Ketebalan habuk di blog ini sama tebalnya habuk yang ada di permukaan basikal aku. Bukannya apa, mood ada sedikit kurang. Aku lebih suka menulis ketika hati sedang gembira. Macam tu jugak dengan basikal — berbasikal ketika hati senang.
Itu sebabnya cerita-cerita aku dalam blog ini lebih kepada kisah-kisah yang gembira dan keseronokan. Dengan harapan, pembaca aku turut enjoy dengan cerita-cerita aku.
Walaupun cerita aku ada unsur gabra atau tahyul, aku cuba mengolahnya menjadi lebih santai.
Tapi, untuk sementara ini hati aku sebenarnya tidak gembira langsung. Ini kerana anak aku Danial yang pernah aku ceritakan di sini sedang melawan penyakit yang dikenali sebagai Juvenile Dermatomyositis atau juga Auto-immune Disease.
![]() |
Pada bulan Februari, ketika latihan lari bersama aku. Selepas bulan-bulan berikutnya, kaki sudah mula rasa sakit. |
Agak janggal nama penyakit tersebut seperti nama-nama komponen roket NASA. Aku juga mengambil masa untuk ingat dalam kepala otak aku ini.
Ianya baru dikesan pada minggu lepas hari Selasa apabila sedang dirawat di Hospital Pakar An-Nur Bangi.
Danial berumur cukup 7 tahun bulan lepas dan aku percaya usia sebegini dia cukup kuat melawan penyakit ini. Ini kerana aku pernah berlari dengan dia dan dia boleh berlari 2 km tanpa henti sambil bercakap.
Ini menunjukkan semangatnya kental.
![]() |
Ketika dimasukkan ke dalam wad Hospital Putrajaya. |
![]() |
Cik Misi sedang mengambil tekanan darah. |
Okeylah, aku cerita serba sedikit tentang penyakit Juvenile Dermatomyositis. Penyakit ini agak kompleks kerana antibodi pesakit bertindak tidak normal seperti kita semua. Biasanya antibodi kerjanya adalah menyerang sel-sel yang tidak sepatutnya ada di dalam badan kita atau menyerang virus-virus jahat di dalam tubuh kita.
Tetapi, sebaliknya terjadi kepada anak aku. Antibodinya menjadi keliru dan menyerang sel-sel seperti sel otot, sendi dan kulit. Ini mengakibatkan pergerakan anak aku menjadi perlahan dan setiap ototnya menjadi sakit. Hingga satu tahap perlu diberi bantuan ketika mahu baring dan bangun dari tidur.
![]() |
Waktu malam, Danial akan ulangkaji pelajaran. Apabila duduk, badannya terpaksa dibongkokkan. Danial Kata belakangnya rasa penat... |
Sekiranya lewat dikesan, antibodi di dalam badannya terus menyerang pada organ yang penting seperti hati, buah pinggang dan lain-lain. Apabila terjadi hal yang demikian, ianya sudah terlewat...
Oh ye, tiada ubat untuk memulihkan antibodi tersebut. Hanya ada satu jenis ubat iaitu Steroid (bukan dadah jenis untuk ahli sukan) bagi menekan antibodi tersebut menjadi normal dan seterusnya berhenti menyerang sel-sel yang baik di dalam badan kita.
![]() |
Hari ke 4 di Hospital Putrajaya, kesihatannya sedikit terganggu dan perlu dimasukkan air. |
![]() |
Kegemarannya adalah apa-apa yang melibatkan buku dan warna. |
Tetapi itu bersifat sementara. Antibodinya akan kembali aktif dan menyerang semula sel-sel dalam badan kita apabila satu jangka masa yang tak pasti. Mungkin 4 atau 5 bulan selepas itu...
Jadi, orang yang paling hampir dengannya seharian perlu memberi perhatian khusus dan perlu bertindak cepat sekiranya kesihatannya mula menurun.
Aku percaya, Allah melindungi Danial hingga suatu hari nanti boleh melakukan Triathlon, Powerman atau mungkin juga Ironman.
Terkini: Aku baru je pulang dari melawat anak aku di hospital. Pagi tadi Danial ada pembedahan kecil untuk mengambil sampel tisu di bahagian peha. Sampel tersebut perlu dibawa ke Universiti Malaya untuk dianalisa dan akan memberi keputusan dalam masa 7 hari.
