Mukasurat

Khamis, 27 Disember 2018

Kenapa Nak Kayuh Basikal?


Aku mula kayuh basikal (waktu sekolah tidak kira ye) penghujung tahun 2010. Aku berhenti kayuh pula tahun 2015. Dan mula kayuh balik pada penghujung tahun 2018. Jadi, sepanjang tahun-tahun tersebut, aku sudah melalui fasa-fasa tertentu dalam kelasnya yang tersendiri.

Sewaktu aku jual basikal pada tahun 2015 lalu, ramai juga yang bertanya kenapa aku berhenti dari kayuh basikal. Jawapan selamat ketika itu yang aku berikan adalah, "Nak stop kejap. Ada duit nanti aku beli basikal baru. Folding bike pun takpe, janji kayuh."

Cuti Krismas 6 tahun lalu. Masa ni kayuh memang laju. Siapa lambat,
kena tinggal.

Tapi aku rasalah kan, sure diorang ingat aku totally pencen terus dari arena perbasikalan. Bukan apa, aku faham tanggapan sebegitu; ramai yang sudah berhenti kayuh basikal sejak kebelakangan ini. Dan oleh sebab itu aku percaya mereka juga menganggap aku juga akan berhenti daripada kayuh basikal. Dengan kata lain, 'gantung basikal'.

Mengikut perancangan, tahun lepas (2017) aku mahu mula kayuh semula. Tapi setiap kali duit separuh cukup untuk basikal baru, ada je keperluan lain menjelma secara kecemasan. Sebagai contoh, urusan keluarga dan juga kereta rosak. Dua perkara ini memang tidak boleh dielakkan.

Macam biasa, jiwa pahlawan mana ada erti putus asa. Kalau jiwa kuat mahukan sesuatu, pasti akan dapatkannya dengan apa cara sekalipun. Dan aku berjaya buktikan cakap aku bukan ikut sedap mulut; ini betul-betul punya nekad.

Faktor Utama
Kita kalau nak buat sesuatu, kita jangan ikut orang. Kalau nampak jiran tukar langsir baru, kita pun ikut tukar. Kalau mutual friend dalam Facebook beli telefon pintar baru, kita pun beli juga. Kita tak boleh macam tu. Kita umpama hidup di bawah bayang-bayang orang lain.

Setiap apa yang kita nak buat, kita kena ada satu sebab yang kuat. Kita kena tanya diri kita kenapa kita mahu buat/beli sesuatu.

Kejadian ini ketika di Kuantan Century Ride 2013. Kalau kita ada sebab
yang kuat, kita boleh kayuh laju-laju macam motor Honda EX5.

Sama juga dengan basikal. Sebelum kita mengambil keputusan untuk mula kayuh basikal, kita kena ada sebab yang kuat. Mungkin sebabnya nak bagi badan sihat, atau mungkin juga nak kurus. Apa yang penting kita kena ada satu sebab yang sangat kuat.

Kalau kita tak punyai sebab yang kukuh, kita akan tinggalkan sesuata perkara yang kita lakukan itu separuh jalan. Memang tinggal terus.

Macam aku kayuh dulu, aku memang tak dipengaruhi oleh sesiapa pun. Kemudian, aku berhenti kayuh 3 tahun dan membeli basikal baru semula pun bukan sebab orang lain juga. Kalau orang lain tak nak kayuh, aku tak peduli, aku kayuh sorang-sorang pun takpe. Janji kayuh.

Dengan kayuh aku dapat kekal cergas. Waktu aku berhenti daripada sukan sepanjang 3 tahun tersebut, aku rasa macam loser. Tahap keyakinan diri merundum dan naik turun tangga macam keretapi rosak. Tak seronok beb... Ha ha ha!

Cancel ke Jepun
Disebabkan punyalah kuatnya semangat aku nak kayuh basikal semula, aku langsung batalkan niat untuk bercuti ke Jepun bersama keluarga.

Dengan duit yang tidak berapa nak ada ini, aku kena pilih yang mana satu mahu didahulukan. Aku tidak mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan. Sudah pasti basikal patut diutamakan dahulu.

Sorry Jepun, lain waktu aku datang.

Ini kerana aku mempunyai sebab yang kuat untuk putuskan keputusan tersebut.

Sekiranya aku ke Jepun bersama keluarga. Duit akan habis sekelip mata dan aku perlu bekerja keras untuk dapatkan sejumlah duit untuk basikal baru. Nama pun kerja keras. Kalau badan tak cergas, mana larat nak kerja keras dah. Silap-silap aku masuk hospital disebabkan tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Memang keraslah kat dalam hospital.

Tapi, kalau aku beli basikal dan aku kayuh bersungguh-sungguh, badan aku pun sihat. Bila badan sihat, aku boleh bekerja keras; malah boleh buat dua kerja dalam satu masa. Dari situ duit akan datang berganda-ganda. Bila duit datang berganda-ganda, nak ke Jepun banyak kali pun tak apa.

Jadinya, dengan sebab yang kukuh, aku belilah basikal berkarbonat penuh.

Itu sebab aku cakap tadi, kalau kita nak buat sesuatu, kita harus ada sebab yang kukuh dan cukup padu. Kita kena tanya diri kita sendiri — KENAPA?

"Kenapa aku patut beli basikal?"

dan kalau kita jawab begini:

"Aku beli sebab Faizul Hashim beli, aku pun nak jugak beli."

Hah, kalau jawab macam tu, habislah!

PS: Minggu depan dengar cerita ada kayuhan jauh 'sikit' daripada biasa. Kalau betul ya, nanti aku cerita kat korang semua pengalaman aku.

PSS: Ada dua orang Pahlawan Basikal kayuh dari Puncak Alam hingga ke Langkawi sejauh 550 kilometer. Nanti aku temubual diorang dan kongsikan dalam blog ajaib ini. Tunggu!

6 ulasan:

  1. Pahlawan is back .ini yang kita mau .Lama bersawang laman ini .

    BalasPadam
  2. Sorry Ijam, aku tak perasan banyak komen yg kena approve. Patut le aku tengok takde satu komen pun kat blog aku. Ingatkan orang dah tak nak baca haha

    Apa-apa pun aku menghargai setiap yang membaca cerita aku. Terima kasih Ijam.

    BalasPadam
  3. Hahaha patut tak timbul komen aku. Ingat tak sudi terima komen. Terbaik. Komen lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dah set public. sebelum ni memang aku langsung tak teringat haha

      Padam
  4. Terbaik bro.. Teruskan niat suci hang.. aku pun tgh kumpul duit utk beli basikal juga.. hahaha.. bila dah nk cukup, ada shj masalah yg dtg dan aku terpaksa guna.. any way itu hanyalah dugaan.. insyallah satu hari aku akan beli basikal juga.. ��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga berjaya dapatkan basikal idaman dan kayuh basikal sejauh mungkin haha Mungkin ambik masa sikit, Tapi yang penting niat tu 😀

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...