Mukasurat

Khamis, 17 Disember 2020

MESEJ TERSEMBUNYI JERSI PAHLAWAN BASIKAL


-------------------
Sebelum korang baca, korang daftar sini dulu untuk senarai menunggu jersi Pahlawan Basikal: https://bit.ly/37j76JL
-------------------

Assalamualaikum dan Salam 1Basikal. Korang tengah kayuh basikal sambil baca blog aku ke? Jangan buat macam tu woooiii...! Nanti masuk Buletin Utama dan seterusnya kena kecam. Jangan main-main sekarang ni.

Tu sebab alamat blog ni brekkejap.com. Kalau korang nak baca, kena brek dulu. Masa berhenti kayuh baru baca.

Baiklah, sepertimana korang sedia maklum, jersi basikal Pahlawan Basikal akan dilancarkan pada esok hari Jumaat 18/12/2020. Mungkin ada yang terlepas pandang tentang perkara ini. Kepada yang sudah sedia maklum, harap korang dapat sebarkan berita gembira ni kepada kenalan korang.

Bahagian hadapan jersi Pahlawan Basikal.

Kalau boleh, korang viralkan hingga ke bulan. Biar satu bima sakti tahu akan kewujudan jersi Pahlawan Basikal.

Sebenarnya aku tak terfikir nak buat jersi. Aku buat tshirt Pahlawan Basikal bulan lepas pun dia punya pening sampai hujung kaki. Kalau jersi, mahu kejang satu badan. Tapi demi permintaan korang, aku cuba ambil risiko. Kejang pun kejanglah. Janji korang gembira dapat pakai jersi Pahlawan Basikal.

Setelah berbincang dengan pihak Pro Apparel, maka aku pun mula design jersi. Ini satu hal jugak. Bukan senang nak pilih warna sesuai, susun letak elemen-elemen kemelayuan klasik dalam sehelai kain polyster.

Bahagian belakang jersi Pahlawan Basikal.

Ambil masa jugaklah aku mencari idea dan merekacipta grafik menggunakan komputer. Nak design tak susah. Tapi nak dapat idea yang kena dengan konsep Pahlawan Basikal memang mencabar neuron kepala otak aku.

Dalam seminggu baru dapat satu design yang aku rasa puas hati. Tapi bukanlah 100% puas hati. Sekurang-kurangnya konsepnya sudah ada. Cuma warna perlu selari dengan jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Dan akhirnya aku memilih warna asas Jalur Gemilang kita.

Jarak dekat material jersi Pahlawan Basikal.

Jarak dekat pada bahagian belakang jersi Pahlawan Basikal.

Tetapi, sebelum memutuskan warna yang sesuai, pening juga aku nak cari elemen Melayu klasik untuk memantapkan mesej tersembunyi. Maka aku masukkan motif Pucuk Bersusun yang diambil daripada budaya Melayu Riau.

Aku bukanlah Melayu Riau. Aku berdarah Banjar. Tapi, corak Pucuk Bersusun ni cantik dan dalam lembut, ada brutal-nya. Cuba korang perhatikan lengkukan dan ketajamannya serta semetrinya nampak utuh, padu, lembut dan juga tegas. Peh!

Corak Pucuk Bersusun pada bahagian perut. 

Bahagian dalam jersi pada bahagian lengan.

Jarak dekat pada bahagian dalam jersi Pahlawan Basikal.

Jarak dekat pada bahagian tengkuk.

Pada bahagian lengan, aku mengambil corak daripada baju Melayu klasik. Dan pada bahagian kiri dan kanan bahu aku letakkan Bulan dan Bintang daripada bendera kita. Ini satu tanggungjawab kita pikul sepanjang kita hidup - kesetiaan kepada Malaysia.

Oh ya, dalam masa yang sama aku juga dihubungi pihak Hutan Ration. Kata putus dicapai dan pihak Hutan Ration mahu memberikan produk terbaik diorang secara percuma bagi setiap pra-tempah nanti.

Akhirnya, design jersi aku siap untuk diberikan kepada Pro Apparel untuk tindakan selanjutnya.

Kalau dalam gambar, warna birunya lebih gelap.
Tetapi setelah siap dicetak, warna biru lebih terang.

Nah, sekiranya korang pakai, korang akan membawa jati diri Melayu dan Malaysia sepanjang beratus-ratus kilometer sepanjang perjalanan. Walau pun korang tak pandai bersilat, tapi korang bawa semangat Pahlawan.

Iyalah, nak jadi Pahlawan zaman Kesultanan Melayu Melaka, kita dah terlambat. Kita jadi Pahlawan Basikal pun dah cukup bersyukur ha-ha!

Klik untuk imej besar.

Klik untuk imej besar.

Begitulah ceritera hal jersi Pahlawan Basikal. Sekurang-kurangnya korang tahu apa yang ada di sebalik jersi yang korang pakai. Bila kita faham akan sesuatu, kita lebih bersemangat pada setiap perkara yang kita sedang lakukan. Dan, semangat inilah yang kita mahukan.

Kalau bonk jugak, eh itu bukan salah jersi tau. Itu salah chain rings. Korang kena tukar chain rings Rotor. Baru tak bonk.

Pro Apparel dan Hutan Ration adalah penaja utama jersi Pahlawan Basikal.

Baiklah, korang pun dah tahu tentang jersi ini. Maka, dengan ini pelancaran secara besar-besaran bakal dilangsungkan pada esok hari 18/12/2020 bermula jam 12 tengah hari. Masa sangat kritikal dan korang perlu pantas untuk pra-tempah jersi ini bagi melayakkan FREE GIFT sehelai tshirt Pahlawan Basikal, 1 pek Pocket Rocket dan juga 1 pek 50 gram granola (satu hidangan) setiap pembelian.

Dua ini dapat percuma tau. Cuma perasa
mungkin berbeza bila korang dapat nanti.

Aku cadangkan korang daftar dahulu untuk menerima notifikasi melalui SMS dari pihak Pro Apparel apabila hari pembelian esok. Takdelah korang terlupa. Sebab tamat tempoh promosi free gift pada jam 9 malam hari yang sama. Kalau pembelian lepas 9 malam, korang tak dapatlah free gift yang aku cakap tadi.

Daftar sinihttps://bit.ly/37j76JL

Macam mana. Teruja tak?

PS: Aku harap korang lebih bersemangat untuk kayuh basikal bila pakai jersi Pahlawan Basikal nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...