Hasil daripada tisu tersebut, doktor akan dapat mengenal pasti dengan lebih terperinci. Selepas itu proses rawatan akan dimulakan secepat mungkin.
![]() |
Selepas melakukan pembedahan kecil. |
Sementara ini, anak aku tidak diberikan apa-apa jenis ubat sehinggalah hasil ujian daripada sampel tisu itu diterima.
Aku harapkan para pembaca blog ini dapat mendoakan kesejahteraan Danial agar sakitnya itu berkurangan dan seterusnya hilang. Manalah tahu suatu hari nanti penyakit Juvenile Dermatomyositis dapat diubati hingga sembuh sepenuhnya.
Danial, kuatkan semangat! Oh, yeah!
PS: Jangan risau. Allah kan ada.
Amin Farizal...Harap-harap cepatlah Daniel sembuh. Aku akan sentiasa berdoa..amin..
BalasPadamterima kasih dazrene. aku pun harap danial aktif macam dulu balik
PadamBerlinang air mata tgk si kecil ni menanggung sakit. Semoga daniel cepat sembuh..insyaallah. Allah sentiasa lindungi budak yg hensyemmm.. Sayang Daniel! Daniel anak yg kuat!
BalasPadamliana, insyaallah bila dah mula ambik ubat, perlahan-lahan akan kembali normal.
PadamYup, sentiasa ingat allah sentiasa bersama kita. Cuma kekadang kita jer yg melupakannya. Danial mmg kuat semangatnya spt semangat ayahnya hari2 makan roti nak jimat duit (masa mula2 kerja). Doakan Semoga mama n ayahnya juga kuatkan semangat menghadapi hari2 mendatang. Cepat sembuh yer danial! Insya-allah semua kembali spt biasa.
BalasPadambro farizal, semoge tabah menghadapi situasi, perbanyakkanlah doa / tawakal, semoge danial kembali sihat
BalasPadamterima kasih najib. insyaallah doa² kita semua dimakbulkan oleh Allah.
PadamSemoga anak anda cepat sembuh dan dilindungi Allah sentiasa...Amin
PadamInsyaallah. Amin...
PadamSabar yer......setiap dugaan allah tak sama pada hambanya....moga Danial tabah lalui treatment & cepat sihat...
BalasPadamterima kasih ida. insyaallah Danial akan sihat. baru balik hospital. doktor cakap 2 atau 3 hari ni boleh mula rawatan.
Padamaku sentiasa menunggu apa penulisan ang yang seterusnya..kali nih bila bukak..sayu dan sedih terasa sebagai seorang bapa...insyaAllah... berdoa dan berusaha wahai pahlawan basikal..
BalasPadamterima kasih pakcik ijan. insyaallah Danial akan sihat macam dulu. ada berita gembira, aku akan kongsikan dalam blog ini :)
PadamSalam bro..Winner never quit, Quitter never win semoga semuanya kan baik2 saja dan Allah Maha Pengasih dan Penyayang..doa kawan2 semua untuk Danial dan keluarga Pahlawan.
BalasPadamterima kasih rudy project, kerana doakan untuk aku Danial sekeluarga. amin...
PadamAssalamualaikum,percayalah Allah x kan beri dugaan kpd saudara farizal jikalau farizal tidak mampu menghadapinya,berat mata memandang berat lagi bahu memikul,sentiasa berdoa kpa Allah,cuma nak kongsi satu cerita..suatu masa dahulu ada seorang isteri mendapati bahawa suami mengalami sakit yg x mampu diubati,suaminya koma dan isterinya x pernah putus asa dan doktor ckp cuma tunggu masa sahaja utk mati tapi isterinya cuma ckp Insya Allah,hari dia dtg hospital tanpa jemu,suatu hari dia dtg suami dia dah sedar dan sembuh sepenuhnya dan penyakitnya terus hilang,doktor pun pelik dan tidak blh diterima akal.
BalasPadamterima kasih dengan cerita itu. semoga dapat memberi aku semangat yang berterusan.
PadamInsyaallah Danial akan menerima rawatan pertamanya esok hari :)
semoga Danial cepat sembuh & semoga Farizal sekeluarga tabah menghadapi ujian dariNya... Insya-Allah! :) salam Ramadhan!
BalasPadamSalam Ramadan. Danial sudah pun keluar daripada wad semalam. Sekarang ni ada kat rumah dan sambung fisioterapi kat rumah.
PadamTerima kasih kerana doakan untuk Danial.
