Mukasurat

Memaparkan catatan dengan label polygon helios f100. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label polygon helios f100. Papar semua catatan

Jumaat, 5 Ogos 2011

Sepanjang 5 Hari di Awal Bulan Puasa


Hari ini hari ke 5 kita berpuasa - Ini bermakna selama 5 hari aku tak ada langsung aktiviti sukan, baik basikal atau pun berlari. Sekiranya aku ni sebahagian rakyat di Cachimbo, Brazil kemungkinan besar aku akan dihadapkan ke mahkamah Juvana dibawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Walaupun di awal minggu Ramadan ni tanpa aktiviti sukan, aku masih penuhkan masa aku dengan aktiviti yang boleh menyeronokkan hati aku sendiri - Menunggu barang-barang ebay yang aku beli. Setakat ni, baru satu barang je sampai iaitu jersey Kelly Benefit Strategies - OptumHealth Pro Cycling:

eBay - Pakej yang aku beli 2 minggu lepas di eBay.

eBay - Jersey Kelly Benefit Strategies

eBay - Buatan U.S.A

Jersey ini aku beli dengan harga USD34.84 dan penghantarannya mengambil masa selama 12 hari. Kualiti kainnya juga berbeza dengan jersey buatan China yang pernah aku pakai.

Satu barang dah sampai dan lagi 3 barang masih dalam perjalanan.

Beberapa Jersey, Seluar dan Kasut untuk Dijual
Oh ye, aku ada beberapa barang yang nak dijual. Aku nak jual pasal aku beli barang-barang tersebut masa aku sedang tercari-cari apa yang sesuai dengan aku. Contohnya, aku beli jersey dan seluar yang saiznya L, serupa nak pakai masa Hari Raya Puasa pulak. Sedangkan, saiz yang aku selesa ketika kayuh basikal adalah saiz XS atau S.

Begitu juga dengan kasut lari Mizuno. Aku beli masa aku tak berapa arif tentang pemilihan kasut yang sesuai dengan kaki aku. Kasut yang aku beli cukup-cukup dengan saiz kaki aku; Sedangkan kasut lari kena ada sedikit ruang di bahagian hadapan iaitu antara jari kaki dan penghujung kasut.

Ok, barang-barang yang aku nak jual tu adalah:

  • Jersey Polygon (saiz L)
  • Seluar Shimano (saiz L)
  • Jersey BMC (saiz M)
  • Kasut lari Mizuno (saiz 8)

Daripada aku simpan dalam almari sampai rosak, baik aku jual harga murah-murah. Harga setiap barang-barang tersebut tak akan cecah RM100 - Harga mampu milik di bulan Ramadan. Ehem!

Nanti aku ambik gambar dan aku akan pos dalam blog aku ini berserta harganya sekali.

PS: Malam ini lepas Tarawih, ingat nak kayuh basikal dengan geng-geng basikal yang lain macam biasa. Mula agak lewat jugak le sebab lepas Tarawih baru berkumpul kat tempat biasa. Masa kayuh nanti, sure makanan berbuka boleh terkeluar balik!

Ahad, 27 Februari 2011

Pengorbanan Terbesar Seorang Pengayuh Tegar


Hari ni seharian aku ada di rumah menjaga anak-anak aku. Isteri aku ada perlawanan bola jaring. Ikut perancangan asal, sepatutnya aku mengikut beberapa pengayuh tegar dari Putrajaya ke Bagan Lalang dan patah balik ke Putrajaya sejauh 120 km.

Okey, untuk pengetahuan korang, sebelum ini aku bermula dengan basikal Polygon Helios F100 flat bar yang dibeli dengan harga RM1140. Aku pakai dalam 3 bulan dan jual kepada kawan sepejabat aku bulan lepas.

Sekarang ini aku pakai basikal BMC. Setakat ini, aku cukup berpuas hati dengan kondisi basikal tersebut:

BMC Street Fire SSX - Saiz 49 cm. Kos keseluruhan RM4000.

Untuk mendapatkan basikal BMC ni, aku terpaksa melakukan pengorbanan terbesar setakat ini; Iaitu menjual gitar kesayangan aku - CORT G254. Ini untuk menampung kos menaik taraf group set Shimano 105 yang berharga RM1850.

CORT G254 - Hanya tinggal kenangan.

Oh ye, smalam aku pergi melawat rakan seangkatan pengayuh tegar di Damansara Specialist. Beliau cedera akibat terjatuh daripada basikal ketika mengayuh di Putrajaya - Cyberjaya - Putrajaya. Tangan kiri beliau patah dan sendi pergelangan tangan lari. Apabila ditanya, beliau jatuh ketika berkelajuan 40 km/j!

Sedang menukar tiub - Sebelum mula kayuhan, tiba-tiba tayar hadapan aku meletup.
Hari Jumaat lepas banyak dugaan!

PS: Aku biasanya kayuh dalam keadaan normal antara 30 km/j hingga 35 km/j. Tetapi, ketika hari Rabu dan Jumaat waktu malam; kelajuan terpaksa dipertingkatkan sehingga 50 km/j kerana takut ditinggalkan sorang-sorang kat belakang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...