Mukasurat

Rabu, 18 November 2020

Tshirt Pahlawan Basikal


Dah sebulan lebih aku rasa kita semua PKPB balik. Sepanjang PKPB aku tak kayuh dengan orang. Semuanya kayuh solo. Bukan tak nak. Cuma kena bersabar hingga PKPB habis. Lepas PKPB habis, barulah aku bebas nak kayuh dengan sesiapa pun.

Aku pun dah sebulan jugaklah bekerja dari rumah. Walau pun bekerja dari rumah, aku masih tak dapat nak kayuh basikal hari-hari. Macam biasa aku cuma dapat kayuh basikal pada hujung minggu je.

Oh ya, bulan lepas aku berjaya habiskan mengepos 50 helai tshirt Pahlawan Basikal edisi terhad. Aku langsung tak terfikir ada yang sudi membeli produk aku — walau pun kawan-kawan kat ofis aku cakap begini, "Silap-silap esok habis jual."

Tshirt Pahlawan Basikal
Pandangan hadapan.

Tshirt Pahlawan Basikal
Pandangan belakang.

Bukan tak yakin boleh habis. Cuma aku tak sangka yang pra-tempah 50 helai tu habis kurang dari 24 jam. Dan, 50 helai tu aku ingatkan mungkin boleh habis selama 2 minggu.

Jangkaan aku meleset. Sebaik aku buka pra-tempahan pada jam 3:25 petang di sini: https://pahlawanbasikal.onpay.my/order/form/pra-tempah-tshirt, dalam masa sejam sudah terjual 10 helai. Dan, cuma tinggal 15 helai pada malamnya.

Paling aku tak sangka, ada yang membeli lebih dari sehelai.

Sebenarnya persediaan untuk tshirt ini mengambil masa 1 tahun jugaklah. Nak cari kualiti tshirt yang dapat puaskan hati aku bukannya senang. Banyak helai jugaklah jenis tshirt dan design aku mencuba dahulu sebelum mengambil keputusan untuk jual.

Proses cetakan sedang berjalan.

Sebahagian yang sudah dicetak.

Akhirnya, 11 bulan lamanya barulah aku jumpa yang puas hati punya. Itu pun entah ke-berapa kali aku dah reject dengan pencetak tshirt; tshirt tak bestlah, print tak sharplah, print comotlah.

Sebenarnya aku bekerja dengan syarikat pengiklanan. Jadi, aku memang cerewat kalau bab-bab macam ni.

Prinsip aku mudah je, kalau aku tak puas hati dengan hasil kerja aku, mengapa orang lain perlu berpuas hati dengan hasil kerja aku?

Itu sebab aku kena pastikan wang yang dikeluarkan oleh pembeli itu berbaloi.

Masa tengah COD Prodium Bicycle Care depan PICC.

Reza dari Kelantan.


Sebelum aku mengambil keputusan untuk buka tempahan, sekali lagi aku tunjuk final product tu kat salah seorang art director kat ofis. Bila dia cakap, "Nice. Aku nak beli sehelai," barulah aku mula buka tempahan.

Sebelum itu aku mengambil masa selama 4 hari untuk mengambil gambar produk dan menyiapkan sistem pembayaran dan juga sales page.

Sebenarnya, aku melakukan segalanya seorang diri. Alah, macam kita kayuh basikal sorang-soranglah. Ada satu kepuasan dalam setiap proses yang berjaya kita capai.

Sudah siap untuk dibungkus dengan flyer Pos Laju.


Apa-apa pun aku nak mengucapkan 4.7² trilion terima kasih kepada yang menyokong usaha aku ini. Semoga yang berjaya dapatkan edisi terhad aku berpuas hati.

Dan, aku tak lupa juga kepada mereka yang gagal dapatkan tshirt edisi terhad tersebut. Ramai yang whatsapp aku cakap tak sempat nak order dah habis.

Demi menjaga hati mereka yang berjaya dan kurang berjaya, sekarang ini aku sedang menyiapkan projek tshirt unlimited print design yang berbeza. Dan ini bukanlah versi pre-order yang seperti sebelum ini.

Cetakan pada bahagian hadapan sahaja. Belakang kosong.


Aku bercadang untuk cetak 10 helai dengan saiz yang berbeza. Bila hampir habis, aku akan cetak lagi, dan lagi, dan lagi. Cuma untuk permulaan aku cetak sedikit dahulu. Korang tunggu sahaja pengumuman rasmi aku nanti bila dah start boleh beli. Semuanya nanti boleh dibeli di sini: https://shopee.com.my/farizalhassan

Yang ini korang jangan risau sebab tshirt ni unlimited print. Cuma berikan aku sedikit masa untuk ulang cetak. Maklumlah, modal ciputttttttt...

Pada pos akan datang nanti aku cerita pula pasal projek jersi basikal Pahlawan Basikal berkolaborasi dengan Pro Apparel.

PS: Walau pun letih buat pos laju sendiri, tapi hati seronok wehhhhh!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...