Amin.
Saya berharap saudara farizal terus bersabar,saya terus berdoa kpd Allah agar anak farizal akan sembuh sediakala dan saya berharap agar saudara pun terus berdoa agar org yg saya sayangi iaitu kekasih saya terus sembuh dari penyakitnya,sempena bln ramadan yg mulia ini saya akan terus berdoa kpd Allah dan tidak sesekali akan berputus asa agar anak farizal akan sembuh sepenuhnya dan jugak kekasih saya
BalasPadamTerima kasih kerana terus doakan untuk anak saya. Insyaallah yang saya juga akan doakan untuk anda berdua; terutamanya kekasih saudara semoga akan sembuh daripada sakitnya itu. Amin.
PadamAssalamualaikum sahabat, singgah dari CG..
BalasPadamsuka sy dgn tulisan di sini yg santai...sy nak buat cmni tp tak boleh sangat, Doa sy utk anak anda semoga dipulihkan kesihatannya spt sediakala.
waalaikumussalam :) terima kasih sudi membaca cerita² saya. Terima kasih juga kerana mendoakan untuk anak saya. amin.
Padamberharap semua akan kembali seperti biaasa zal.. aku yakin...... danial kuat!!! mcm ko cakp.. die leh lari 2km smbil bercakap...
BalasPadamterima kasih ijam. sekarang ni dah nampak kesan positif. tapi mungkin ambik masa utk pulihkan otot2 dia seperti keadaan asal.
Padamclassmate anak saya kt SKP18..... rasa sebak dan sedih dengan dugaan ini. Semuga saudar sekeluarga tabah untuk teruskan hidup seharian... semuga danial kemabli sihat normal..
BalasPadamTerima kasih Roslan Putra :) Minggu ni Danial sudah mula bersekolah. Dia cakap tak sabar nak sekolah :D
PadamSepanjang seminggu selepas keluar drpd hospital, ada perubahan positif dari segi kesihatan dan pergerakannya. Alhamdulillah :)
Assalamualaikum kak.
BalasPadamSaya, Adiba Rasyidah. Survivor penyakit Juvenile Dermatomyositis. Saya terkena penyakit ini semasa tingkatan 2 dan dirawat di Hospital Selayang. Sekarang saya sudah berusia 27. Alhamdulillah saya sudah pulih dan tidak perlu makan ubat yang maha banyak tu. InsyaAllah suatu hari nanti anak akak akan pulih seperti sedia kala. Jangan sekali-kali berhenti berdoa dan berharap. Allah Maha Kaya. Saya dan keluarga diuji dengan penyakit tetapi disebalik itu terdapat seribu satu rahmat. Allah mudahkan kita di bahagian yang lain pula. Moga akak sentiasa tabah.
emel saya adibarasyidah@yahoo.com (untuk sokongan moral etc)
Waalaikumussalam Adiba Rasyidah,
PadamTerima kasih dengan kata-kata semangat itu. Alhamdulillah Danial nampaknya semakin baik dan berkemungkinan besar selepas dua kali jumpa doktor selepas ini Danial tidak perlu ambil ubat lagi. Steriod pun sudah hampir setahun tidak ambil atas arahan doktor. Selepas ini doktor hanya monitor keadaannya selepas tidak mengambil ubat-ubatan.
Semoga kita semua sihat walafiat hendaknya.
Terima kasih sekali lagi.
Salam,anak saya baru menghidap penyakit ini pada bulan 12/2018.mohon bantuan bagaimana cara untuk melepaskan ubat steriod dgn secepat mungkin
BalasPadamAssalam, anak sy baru menghidap penyakit ini,bagaimana cara untuk melepaskan ubat ini steriod dgn secepat ini.
BalasPadamAssalamualaikum Puan. Saya minta maaf kerana lambat balas komen puan.
PadamSaya tumpang simpati tentang anak puan. Tentang ubat steroid tu, anak saya cuma mengikut jaduan yang diberikan oleh Doktor Pang iaitu seorang doktor pakar bagi jenis penyakit berkenaan di Hospital Selayang. Seingat saya hampir 3 tahun baru ubat itu dihentikan pengambilannya.
Alhamdulillah anak saya sudah tingkatan dua sekarang ini sudah sihat sepenuhnya. Cuma setiap 6 bulan sekali perlu rawatan susulan sahaja.
Semoga anak puan kembali sembuh. Amin.