Mukasurat

Memaparkan catatan dengan label Fitness Concept. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Fitness Concept. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mac 2011

Horleys Crossfire Whey Protein dan Fitness First


Semalam aku ke Mutiara Damansara untuk ke Fitness First iaitu untuk memenuhi sesi tour selama 30 minit oleh Sport Trainer Fitness First. Brader yang bawak jalan-jalan tu agak sempoi. Cuma, aku tak ingat apa ke nama dia.


Yang sebenarnya, aku hanya mengikut rakan sepejabat aku je. Tapi, apa salahnya aku pun menyelit sekali untuk turut serta tengok-tengok apa yang ada kat pusat gym tersebut. Manalah tau satu hari nanti kaki aku boleh kuat macam Lance Armstrong!

Boleh dikatakan keadaan dalam Fitness First sangat menarik. Disamping peralatan gym, ada percuma minuman, pinjam dvd secara percuma, tempat salin baju macam hotel, bilik mandi, bilik sauna dan stim dan lain-lain. Segalanya sudah termasuk dalam bayaran bulanan.

Aku dah lama bercadang nak masuk gym. Cuma masa aku cukup terbatas dengan aktiviti-aktiviti yang tersedia ada. Jadi, aku cakap kat Sport Trainer tu hari Khamis ni aku datang lagi. Kita sembang lagi dengan lebih lanjut.

Sebelah malamnya, balik kerja aku singgah Fitness Concept, Alamanda untuk beli Horleys Crossfire Whey Protein yang dah habis 2 minggu lepas. Otot-otot lutut aku mula sakit-sakit selepas kayuhan ke Bagan Lalang tempoh hari. Jadi, aku tak mahu tunggu lama-lama - aku terus pergi beli.

Horleys Crossfire Whey Protein. Harga RM224 di Fitness
Concept, Alamanda.

Otot lutut yang tercedera suatu masa dahulu datang kembali.

Malam ini ada kayuhan seperti biasa Putrajaya - Cyberjaya - Putrajaya sejauh 40 km. Aku tak pasti samada boleh kayuh atau tak memandangkan lutut pun berbalut.

PS: Tak sanggup nak tanggung azab sakit otot kat lutut!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...