak memang senang. tp nak naik dengan otot tu yang payah :D

      Padam
  2. minyak zaiton tu memang best.. mie pun amalkan.. tapi kalau lupa tak le makan.. tapi mmg ok laa... peanut butter plak.. mcm tak berapa nak boleh g je sebab terasa terlekat kalau makan kat langit langit.. kekekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. minyak zaiton kalau ter-miss sekali dua dalam seminggu tak apa rasanya. kekadang terlupa jugak :D peanut butter tu buat protein shake mmg sedap hehehe

      Padam
  3. dasyat dah ni pahlawan niii...bakal berotot ala ala faris al sultan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. takde le dasat mana. aku kurus tak bermaya lagi sekarang ni :D

      Padam
    2. olive oil yg biasa tu tak serupa ka?

      Padam
    3. tak sama. yang extra virgin to maksudnya perahan pertama daripada buah zaitun tanpa apa² campuran.

      Padam
  4. olive oil + madu n air masak?...

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh kot. sebab budak Libya ofis aku sorang ni tiap² pagi dia ambik minyak zaitun campur dengan madu.

      Padam
  5. Aku sabtu lepas dah beli peanut butter cam PB tunjuk dlm pic tu...kat aeon ja ada...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebulan dua lepas rm9.90 kat Speed Mart. Skg ni dah rm11 lebih

      Padam
  6. Salam pb..nak tanya pendapat tentang full carbon road saddle...untuk style saja ka? Keselesaan mcm mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam. Carbon saddle ni aku tgk mcm lebih kepada style. Selesa belum pasti lagi. Aku pernah tanya yang pernah pakai. Jawapannya, "Tak selesa. Tapi ringan."

      Padam
  7. Kalau mcm tu xjadi la nak pakai...setakat style saja cun saja tp sekali kayuh long distance mau kematu bontot hehe...tolong suggests apa brand/jenis yg bagus tp mampu milik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bab saddle ni, susah kalau nak rekemen sebab subjektif. Aku dah test 4 jenis saddle. Tapi yang sesuai cuma San Marco Arami dan Fi'zi:k Kurve je. Ada yang komplen Kurve ni tak tahan lasak n senang patah. So far aku pakai dah 2 tahun lebih dan long distance memang sedap. Mungkin berat seseorang jadi faktor :)

      Padam
  8. Peanut butter ni kalau nak amek sehari sekali je ke? Sudu besar atau sudu kecik? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Erny, peanut butter nak ambil berapa kali guna sudu besar atau kecil pun tak apa asalkan tidak melebihi keperluan kalori sehari :)

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...