Mukasurat

Memaparkan catatan dengan label jakroo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label jakroo. Papar semua catatan

Isnin, 14 Mac 2011

eBay: Sidi Cycling Socks & Jakroo Cycling Knee Warmer


Hari ini ada dua pakej barang daripada Ebay sampai. Penghantaran tidak ambil masa lama mana pun; hanya 11 hari sahaja.

Pakej barangan daripada Turkey dan China.

Dua barang yang aku maksudkan adalah:

Sidi Cycling Socks Coolmax Iride Saiz:40-43: Harga: USD16.90.

Jakroo Cycling Knee Warmer. Harga: USD17.99.

Dalam masa 30 hari ini, barangan yang aku telah beli di eBay adalah sebanyak:

Jumlah dalam Ringgit Malaysia: RM797.48

PS: Ada lagi dua jersey yang aku beli di eBay minggu lepas masih belum sampai. Insyaallah, minggu depan sampai lah tu :D

Isnin, 21 Februari 2011

JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black


Tengahari tadi barang yang aku pesan dua minggu lepas telah selamat tiba. JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black yang berharga $59.99 yang dibeli di eBay. Kualiti memang tip top.

Sila nikmati gambarajah di bawah untuk gambaran yang lebih jelas apa yang aku maksudkan JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black.

Kastam Malaysia dah cop LULUS.

Gambar keseluruhan 'JAKROO Lasker Cycling Bib Shorts Black'.

Logo JAKROO yang sangat hensem.
Oh ye, ada dua barang iaitu stem dengan seatpost masih dalam perjalanan ke Malaysia :D

P/S: Sedang menunggu ZulBMC dan Ray untuk kayuhan kesihatan Putrajaya - Cyberjaya di waktu malam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...