Mukasurat

Memaparkan catatan dengan label Horleys Crossfire Whey Protein. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Horleys Crossfire Whey Protein. Papar semua catatan

Rabu, 9 Mac 2011

Horleys Crossfire Whey Protein dan Fitness First


Semalam aku ke Mutiara Damansara untuk ke Fitness First iaitu untuk memenuhi sesi tour selama 30 minit oleh Sport Trainer Fitness First. Brader yang bawak jalan-jalan tu agak sempoi. Cuma, aku tak ingat apa ke nama dia.


Yang sebenarnya, aku hanya mengikut rakan sepejabat aku je. Tapi, apa salahnya aku pun menyelit sekali untuk turut serta tengok-tengok apa yang ada kat pusat gym tersebut. Manalah tau satu hari nanti kaki aku boleh kuat macam Lance Armstrong!

Boleh dikatakan keadaan dalam Fitness First sangat menarik. Disamping peralatan gym, ada percuma minuman, pinjam dvd secara percuma, tempat salin baju macam hotel, bilik mandi, bilik sauna dan stim dan lain-lain. Segalanya sudah termasuk dalam bayaran bulanan.

Aku dah lama bercadang nak masuk gym. Cuma masa aku cukup terbatas dengan aktiviti-aktiviti yang tersedia ada. Jadi, aku cakap kat Sport Trainer tu hari Khamis ni aku datang lagi. Kita sembang lagi dengan lebih lanjut.

Sebelah malamnya, balik kerja aku singgah Fitness Concept, Alamanda untuk beli Horleys Crossfire Whey Protein yang dah habis 2 minggu lepas. Otot-otot lutut aku mula sakit-sakit selepas kayuhan ke Bagan Lalang tempoh hari. Jadi, aku tak mahu tunggu lama-lama - aku terus pergi beli.

Horleys Crossfire Whey Protein. Harga RM224 di Fitness
Concept, Alamanda.

Otot lutut yang tercedera suatu masa dahulu datang kembali.

Malam ini ada kayuhan seperti biasa Putrajaya - Cyberjaya - Putrajaya sejauh 40 km. Aku tak pasti samada boleh kayuh atau tak memandangkan lutut pun berbalut.

PS: Tak sanggup nak tanggung azab sakit otot kat lutut!

Khamis, 24 Februari 2011

Makanan Tambahan Sebelum Kayuh Basikal


Orang-orang yang aktif dengan aktiviti sukan ni ada macam-macam jenis bahan makanan tambahan - dengan tujuan dapat membantu meningkatkan prestasi ketika bersukan. Aku juga tidak terkecuali, mahukan prestasi cemerlang setiap kali beraksi ketika mengayuh basikal.

Nak kata aku terer masa kayuh tu tak lah. Disebabkan tak terer lah, aku kena ambik makanan tambahan. Kalau aku tak ambil pusing dan abaikan perkara-perkara sebegini, lagilah kena tinggal berbatu-batu kat belakang. Lagi haru!

Okey, kalau nak tahu apa yang aku makan sebelum kayuh, sila lihat di bawah:

Pisang - Sangat penting pada aku. Dalam masa 1 - 2 jam sebelum kayuh, aku akan makan 2 - 3 bijik. Harga: RM4.50 - RM6.50

Madu Giant B - Aku ambik madu ginseng untuk tenaga tambahan. Lagi 1 jam nak kayuh, 2 sudu sekali hayun. Harga: RM70

Crossfire Whey Protein - Ini aku ambik untuk pulihkan otot bahagian lutut yang aku cedera masa jogging 4 bulan lepas. Pada masa yang sama, dapat membina otot-otot peha dan betis. Harga: RM224

PowerBar - Kalau kayuh pagi, memang ini satu kewajiban sebagai sarapan. Kalau kayuh malam dan masih lapar baru makan. Harga: RM6 (Kalau stok PowerBar habis, brand EFS sebagai pengganti)

EFS - Ini bekalan untuk dibawa ketika mengayuh basikal. Satu skop sudah cukup untuk satu botol. Harga: RM80

Ini adalah cara aku yang bukan seorang professional dan seorang yang kurang sangat makan nasi. Aku makan nasi hanya hujung minggu sahaja. Jadi, pengambilan makanan tambahan bergantung pada kesesuaian diet seseorang. Kepada anda, tidak perlu ikut sekiranya makanan tambahan yang dinyatakan dirasakan tidak sesuai.

PS: Aku bukan seorang professional dalam bidang kayuhan tau :D Aku kayuh untuk kesihatan dan mengawal berat badan. Kalau masuk pertandingan pula, aku hanya mahu mengukur sejauh mana kemampuan aku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...